Monday, 22 July 2013

ukhuwah hingga ke syurga

dari kiri : nisa', syahirah, adila, aishah

first time kita jumpa...langsung tak kenal. bila dah mesra perangai masing-masing makin nakal. bila jumpa jer kecoh tak terkawal. sekarang..kita jarang bersua namun harapan syirah biarlah persahabatan ini kekal hingga hujung nyawa seterusnya membawa ke syurga.

Sahabat...
kita berkawan hanya dengan satu takdir yang telah Allah tetapkan...
terbina persahabatan antara kita bukanlah semata-mata kerana kebaikan 
namun penuh dengan kenakalan...
takdir itu telah mengekalkan persahabatan ini
pelbagai kenangan telah dilukiskan...
diwarnai dengan gurauan dan usikan
dihiasi dengan gelak tawa dan juga senyuman
takdir itulah yang membawa kerinduan di saat berjauhan
namun tiada siapa yang boleh menjadi pemisah antara kita
kecuali ajal dan kematian...
syukur ya Allah...
untuk takdir ini kerana ia mengajar aku erti sebuah persahabatan yang tidak ternilai

ukhuwah yang terjalin antara kita ini sungguh mengajar syirah erti sebuah persahabatan. turut mengajar syirah apa itu kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan macam-macam lagi nilai persahabatan. tak tergambar betapa bersyukurnya syirah dikurniakan sahabat seperti kalian yang sentiasa ada di kala suka duka syirah. tak pernah walau sedetik kalian tinggalkan syirah. biarlah antara kita sesibuk mana sekalipun tapi...ingatlah antara kita terbina suatu ukhuwah yang mana syirah ingin bawa ukhuwah ini sehingga ke syurga. 

"andai awan itu bisa melakar...pasti terlukis kisah persahabatan antara kita. andai bayu itu bisa berbicara...pasti ukhuwah kita dikatakan indah" -sahabat, doa syirah sentiasa mengiringimu-


Sahabat...
jika hari ini aku terlalu gembira...
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah
jika aku bersedih tanpa kata...
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta
jika aku lemah tak berdaya...
ingatkan aku dengan kehebatan syurga
jika antara kita ada tembok memisahkan...
ajaklah aku leraikan segera
jika pernah hatimu terluka...
luahkanlah agar aku berubah
jika esok aku lena tanpa terjaga... 
iringkanlah lenaku dengan kalungan doa
berjanjilah sahabat...
ukhuwah kita selamanya kerana Allah hingga ke syurga

tidak ada pantai yang tidak dipukul ombak begitu juga persahabatan kita yang turut diuji. sesungguhnya ujian itu terlalu berat untuk syirah telan. namun syirah tau...Allah takkan pernah uji hambaNya dengan apa-apa yang tidak mampu kita pukul. kenangan pahit seketika itu bukanlah ukuran pada begitu banyak kenangan manis yang telah kita bina bersama. apalah sangat seketika badai yang melanda jika dibandingkan dengan ketenangan yang kita kecapi sekian lama dalam persahabatan ini. biarlah cerita duka itu berkubur. biar ia terus tenggelam ditelan masa yang berlalu. semoga kita semua tidak akan pernah ulangi kesilapan yang sama. maaf andai syirah pernah gagal menjadi seorang sahabat buat kalian. maaf andai syirah pernah pentingkan diri  sendiri lebih dari kalian. tiada sahabat yang pernah syirah miliki seperti kalian. 


ketika seorang sahabat melukakan hati kita...maka lakarlah ia di atas pasir agar angin kemaafan datang menghembus dan menghapuskannya namun ketika seorang sahabat berbuat kebaikan kepada kita...maka pahatlah pada batu hati agar ia tidak pernah hilang walau badai taufan datang melanda.

ya Allah...kiranya RasulMu hidup bersahabat
kurniakan jua aku sahabat
tetapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkanMu
seperti kebenaran as-Siddiq...
biarlah sahabat-sahabat dari pintu-pintu ilmuMu 
seperti Ali Karamallahu wajhah...
ya Allah...kiranya itu tidak layak buatku
aku bersyukur dipertemukan dengan mereka ini sahabatku
mungkin pada mereka tidak ada yang semua aku dambakan
namun mereka telah memberiku segalanya dengan membawa aku mengingatiMu

buatmu sahabat tersayang...cinta lillah ini sedaya upaya syirah sulamkan bersama keikhlasan agar pintalannya kukuh tak terlerai. syirah ingin kalian tau bahawa syirah takkan lupakan insan istimewa sepertimu.

