Sunday, 12 February 2017

Dear Diary...

Lately...banyak pulak kisah perhubungan jadi topik perbincangan. Well...umur makin meningkat, fikiran kena la makin matang dan pastinya kau tak akan boleh lari dari persoalan-persoalan berkaitan hati dan perasaan ni. 

Member cakap, "umur 25 ni dah boleh fikir serius tentang hubungan". hahaha...25 tapi hubungan pun tak terbina lagi cheq ooi. Tapi kadang-kadang tu terfikir la jugak. Bukan terfikir nak berhubungan tapi fikir masalah kegawatan ekonomi sekarang ni bila nak bina hubungan, duit celah mana nak korek. Hmmm...macam mana nak kumpul duit ye? Sebelum nie ira cuma fikir kumpul duit nak bayar hutang ptptpu (pernah ternampak satu post dekat fb, ade orang cari calon isteri antara syaratnya takde hutang pt. huhu...sampai ati. Kalau ade hutang pun die bayar sendiri la!!), pastu kumpul duit untuk family, lepas tu angan-angan dari dulu kumpul duit untuk travel (tak pernah takde angan-angan yang ni. hehe...). Tapi terus terang, kumpul duit untuk kahwin tak pernah termasuk dalam list ira. Sampai member tanya, "kau ni tak nak kahwin ke? Frust sampai serik dalam hubungan ke?" haha.... Idok ler sampai tahap tak nak kahwin. Masa bila pulak la ira ni frust nonggeng kalau hubungan pun tak pernah terbina. Erm...ira pernah kecewa ke? Jap nak fikir...haha... Takde la mek! Kalau pernah kecewa sekali pun, buat ape kau nak fikir rasa kecewa kau tu sampai tak nak kahwin. Buang masa je. Ira pernah cakap dekat someone, "kalau rasa tak boleh handle, tak payah nak involve dengan benda-benda menyerabutkan ni". Adoyaii...fenin jugak layan soalan cepu cemas deme ni. Sebenarnya ira susah untuk percaya pada sebuah hubungan. Fikiran ini terlalu sarat dengan pelbagai persoalan dan kekhuatiran. Yah...cakap senang la. Tak payah fikir sangat, just go with the flow. Wohooo...benda ni bukan soal main-main tau. Dan kerana itu ira sukar untuk terima atau mulakan sebuah hubungan. Tambah pulak bila ira sering disajikan dengan hubungan-hubungan yang terputus di tengah jalan seolah-olah perkahwinan itu perkara mainan. Melihat insan-insan yang melepaskan tanggungjawab sewenangnya. Lalu bagaimana untuk ira kembali yakin pada ketulusan dan keikhlasan hati seseorang? Buat masa sekarang ira selesa begini. Tanpa ada hati yang tersakiti. Tapi ira tak pernah nafikan ketentuan Allah. Setiap pertemuan dan perpisahan itu Dia yang tentukan. Pasti Allah tahu apa yang terbaik buat kita. In shaa Allah cepat atau lambat ira juga akan bina sebuah hubungan. Percaya pada aturanNya. 

Jodoh itu akan hadir tepat pada waktunya. Atau mungkin tanpa kita sedari atau jangkakan. Dan bila waktu itu tiba, ira terima seikhlas hati. So...buat mereka-mereka yang belum ketemu jodohnya, jangan susah hati. Allah belum temukan kerana mungkin kau belum bersedia. Just enjoy your life. Do whatever you wanna do, Go wherever you wanna go. Dan yang paling penting...your parents. Berikan yang terbaik untuk mereka, stabilkan diri dan keluarga kau sebelum kau bina sesuatu yang baru yang mungkin bakal mengubah keseluruhan hidup kau. Chill dear~~~

Saturday, 4 February 2017

Wedding kak atin sayang...

Whatsapp group JMT Sweet Siblings tak henti-henti berbunyi malam nie. Kecoh masing-masing menunggu khabar berita dari bakal pengantin. Over excited menanti berita dari Muar. Menghitung detik waktu saat lafaz sakinah bakal diungkapkan.

~~Kini terjawab setiap pertanyaan~~
~~Segala soalan lama tersimpan~~

Jodoh pertemuan adalah aturan Yang Maha Esa. Dia temukan jodoh setiap insan itu tepat pada waktunya. Terngiang-ngiang gurau senda soal jodoh yang tak pernah lekang dari bibir. 


Tanggal 3 Februari 2017...

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, kak Fatin Afiqah selamat menjadi isteri kepada Encik Haris. Barakallah....! Semoga hubungan yang terbina ini sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya, bahagia hingga ke syurgaNya. Sebak rasa hati bila tengok video akad nikah akak. Macam-macam perasaan bercampur-baur dalam hati ini. Antara gembira dan sedih. Gembira melihat kakak kesayangan selamat mendirikan rumah tangga. Sedih...tak dapat bersama-sama akak di hari bersejarah ini. Masih tersimpan sekelumit rasa terkilan kerana tak dapat sama-sama berada di samping akak, menemani akak di waktu-waktu akhir menghitung debaran di hati. Namun melihat senyuman indah yang terukir di bibir kak atin, subhanallah apa lagi yang ingin syera pinta? Terpancar cahaya kebahagiaan di wajah akak. Dan di sini...kami turut sama mengukir senyuman, tertawa bahagia, menangis kegembiraan. Dari jauh kami kirimkan doa setulus dan seikhlas hati buat akak, sahabat kesayangan kami ni. 

