Saturday, 17 March 2018

SMKAS_Love_Story

Firstly...sekalung tahniah buat semua adik-adik yang baru je ambik result spm masing-masing. Banyak 'A' atau xde 'A' sekalipun bukan penentu segalanya. Moga setiap satu darinya menjadi motivasi seiring mengorak langkah meniti satu lagi perjalanan penuh berliku. Alang-alang hari ni ceritanya riuh kakak-kakak tunggu result adik-adik sekalian, ira jadi terpanggil nak mengimbau kenangan-kenangan zaman nakal ira dulu. MashaAllah...banyak sangat bitter-sweet moment zaman sekolah dulu rupanya. Kalau nak list semua ni mungkin sampai esok pun tak lena. haha...

Ira malas nak taip panjang-panjang. Tapi sangat sangat sangat nak share conversation kita. (kita = teman rapat ira dari zaman sekolah sampai la sekarang). Memandangkan ira malas nak buat konklusi kegigihan kita dok imbau kenangan ni (walaupun berdua ja, yang lain dah ghuyub) makanya ira screenshot je la. (oups...abaikan wallpaper wasap ira tu k. haha...). 



* Dont worry, ira dah move on cuma biasa la kadang-kadang dok mengimbau kenangan manis bercinta dengan math zaman dahulu kala. hehe...


* Alkisahnya jam loceng bunyi azan tu bila kitorang tak balik masa weekend sebab warden cakap boleh pilih nak balik ke tak. Makanya geng kitorang ramai jugak la tak balik then semua lepak tidur bilik ira. Sebelum tidur gigih nak set alarm la, pesan member suruh kejut la sebab esoknya ada qiamullail. Sekali semua tak sedar. Siangnya pakat buka cerita tanya sapa yang tutup alarm sebab dengan bunyi tapi semua tak ngaku and the mysterious part is nobody ngaku set alarm tu. Ok cuak!. Esoknya terus dah tak sentuh jam tu. hehe...

 
* Hujung-hujung detik menghampiri spm, cikgu-cikgu bagi homework bertimbun-timbun dengan harapan melalui homework tu kitorang ulangkaji la. Tapi ampunnnn....banyak copy paste dari buat sendiri. huhu...


* Kena panggil rollcall tengah sedap dok tidur itu biasa. Kena bebel lebih dari sejam berdiri kat tengah asrama pun biasa. Kena denda ketuk ketampi 100x (lebih sebenarnya sebab bila tak sama kena ulang balik) pun biasa. Denda apa yang tak pernah kena? Tapi denda tu semua jadi kenangan manis yang buat kita tersenyum sekarang bila ingat balik (walaupun kena denda atas kesalahan orang lain. Redha je...).


* Makan di Dewan Makan Asrama bukanlah menunya sedap sentiasa dan bukanlah setiap masa masakannya sedap. Tapi nasi mentah pun kitorang boleh telan tanpa sakit perut (dah kebal dah), makanan masin pun telan macam biasa sampai ustaz pernah tegur macam mana kita makan sebab ustaz ambik makanan student masa kat DM pastu masin gila sedangkan muka kitorang tak berkerut sikit pun, makan macam takde apa je lagaknya. Kitorang bersyukur dengan apa yang ada ustaz. hehe...





* Ampunnn....semua yang pernah jadi mangsa bajunya dilempar dulu sebab tinggal kat bilik iron, bilik basuh. Mangsa-mangsa yang kelam-kabut lari turun tangga takut kena denda bayar RM1 bila lambat. Mereka yang selalu kena bebel dengan ira time perhimpunan sebab tak beratur betul-betul, bersembang, tak bawak Al-Quran, dan macam-macam lagi la bila tiba-tiba cikgu suruh buat spotcheck. huhu...ampunnn...saya hanya menjalankan tugas. 


* Tak sopan betul puteri-puteri smkas ni. Eh, ada je yang sopan santun tapi yang penting ira tak tergolong dalam golongan ayu lemah lembut tu la. haha...




Ok...dah mengantuk tak tau nak buat ulasan apa lagi. Conversations kita...tak jemu ira ulang baca and senyum sorang-sorang. Ni baru cerita kisah nakal kita. Belum lagi masuk kisah 'cinta monyet'. Eh tak...'crush' je kot, takde bercintanya pun. Masuk bab ni lagi riuh kecoh nak membahan orang. Tapi itu punya cerita eksklusif. Bahaya share kat sini. haha...