indahnya ukhuwah ini...di kala lupa ada yang mengingatkan
di kala tersilap ada yang menasihati
di dunia jasad dan hatinya menemani
di alam sana nanti pasti doanya mengiringi
sesungguhnya kita tidak mencari sekelumit redha manusia
yang kita cari seinfiniti redha Allah
moga hidupmu sentiasa diberkati Allah
mudah-mudahan hari-hari yang kita lalui 
penuh mekar dilatari kuntuman bunga iman
dan moga ukhuwah ini sampai ke jannah





Ingat lagi hadiah-hadiah nie...? Antara present yang paling syirah sayang adalah 3 benda nie sebab di sebalik hadiah nie tersimpan 1001 satu kenangan. Love frame tu...masa celebrate birthday nisa'. Bila difikirkan kembali kelakar jugak. Satu hari syirah ngan dilla berusaha untuk tak bertegur sapa dengan nisa'. Susah sangat tau..!! Yela...kebiasaannya kita pegi sekolah sama-sama, rehat sama-sama, balik sekolah, pegi prep everything semua sama-sama. But on that day we need to ignore you. huh...! And nisa'...you didn't noticed anything. Penat jer kitorang ignore nisa' hari tu tau! pape pun...the cake, presents and everything was meaningful to us. 
On adila's birthday...the idea to celebrate it lagi best. Close your eyes with something and bring you downstairs go to 'lorong vip'. Sing a song...'sahabat-devotees'. Disebabkan takde candle so we just use torchlight to replace it. We had prepared birthday card...snacks. Kek jer tak dapat disediakan. Seperti yang kitorang jangkakan yea...you even cried adila. Such a very soft-heart you have. 
And on my birthday...we gathered together after school since we have finished our spm. Pusing-pusing mall...jalan-jalan...spent time together. It was one of sweet memories i ever have with you. And the surprise...you bought me a teddy bear with a box of handmade chocolate. It was the best present for me. Wanna know something...? I still have the box of chocolate and the teddy with its box, ribbon...everything. I kept it well till now and will keep it forever. 
Aishah...the only girl we never celebrate her birthday. 16 December...its time for school holiday dear. But we never forget your birthday. And...In shaa Allah the wishes will always there for you every year.

Banyak sangat kenangan yang ingin syirah lakarkan tapi...jawabnya syirah bakal mengadap laptop ni tak ke mana la. hehe... In shaa Allah dearest friends...I will always love you because of Him. Allah telah kurniakan syirah sahabat-sahabat terbaik seperti korang dan syirah sangat menghargainya. 

ira_maezuki




Tuesday, 16 July 2013

berbaik sangka bukan menghukum

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Ramadhan bulan penuh barakah ini. Dalam x sedar sudah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini menjadi madrasah dalam membentuk disiplin dan sahsiah diri. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Semoga kita semua diganjarkan pahala berlipat ganda sempena ibadat dalam bulan rahmat ni. 

Syukur sekali lagi diberi kesempatan berbuka di Masjid al-Muhsinin, Kg Raja, sempena jemputan Imam Muda Arham dari Gaza, Palestin. Alhamdulillah diberi secebis ruang untuk kami lebih mengenali penderitaan rakyat Palestin yang tidak sudah-sudah diancam oleh puak yahudi sejak tahun 1948. Sekatan demi sekatan dilakukan bagi melihat penderitaan umat Islam di Gaza. Malah dengan isu yang sedang melanda Mesir kini turut menjejaskan bekalan mereka. Terowong-terowong yang dibina menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir turut terganggu. Hampir 2 minggu mereka terputus bekalan disebabkan kegagalan mendapatkan petrol untuk kenderaan-kenderaan bergerak mendapatkan bekalan. 

Allahuakbar...penderitaan demi penderitaan ditujah buat rakyat Palestin sementara umat Islam di seluruh dunia masih lagi lalai dan leka dengan keseronokan duniawi. Alpa dengan arus hiburan melampau. Sedarkah kita hiburan yang diperkenalkan itu merupakan taktik yahudi untuk membuat kita terus tenggelam dengan nikmat dunia sedangkan saudara seagama kita menderita di luar sana. 

