Saturday, 31 August 2013

its broken..!!

Kedinginan waktu subuh menusuk...ikutkan hati pasti enak berselubung selimut terus melayari bahtera mimpi. Namun sebagai hamba kugagahkan diri bangun untuk sujud kepadaNya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan meniti hari demi hari di muka bumi ini. Ya Allah...panjangkanlah umurku dalam keadaan iman dan taqwa kepadaMu. 

As usual...rutin harian pagi-pagi, bagi makan ikan-ikan. Sambil perhatikan ikan-ikan tu berenang tetiba mak tegur. "kakcik...akuarium ni retak ka?"
oh no...it is really had broken!! Abah suruh letak baldi kat bahagian yang bocor sementara nak tunggu kedai buka then abah pegi masjid. Actually takde la teruk sangat retak tu so kitorang just pindahkan ikan-ikan tu ke dalam besen dan letak oksigen sementara. Tak terfikir pulak nak keringkan akuarium tu. Adik ira pulak semangat nak buat eksperimen tahap kelajuan air tu mengalir keluar. Dalam sibuk nak buat breakfast...tetiba akak cakap retakan tu makin besar sebab air yang mengalir keluar makin laju. Sedar-sedar dah BANJIR!!!
Kelam kabut kitorang tolak air keluar. Nasib la akuarium tu memang kat tepi pintu je. huhu...baru la serius nak keringkan akuarium tu. Dalam pukul 10.00 a.m. baru mak call abah cakap rumah kitorang dah banjir!! Then abah terus bergegas balik. Masa tu dah hampir siap kitorang tolak semua air keluar and mop lantai. Terus abah pergi kedai belikan akuarium baru. Katanya boleh je kalau nak repair akuarium lama tu but maybe take time till one week so sebelum ikan-ikan tu mati beli baru je la. Dengan kudrat princess belaka kitorang angkat akuarium yang taktau la berapa kilo berat dia tukarkan dengan yang baru. Then...hias balik la rumah ikan tu. huhh...almost 4 hours kitorang kisahkan ikan-ikan tu and its finally done!

dah basah lantai rumah baru la sibuk nak
keringkan akuarium nih
abes segala towel sume jadik mangsa
nak lap lantai
ni baru separuh batu2 yang dikeluarkan
siannyer ikan2 ni x nak bgerak sbb takut
x cukup oksigen
batu2 n sgla hiasan dlm akuarium



rumah baru!! ^_^




Sunday, 25 August 2013

my beloved family...

Muhamad Shofe (abah), Dalila (mak), Syazwani (kakak),
Syahirah (ira), Nurul Syifaa & Nurul Syahidah (adik)

my beloved family...
Syukur Alhamdulillah ira dikurniakan sebuah keluarga yang sempurna. Menjadi tempat ira bergantung dan menumpang kasih serta perlindungan. Tanpa mereka...ira bukan sesiapa. Keluarga inilah yang menyinari hidup ira, sentiasa berada di sisi ira, melimpahkan kasih setulus hati buat ira. Tiada kata yang terlafaz mengungkap seberapa dalamnya kasih dan cinta ira buat mereka. 


Sedari awal...ira lahir dan dibesarkan dengan kasih sayang dan belaian seorang ibu dan ayah. Bukan sekadar kasih, sayang, cinta dan perhatian malah didikan yang diberikan buat ira tiada tolok bandingnya. Merekalah sebaik-baik guru yang mengajar ira mengenal abc...123. Tanpa penat dan jemu ibu terus-terusan mendidik dan mengajar sehingga ira bisa membaca, menulis dan mengira. Seiring ilmu dunia, begitu jugalah ilmu akhirat diajarkan kepada ira.


Selain mak abah...ira ada seorang kakak yang sentiasa mengajarkan apa sahaja yang dia tau. beza umur ira dengan kakak 2 tahun. Semasa kakak 5 tahun...kakak taknak pergi tadika kalau mak tak temankan. setiap hari mak akan bawak ira pergi tadika temankan kakak. Masa tu ira baru 3 tahun. Alhamdulillah hikmah di sebalik pengorbanan mak...secara tidak langsung ira pun turut bersekolah. Tahun 1995...ira pandai membaca. Tak tergambar gembiranya mak abah sampaikan setiap kali keluar akan belikan buku untuk ira dan kakak.