2005 - 2018 : 13 years and still counting...zaman nakal, zaman tak matured, zaman kuat merajuk, zaman apa lagi la yang boleh disenaraikan yang pernah kita lalui. Moga semuanya jadi kenangan terindah kita dulu, kini, selamanya. Saaaaayang hampa sangat sangat sangat!!  ^_^ 


Tuesday, 13 March 2018

...‘Kenen’...


Gigih jugak la sebenarnya Ira nak cari balik komik pasal ‘kenen’ ni tapi tak jumpa pulak. Mungkin ada yang pernah terbaca Islamic Comic pasal topik ni. Kalau ada yang tau kat mana nak cari bagitau Ira k.

Apa itu ‘kenen’?
‘Kenen’ ni asal dari dialek orang utagha kot kalau tak silap. Bahasa mudahnya, ‘kenen’ ni macam usik-mengusik sesama kawan tentang couple. Contohnya :
     “Betul dia suka kau la”
     “Dia asyik tengok kau je. Sah la memang dia suka kau”
     “Eh, sama pulak baju korang hari ni. Berjanji ke? Kuat instinct nih? Ada jodoh nih.”
Dan kata-kata yang seumpama dengannya.

Hati seorang wanita itu lembut dan mudah terusik. Walaupun bersungguh-sungguh dia cuba menafikan segala usikan, menganggapnya sebagai gurauan semata-mata. Tapi jika ‘kenen’ itu seringkali diajukan padanya…pasti ada hati yang terusik. Pasti terdetik walau sekali :
       “Betul ke dia suka aku? Diorang main-main je ni”
       “Eh, apesal aku gelabah pulak depan dia ni. Selalu ok je. Aku suka dia ke?”

Sejauh mana hati seorang wanita itu tidak terusik dengan kata-kata yang berbunga-bunga? Yup! Niatnya untuk bergurau, suka tengok kawan kita blushing, suka tengok kawan kita gelabah nak menafikannya. Tapi sedarlah dalam penafian yang lahir dari bibirnya, ada taman sedang mekar dalam hatinya. Hati-hati!! Kerna ‘kenen’ ini mampu menjerumuskan seseorang itu ke kancah zina hati.
          
Adakah kita ingin menjadi asbab kepada terlukanya hati seorang teman jika dalam diam hatinya mula terbina sebuah harapan? Adakah kita ingin menjadi asbab kepada gugurnya air mata seorang teman apabila bunga yang mula mekar angkara ‘kenen’ itu layu berguguran? Walau tidak parah, pasti sedikit sebanyak hati terguris bila gurauan itu menyimpang dari hakikat realiti yang sebenar. Sakitnya hanya yang melalui merasainya. Cakap mudah :
        “Alaaa…aku main-main je. Kenapa kau serius sangat?”
        “Aku tau kau dengan dia takde pape pun. Saje nak ngusik kau.”

Jujur…Ira juga pernah melalui situasi yang sama. Terjatuh hati angkara ‘kenen’ teman-teman. Dan kerananya Ira pernah menangis kecewa. Kelakar kan? Kenapa pula kau nak menaruh harapan pada yang tak pasti? Dan jujur pada ketika itu, wajah-wajah mereka yang sering ‘kenen’kan Ira mula bermain di ruang mata. Terdetik di hati…

“Kalau kau tak ‘kenen’ aku, mesti tak jadi macam ni. Mesti aku tak kecewa macam ni.”

Cup! Cup! Pada kawan-kawan yang terasa hati lepas baca ni…mohon bersabar dulu. Cerita belum habis.

Antara yang paling sukar bukan sahaja dalam nak memujuk hati sendiri, tapi juga bilamana kau nak berlagak biasa di hadapan mereka yang seringkali ‘kenen’kan kau. Bimbang terdetik rasa bersalah di hati mereka melihat keadaan kita yang kecewa. Tahu...rasa itu tak mampu disembunyikan. Dan malu mula bertandang. Ya Allah…malunya menangis akan sesuatu yang tidak pasti.