**********
Dalam asyik dengan kenikmatan iktikaf di masjid, iftar dan berjemaah namun ada sesuatu yang mengganggu jiwa remajaku. Pada hematku, bukanlah perkara luar biasa andai kita melakukan kesilapan. Kita sekadar manusia biasa yang pasti ada silapnya. Namun, bukankah lebih elok berbaik sangka dari menghukum. Andai kita tersalah, tegurlah dengan hikmah bukan cacian. Pandanglah pada hikmahnya Rasulullah s.a.w. menegur kesalahan umatnya. Pandanglah pada kelembutan Baginda s.a.w. dalam menyebarkan dakwah. Sungguh aku sangat terkesan pada bicara Fatimah Syarha dalam karyanya Sebarkan Cintamu 'berbaik sangka bukan menghukum'. Jiwa remaja seringkali dahagakan penjelasan, perhatian, belaian dari mereka yang lebih ilmuwan. Namun seringkali jiwa remaja ini memberontak kerana umat sekarang lebih senang menghukum dari berbaik sangka. Semoga jiwa remaja yang gersang ini terus dikurniakan ilmu bermanfaat. Semoga jiwa remaja yang adakalanya kontang ini dibasahi dengan nikmat pengetahuan. Bersabarlah duhai hati...sesungguhnya mereka tidak tahu. 


Novel ini banyak mengupas isu-isu sensitif yang melanda umat kini amtaranya, hijab, poligami, hak wanita, istimewanya ciptaan Allah bergelar wanita. 
Isu poligami paling ditekankan dalam karya ini. Poligami bukanlah sunnah Rasulullah s.a.w. seperti yang seringkali diperkatakan tetapi sebenarnya adalah harus dan tidak digalakkan sama sekali. Namun masih ada segelintir masyarakat yang keliru dalam menilai isu ini. Seringkali seorang isteri diugut dengan poligami, sekiranya tidak diizinkan maka isteri dianggap nusyuz. 
Sesungguhnya isteri mempunyai hak dalam poligami sama ada hak merelakan, hak tidak merelakan dan mempertahankan monogami serta hak bagi dibebaskan dari ikatan perkahwinan. Andai poligami ini mampu merosakkan agamanya akibat cemburu maka isteri berhak meminta supaya dibebaskan.

Monday, 8 July 2013

PROPAP '13 (4/7/2013 - 6/7/2013)



Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi atas kesempatan yang diberikan untuk aku meluangkan masa bersama adik-adik tahun 4&5 dalam satu program anjuran Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah, UKM (PKMK UKM). Program Pandu Pelajar '13 bertempat di SK Paya Rawa (SKPR). Satu pengalaman yang kukira sangat berharga. Mendidik dan mengajar mereka memberi aku bukan hanya sekadar pengalaman tetapi turut melatih aku dengan sifat sabar. Tidak mudah sebenarnya untuk menangani kerenah dan telatah adik-adik yang sedang membesar meniti hari demi hari dalam kehidupan mereka. Tanpa kesabaran yang tinggi mungkin aku juga tidak mampu menangani mereka. Namun Alhamdulillah...kudrat yang Allah kurniakan bersama kesabaran jitu yang telah lama aku cuba semaikan dalam diri mendidik aku bagaimana untuk berhadapan dengan pelbagai ragam adik-adik ini. Satu tanggungjawab kurasakan terpikul di bahu walaupun hanya sekadar 3 hari 2 malam bersama sekurang-kurangnya ada ilmu yang mampu aku terapkan ke dalam jiwa mereka agar terus dipraktikkan. 

4/7/2013

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan perasmian oleh Penasihat PKMK UKM, Prof. Madya Dr. Azizan Ahmad yang juga merangkap sebagai Timbalan Pengarah Penyelidikan Pusat Akreditasi Pelajar (PAP) dan turut dihadiri oleh Guru Besar SKPR, Encik Jaafar Khalid. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan taklimat program kepada para peserta seterusnya memperkenalkan para fasilitator yang hadir sebagai pembimbing adik-adik. Sebelah malamnya pula diisi dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan yasin dan solat isyak. Kemudian diteruskan pula dengan pembahagian kumpulan serta ice breaking. Turut disertakan lagu tema "Terima kasih cikgu - Najwa Latif ft Upin Ipin" bagi menaikkan semangat adik-adik di samping menarik minat mereka sepanjang perjalan program ini.