Kemudian kami dikurniakan lagi 2 orang adik perempuan. Lengkaplah kami sebagai 4 orang puteri dalam hidup Hj Muhamad Shofe dan Hjh Dalila. Masing-masing dengan pelbagai kerenah namun mak abah masih melayani kami sepenuh hati. Walaupun telatah kami adakalanya menguji kesabaran namun mak abah masih tidak jemu menasihati kami. Tidak pernah walau sekali mak abah angkat tangan walau amarah menguasai diri. Cukup dengan meninggikan suara kami sedar kami telah berbuat kesalahan. Tahun demi tahun berlalu...kini kami semakin menginjak dewasa. Setiap detik setiap saat jasa dan pengorbanan mak abah takkan pernah luput dari ingatan. Segalanya akan terpahat kukuh di sanubari ini. Tak terdaya kami membalas setiap apa yang telah mak abah curahkan. 




Ya Allah...berkatilah keluarga kami. Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu buat kami. Kekalkanlah keharmonian rumahtangga kami sehingga ajal menjemput pergi. Kasihilah ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil. Peliharalah keduanya dalam iman dan taqwa. Perelokkanlah akhlak dan peribadi kami seiring jalan redhaMu. Jadikanlah kami anak-anak yang sentiasa taat pada perintahMu dan kedua orang tua kami. Ya Rahman...Ya Rahim...himpunkanlah kembali kami di jannahMu. 

Monday, 19 August 2013

seuntai kata buat hati yang gundah

Sahabat...
sekuat manapun godaan yang kita hadapi
sekukuh apapun cubaan yang harus kita jalani
sebesar apapun kegagalan yang kita rasai
sejenuh mana pun hari-hari yang kita lalui
jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan Illahi
jangan pernah berhenti berdoa  kepada Rabbi
kerana harapan adalah masa hadapan
kerana harapan adalah sumber kekuatan
kerana doa adalah pintu kebaikan
dan kerana doa adalah senjata orang beriman

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu
yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
serta membuatkan keinginanmu terhalang
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia..?
bukan Allah tidak tahu derita hatimu
retaknya hatimu...
tetapi mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu hati sebeginilah
selalunya lebih lunak...
mudah untuk akrab...
dekat denganNya...
itulah tandanya bahawa Dia sayang padaMu

**********

Sahabat...
madah bicaramu sentiasa hadir tatkala aku memerlukannya
umpama awan yang sentiasa melingkariku
umpama angin yang sentiasa bertiup menenangkan hati dan perasaan ini
umpama cahaya yang memandu aku ke arah kebenaran
terima kasih sahabat...
kerana sentiasa hadir menemani suka dukaku
kerana sentiasa hadir dengan bait kata yang menusuk ke jantungku
kerana sentiasa menghulurkan tangan ketika aku hampir rebah
kerana sentiasa mengingatkan aku apa yang aku tersalah
dan...
kerana membawa aku kepada cinta Sang Pencipta
membawa aku kepada sebaik-baik rindu


Wednesday, 14 August 2013

Syawal tiba mencipta 1001 memori

Alhamdulillah setelah sebulan berjuang melawan nafsu di madrasah Ramadhan akhirnya tiba hari kemenangan...Syawal. Ramadhan yang berlalu...semoga kita belajar mendidik diri agar terus istiqamah dengan amal ibadat yang dilakukan. Syawal disambut penuh meriah...dalam kemeriahan tu ingatlah masih ada insan yang kurang bernasib baik.