Masa ni…I’m coming back to my sense. Dah kenapa pulak kau nak salahkan orang lain? Sepatutnya kau salahkan diri sendiri kerana terlalu mudah hanyut dengan gurauan dan usikan mesra teman-teman. Bukannya kau tak tahu hakikat dan realiti yang sebenarnya. Kenapa masih juga kau biarkan hati dan perasaan kau terbuai dengan mimpi indah itu? Kenapa? Dan hati bagai diketuk keinsafan. Kembali padaNya, muhasabah diri, fikir semula apa yang telah kau lakukan. Allah…benarlah hati wanita itu sensitif, mudah terusik. Maka kau yang perlu berusaha untuk menetapkannya. Apa yang perlu kau lakukan? Mohon pada Allah Yang Maha Kuasa, yang memegang hati-hati manusia, yang membolak-balikkan hati manusia. Mohon ditetapkan hatimu dari anasir-anasir yang melalaikanmu. Jangan hanyut dengan keindahan yang bersifat sementara itu.

Dan Ira mula faham baik buruknya sikap suka ‘kenen’ orang ni. Tak salah untuk bergurau tapi setiap gurauan ada batasnya. Dan Ira mula berjanji pada diri untuk tidak ghairah ‘kenen’kan sesiapa terutamanya sahabat yang Ira sayang dunia akhirat. Ira taknak jadi asbab kecewanya hati seorang sahabat. Tak sanggup rasanya Ira tengok dia menangis gara-gara usikan Ira. Dan buat diri sendiri…kuatlah! Jangan mudah sangat hanyut. Kau punya prinsip, maka pegang ia seerat mungkin. Jangan prinsip itu hanya mainan bibir tapi laksanakannya! Moga kau terus tabah duhai hati. Walau berapa kali pun kau tersungkur, moga kau terus bangun menjadi wanita hebat. Aminnn…



Wednesday, 7 March 2018

Kerna Syurga Bukan Percuma

Jarang sekali untuk Ira duduk menulis tentang mana-mana buku yang Ira baca. Mungkin pernah…hanya apabila ada yang bertanya. Tapi kali nie Ira terpanggil untuk menarikan jari-jemari di papan kekunci ini.

Kerna Syurga Bukan Percuma

Baru tengok tajuk, tangan ini laju mencapainya di rak buku. Seperti selalu…sukar untuk lepaskannya kembali. Cuba letak dan berinjak ke rak-rak lain namun tetap juga hati ini terpanggil untuk kembali membelek naskhah yang judulnya sahaja cukup untuk menarik perhatian Ira. Hampir sebulan buku ni tersimpan kemas dalam almari buku di rumah tu, baru kali ni Ira berjaya habiskannya. *skill habiskan bacaan cepat-cepat dah berkarat. Banyak sangat iklannya*

Buku ini mengisahkan watak Khairul Rafeeq, seorang pelajar tingkatan 5 yang jauh menyimpang hidupnya dari landasan agama. Terkapai-kapai sendirian mencari arah tujuan hidup yang sebenar. Semakin jauh apabila insan-insan yang sepatutnya bertindak sebagai pembimbing beralih arah menjadi penghukum. Seorang yang panas baran, sebut saja kenakalan apa yang tidak dilakukannya. Namun di sebalik perkara negatif tentang Khai, Ira tertarik dengan sikap penuh santunnya dia melayan seorang ibu.
    
Watak ‘Abang Surau’ yang tidak putus asa cuba menarik Khai untuk kembali ke jalan syurga. Sentiasa murah dengan senyuman. Ayat yang sering diulang-ulang “Syurga bukan percuma”. Dan setiap kali Ira baca ayat ini…Ira mula persoalkan diri sendiri “Apa yang dah Ira buat untuk meraih SyurgaNya?” *Allahuakbar…Moga Allah ampuni setiap hambaNya yang terleka*

Watak seorang Ketua Surau yang pada hemat kita haruslah seorang yang indah akhlaknya, tinggi ilmunya. Namun, kita tak boleh nafikan bahawa ada yang mengambil kesempatan atas dasar tiket agama. Mereka yang menjadi penunggang agama, yang mencemarkan imej-imej ustaz. Disebabkan latar cerita dalam buku ni mengisarkan kehidupan pelajar sekolah, Ira pun rasa macam Ira balik pada umur belasan tahun.

Kisah sebuah perjalanan anak muda yang meniti jalan-jalan untuk kembali padaNya. Jalan yang indah di penghujungnya tak semudah yang disangka. Jatuh bangun dalam membina iman dalam diri diuji dengan kehilangan. Lalu dipersoalkan “kau berubah kerana apa? Manusia atau Allah..?”  Banyak lagi plot cerita yang rasanya much better kalau korang baca sendiri. Mungkin tak semua bakal meminati bahan bacaan santai sebegini tapi pada Ira cukup untuk mengetuk pintu hati yang adakalanya terleka dengan nikmat dunia ini. Dan sepanjang Ira menghabiskan bacaan ini, ada seperkara yang tak lekang dari bergayutan dalam fikiran ini. In shaa Allah Ira luahkan kemudian.

