Ku singkap tirai Ramadhan
tika anak bulan kelihatan
bulan penuh rahmat dan barakah
langkah ku susun penuh rapi
bertatih di bulan mulia ini
mencari sekelumit rahmat dan kasihMu
mengemis keampunan dariMu
ketenangan cuba ku raih
dalam kealpaan mengejar urusan duniawi
aku cuba untuk kembali bertaut
pada kasihMu yang tak pernah luput
dalam tak sedar sebulan berlalu
Ramadhan bakal melabuhkan kembali tirainya
dan aku...
apakah akan bertemu lagi
Ramadhan akan datang?
apakah masih diberi kesempatan
beribadat di bulan mulia ini?
yang lebih baik dari seribu bulan
kini jendela Syawal bakal dibuka
kemeriahan terasa di sana sini
pelbagai persiapan mula dibuat
namun sedarkah kita
bezanya persiapan Syawal berbanding Ramadhan
moga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir
moga Ramadhan akan datang
kita masih berkesempatan melewatinya