sesi pendaftaran

 perasmian oleh Dr Azizan

lagu tema

sesi pengenalan fasilitator serta pembahagian kumpulan







5/7/2013

Seawal 4.30 pagi para peserta dikejutkan untuk sesi qiamullail, solat subuh berjemaah serta kuliah subuh ringkas. Alhamdulillah...para peserta memberikan respon yang baik walaupun rasa kantuk menguasai kerana terpaksa bangun awal. Bagi menyegarkan tubuh badan untuk melewati seharian program, adik-adik bersama para fasilitator melakukan senaman ringan sementara menunggu sarapan siap disediakan. 

senaman tommy...video nie sangat menarik minat adik-adik

Selesai bersarapan dan membersih diri, bermulalah slot pertama iaitu "SMART SOLAT" yang disampaikan oleh mantan YDP PKMK UKM, Ustaz Zakwan Halim.


 Kemudian diteruskan pula dengan beberapa LDK yang telah disediakan. 

LDK 1 - Lakarkan


lakarkan ape yang dilihat sekeliling...sebenarnya ingin mendidik adik-adik supaya melihat pada diri sendiri sebelum memandang pada yang lain which means look your own fault instead of blaming others

LDK 2 - Kotak Beracun

kotak beracun...terisi soalan-soalan yang telah dipelajari oleh adik-adik darjah 4&5. belajar sambil bersuka ria...sambil bermain ada input yang diperoleh




Slot bersama para peserta dihentikan seketika untuk memberi ruang bagi makan tengah hari serta solat jumaat bagi muslimin. Sementara itu, para peserta muslimat didedahkan dengan praktikal solat mengikut sunnah junjungan mulia Rasulullah s.a.w. 



Slot petang dimulakan kembali pada pukul 2.30 dengan LDK 3.

LDK 3 - Ujian kepantasan



Aktiviti dihentikan seketika memberi laluan untuk solat asar berjemaah.
Sesi riadah yang diadakan selepas asar jelas mengukir kegembiraan di wajah adik-adik ini. 

LDK 4 - Flight of Hope



Turut diadakan juga slot muhasabah diri yang dikelola oleh Ustaz Zakwan Halim.




Sebelah malamnya sementara selepas solat maghrib berjemaah, para peserta didedahkan dengan al-Mathurat serta fadhilat mengamalkannya. usai solat isyak berjemaah, program diteruskan lagi

LDK 5 - Pulau Sengketa

seorang peserta dari setiap kumpulan dikehendaki meneliti gambar yang telah disediakan dan mengingati setiap ape yang ada pada gambar tersebut kemudian berdasarkan ingatan masing-masing memberitahu ahli kumpulannya untuk melakarkan semula gambaran tersebut.

 lukisan asal

 lukisan yang telah di 'renovate' oleh fasi2

lukisan masing-masing dibandingkan dengan lukisan yang asal...
terdapat 2 kumpulan yang berjaya melakarkan semula berdasarkan ingatan masing-masing 


6/7/2013

Usai subuh, senam pagi bermula



Selepas bersarapan aktiviti kemuncak sepancang program ini...Running Muslim (explorace)




Selesai semua aktivti maka tibalah majlis penutup PROPAP '13 yang dirasmikan oleh wakil PPD Pendang, Encik Zambri turut dihadiri oleh Guru Besar SKPR, Encik Jaafar Khalid.

 ucapan penolong pengarah PROPAP '13

 ucapan wakil PPD Pendang

 pengacara majlis




Alhamdulillah...sepanjang 3 hari 2 malam bersama adik-adik merupakan antara kenangan terindah sepanjang aku melibatkan diri dalam program-program sebegini. Indahnya ukhuwah yang tersulam walau seketika. In sha Allah andai diberi kesempatan akan aku terus meluangkan masa untuk turut serta berbakti buat adik-adik. 

 kakak2 faci pn nk exercise jgk. hujan pny pasal...dlm dewan pn jd la

 dr kiri : fyzah, mawie, ira, k.husna, k.aisyah

 dr kiri : syikin, syamilah, najaa, paan, fyzah

kak aisyah


 kenangan bersama adik2



 dpt mkn dh x pndang kiri kanan

jalan2 amek angin



abg2, kakak2 dan adik2

 salam perpisahan


In shaa Allah...semoga diberi kesempatan untuk bertemu lagi. setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. redhalah akan perpisahan yang berlaku. bukan bermakna perpisahan selamanya kerna walau tiada peluang untuk bertemu sesungguhnya kami hidup dalam kenangan dan ingatan. semoga apa yang telah kami sampaikan menjadi pengajaran buat semua.