Syahirah Shofe...Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk brsama dengan keluarga tercinta menyambut lebaran kali ini walaupun kemeriahannya berkurangan disebabkan ramai adik-beradik yang tak dapat balik berkumpul di kampung. Ape pun...syukur sangat seperti tahun-tahun yang lalu ira diberi kesempatan beraya di kampung sebelah ibu, Pokok Sena Seberang Prai. Sehari sebelum raya kitorang dah mula memenuhkan rumah maktok. Masing-masing sibuk nak tunjuk skill balut ketupat. Semangat balut ketupat tu sampai sakit pinggang duduk lama sangat. Malam raya plak lepas kemas rumah tukar langsir, sarung kusyen, semua sibuk nak main bunga api. bunga api je la dapek nak diberi kang bagi mercun lain plak jadiknya. 




Pagi raya...saat takbir bergema anak-anak dara kat rumah tokcik Leha ni dah sibuk riuh rendah bersiap. Masa tu la sibuk nak iron baju, berebut nak mandi. Teringat masa kecik-kecik dulu pagi raya disebabkan ramai sangat kadang-kadang terputus bekalan air. Bangun awal pagi terpaksa la berangkut air perigi sekarang perigi pun dah takde. Sambil kecoh tu siap bentangkan tikar, masukkan kuih raya dalam balang, macam-macam lagi la last minute prepare sebelum pegi solat sunat aidilfitri.

bersama maktok terchenta lepas solat raya

Lepas balik solat raya baru la kitorang beraya dengan family and....dapat duit raya!!! hehe...terasa diri kecik seketika. Kejap je dah penuh rumah orang datang ziarah. Tak menang tangan dibuatnya nak hidang segala juadah. Baru nak duduk kejap dah orang bagi salam lagi. Sekali datang mau 2-3 bijik kete. Sambil menghidang sempat jugak la menjamah ketupat rendang dan kuih-kuih raya sekalian. 

ni antara kuih yang ira dgn adik2 buat. kuih yg paling 
senang nak buat sebenarnya

shortbread my favourite

and...putu beras!!! 
nak cewi kt someone. =P

Paling penting...dalam sibuk orang datang ziarah tu pun sempat lagi bergambar. hehe...
(nie je adik2 sayang yg ade pg raya)




btuah btul bila masa plak masuk kot blkg ni




    sepupu sepapat den sebelah mak...







Petang raya kitorang gerak balik kampung abah...lepas tokwan takde kitorang dah tak balik kampung. konvoi ramai-ramai ziarah dari rumah ke rumah je la...transit bergambar kat rumah paklong...



Alhamdulillah raya ke4 maklang sampai dari melaka so abah plan buat jamuan sikit untuk adik-beradik je. Bertungkus-lumus kitorang masak dari pagi. kepenatan...tapi seronok sebab time macam nie je bleh kumpul ramai-ramai.

muka penat memasak and kemas rumah...T_T

Lepas 2-3 hari ziarah rumah adik-beradik...kitorang plak yang berjalan ikut abah pegi kenduri sana sini

cewi baju kitorang sama...abah beli masa pegi medan dulu



Ralat satu jer...x sempat nak bergambar satu family. erm...tunggu ade kesempatan nanti confirm ira edit balik. hehe...

**********

Lepas raya dengan family...kiter raya dengan kawan plak. seharian ira keluar dengan member pegi Alor Setar rumah cikgu-cikgu SMKAK. 20 orang, 4 buah kete, 4 buah moto konvoi. Nasib dah gitau cikgu awal-awal kang terkejut diorang tengok anak murid datang ramai sangat. Lama tak jumpa kawan-kawan sekali kumpul kecoh tak terkata. Macam-macam cerita keluar. Cikgu-cikgu pun geleng kepala jer tengok riuhnya anak murid dia nie datang ziarah.

rumah datin norliah, penyelia f6




rumah ustzh zainah





In shaa Allah...tahun-tahun akan datang kita plan lagi keluar ramai-ramai ye. Congrate to mereka-mereka yang memplanning hari merendek rumah cikgu nih. Korang memang terbaik ahh...best sangat bleh lepak sekali. Hope masih ade peluang macam nie untuk kita.

-uhibbukum fillah-