Thursday, 25 December 2014

Dear...

Dah lama rasanya tak menulis di sini. Takde idea nak tulis apa walaupun dalam fikiran ni macam-macam benda melonjak-lonjak nak keluar...hati ni berdetak-detak nak lepas. Kurang seminggu akan berhadapan dengan first paper exam for this sem. Tak bersedia sebenarnya tapi masih jugak malas nak menghadap buku. Tak macam sem-sem lepas, rasanya kali ni kritikal kemalasannya. hope for this week datang la mood rajin study ira nih. Parah kalau dok bersantai sangat nih. Walaupun lima paper je tapi killer jugak subjeknya. Pitam jugak nak study. 

Dear...dah sem 5 rupanya ira kat ukm ni. Macam-macam benda terjadi. Macam-macam benda berlaku dalam hidup ira. Antara sedar atau tidak, ira makin berubah dari sehari ke sehari. Yeaa...manusia akan sentiasa berubah sehingga saat kematian menjengah. Ira tak nafikan benda tu. Cuma bezanya kita berubah ke arah kebaikan atau keburukan. Ira sedar terlalu banyak salah silap khilaf yang dah ira lakukan. Untuk undur kembali masa adalah sesuatu yang mustahil. Yang tinggal hanyalah masa depan untuk kita corak. Namun, manusia seringkali alpa. Kesilapan yang sama bukan semuanya menjadi pengajaran. 

Ira...
Entah...
Ira rasa macam bukan diri ira yang dulu. Ira rasa macam banyak sangat perubahan dalam diri ira. Ira taktau nak definisikan perubahan ira ni suatu perubahan yang baik atau sebaliknya. Ira rasa khilaf sangat dengan apa yang ira buat tapi untuk suarakannya ira taktau macam mana. Ira tak yakin orang akan faham. Hidup ira, budaya ira berbeza dari orang lain walaupun dari sudut luarannya ira ok. Ira mungkin boleh go on dengan sesiapa sahaja. Tapi ada batas yang perlu ira jaga. Pada pandangan orang lain, it might be simple thing yang tak perlu diperbesarkan pun. Tapi dalam hidup, budaya, keluarga ira...semua tu perlu dititikberatkan. Dan...ira rasa macam ira dah langgar prinsip ira sendiri. Tak guna nak sembang itu ini jika akhirnya benda tu makan diri sendiri. Ira perlu undur diri tapi ira taktau macam mana. 

Banyak benda yang belum setel dalam hidup ira. But one thing...slowly I'll manage it. Walaupun sakit yang ira rasa tapi mungkin ini yang terbaik. As usual ira tak mampu nak mulakannya. Slowly I'm getting use with it walaupun adakalanya ira rindu kenangan lama but at the same time, I need to let it go. Now, another thing keep bothering me. How...when...? I don't have the answer.