Mohon jaga kakak saya ni baik-baik ye!
Empat tahun lepas, saat pertama kali dihulur salam perkenalan, we can't avoid the awkwardness. Masing-masing punya first impression yang berbeza-beza. Namun perbezaan itu yang membuat kita saling melengkapi. Adakalanya kita berselisih faham, adakalnya kita tak bertegur sapa, adakalanya kita terasa hati sesama sendiri tapi cepat atau lambat kata maaf tetap dihulur dan kita kembali bergurau senda. 

Buat kak atin sayang...dah jadi isteri ni sila behave ok. Tak boleh jerit-jerit dalam kereta dah. haha... "eeiittttttt" sebenarnya rinduuuu sangat nak dengar akak jerit macam ni dalam JMT. Rindu nak dengar akak marah kak amna bila salah jalan (ampun kak amna. hehe...). Rindu nak dengar akak bebelkan syera sebab tidur dalam JMT. Rindu nak pusing-pusing KL tanpa hala tuju. JMT tu tak pernah sunyi dari gelak tawa riuh rendah kita. Macam-macam topik dibuka selagi tak sampai destinasi. Bak kata kak amna..."yang penting bukan destinasi tapi pengalaman sepanjang perjalanan tu". Terima kasih kak...sebab tak pernah jemu layankan kerenah kitorang. Tak pernah lokek dalam menghulur bantuan. Tak pernah merungut dengan ragam kitorang. Terima kasih atas penglaman kehidupan sepanjang perkenalan kita. Bak kata kak amna..."kalau exam subjek pengalaman, confirm kita A++". (Amnah Albani : 2012-2015) *banyak betul quote kak amna. hehe... Syera bersyukur sangat dengan persahabatan yang terbina ini. Sungguh syera sangat sangat hargai setiap detik yang kita luangkan bersama. Akak kinda happy virus untuk syera. Tak kira susah senang suka duka, akak sentiasa ada untuk ceriakan hari-hari syera. Kalau tengah nangis pun akak selalu buat syera tertawa. Adakalanya syera terlalu immersed into my emotion tapi bila dengan akak, syera rasa syera lupa semua masalah yang menghantui diri dan perasaan. Syera mengaku sukar sangat untuk syera luahkan apa yang terbuku di hati setulusnya. Kadang-kadang syera seolah-olah jadi pemendam rasa, sukar untuk akak baca apa yang ada dalam hati syera. Bukan kerana syera taknak berkongsi tapi kerana dengan akak, syera lupa semua kisah duka, yang tinggal cuma senyuman dan gelak tawa. Terima kasih sangat sangat...satu penghargaan yang tak mampu untuk syera ungkapkan betapa syera sangat bersyukur mengenali akak. Seorang sahabat yang berhati mulia, seorang kakak yang penyayang, seorang teman tak kira susah atau senang. 

Ok...macam dah jauh melalut kan. Asalnya nak tulis pasal wedding akak je. Tu la...bila syahirah dah start mengungkap rasa hati. Dari A kemudian pegi U lepas tu patah balik I then baru nak pegi Z dan entah mana-mana lagi lencongan dia buat. haha...

kak atin and kak maryam anajat yg cantik, gorgeous, comel, manja dan semua la...!
Rindu both of you so much. huhu... *big hug*

Pengantin lama vs bakal pengantin.
Semoga semua urusan kak yam dipermudahkan
Sambil jari jemari ini laju menaip di papan kekunci, fikiran ini melayang teringatkan walimah dua orang lagi JMT Ladies sebelum nie. Rasa terkilan tak dapat pergi walimah akak sekaligus menggamit memori wedding kak kyla dan kakyong. Maaf...hanya itu yang mampu syira ungkapkan kerana tak berada di sisi. Kita merancang dan Allah tentukan. Korang tahu doa syira sentiasa ada mengiringi hari bahagia korang kan. 

Kak Shakyla & Encik Rafi
Kakyong (Nazatul Aqilah ) & Tuan Syahmi

JMT Ladies sekalian semua dah jadi makcik-macik ok! For this cute little uwais. Kakyong dah jadi mama dah!!! Uwais...jadi anak yang soleh buat mama dan baba ok. *pinky promise* hmmmm...bila la achik ira nak boleh jumpa awak nie little uwais. Moga ada ruang dan waktu untuk achik ira jumpa awak ye. Mama uwais...! Tolong peluk cium little uwais untuk achik ira ok. huhu... achik ira sayang awak! Mmmuuuuahhhh...!!!

Buat sahabat-sahabat yang telah mendirikan rumah tangga (kakyong, kak kyla, kak atin), moga Allah limpahi rahmat dan barakah dalam hubungan kalian. Moga sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, sentiasa dipelihara kesihatannya, sentiasa dikurniakan nikmat kebahagiaan hingga ke akhirnya. Buat yang bakal mendirikan rumah tangga terutamanya kak yam...In shaa Allah moga dipermudahkan semua urusan akak hingga ke jinjang pelamin, sentiasa tabah dan kuat hadapi apa jua dugaan yang mendatang. Buat kak amna dan syahirah (eh..nama sendiri pulak)...jodoh itu rahsia Allah yang tak mampu kita teka. Dia ambil seseorang itu untuk digantikan dengan yang lebih baik. Mungkin hati terluka tapi suatu hari nanti kita juga akan tersenyum bahagia. Yakinlah pada aturanNya. To all my kakaks...terima kasih kerana hadir dalam hidup syira. Buat pertama kalinya syira rasa perasaan seorang adik yang sangat manja dengan kakak-kakaknya. Rasa macam adik-adik yang ada ramai kakak untuk mengadu macam-macam. hehe...

Dengan hati yang tulus ikhlas, syira sayang korang semua.