Kerna Syurga Bukan Percuma…cari ia! Genggam ia! Fitrah manusia imannya turun naik tapi di mana usaha kita untuk betulkannya. *tersentak sendiri sambil taip ayat ni. Di mana imanku?*

In shaa Allah akan dapatkan jilid yang ke-2 soon

Monday, 17 July 2017

C.I.N.T.A.


Ingin ku sampaikan salam terakhir untukmu
Sebelum ku tutup cerita cinta ini
Bila ku hanya kata 
Denganmu bisa jadi kalimah
Menyusun semua perjalanan cinta kita
Kamu biasa denganku
Kamu biasa ada aku
Namun hidup ini jangan berhenti 
Hanya bila aku pergi
Kenanglah aku di hati 
Kenanglah senyum dan tangisku
Baik dan marahku dan segalanya
Simpanlah saja dalam-dalam
Simpanlah selamanya dalam kenangan




Awan hitam bergulung-gulung 
Mengabarkan berita pahit
Aku harus gimana pada cintaku
Bisakah aku jadi langit 
Biar ku lindungi mendungnya
Tak ku biarkan duka berkawan denganmu
Biarkan hatiku bertudung menutupi kenyataanku
Menangis sekaligus tersenyum pada takdirku
Tak bisa kau paksa cintaku
Berpindah kepada yang lain
Sampai nafasku habis ku mahu denganmu
Inilah surga yang kurindukan
Memastikan kau baik-baik saja
Walaupun kita tak bersama lagi
Kenanglah aku
Cinta..........
_Surga yang Kurindukan_

Cinta itu punya maksud yang pelbagai. Juga merujuk pada banyak perkara. Cinta agung Sang Pencipta. Cinta penuh hikmah dari kekasihNya. Cinta tulus seorang bonda. Cinta penuh pengorbanan seorang ayah. Cinta sesama manusia. Cinta sesama makhluk. Cinta pada alam semesta...

Saat kamu memilih cinta dari manusia. Ingatlah bahawa cinta itu tidak kekal. Ia datang dan pergi. Ia memberi bahagia tapi ia juga menyakiti. Cinta itu cuma pinjaman dari Yang Maha Esa. Menemani perjalanan hidup kamu di muka bumi ini. Kamu juga yang harus memilih bagaimana untuk mencorakkannya. Apa kamu memilih untuk menghambakan diri pada cinta, menggantung sepenuh pengharapan pada cinta manusia. Atau...memilih untuk mencari cinta Allah terlebih dahulu supaya cinta manusia yang hadir dalam hidup kamu itu sentiasa dalam redhaNya. Mencari cinta dalam redha Illahi agar nikmat cinta itu kekal hingga ke syurgaNya. 

Cinta...apabila kamu siap untuk memberi dan menerima seadanya. Cinta yang tersimpul dalam ikatan sebuah perkahwinan perlu pada dua jiwa yang ikhlas antara satu sama lain, siap untuk berkorban demi pasangannya. Perkahwinan adalah sebuah janji yang termeterai menjadi satu tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul. Justeru toleransi itu perlu. Memahami antara satu dengan yang lain, melengkapi sesama sendiri. Walau dilanda bermacam dugaan namun harus tetap yakin padaNya bahawa jalan keluar itu pasti ada. Jangan pernah putus asa dengan janji Allah yang Maha Mendengar setiap rintih hati hambaNya. Mohon padaNya, sujud padaNya...

Suka...Sayang...Cinta...

Sama tapi tidak serupa. Pada ira...suka itu apabila kamu senang dengan paras rupanya, tingkah lakunya atau dengan tutur katanya. Sayang hadir bila kamu ingin selalu dekat dengannya. Jadi ingin tahu segala tentangnya, ingin dia juga melihat kamu dari persepsi yang sama.

Dan cinta...satu perasaan yang hadir dalam hati, yang mana ianya adalah fitrah setiap insan. Ingin mencintai dan dicintai. Bila kamu memberi tanpa mengharapkan balasan. Dan cinta itu hadir dengan tanggungjawab. Satu rasa ingin berkongsi. Kebahagiaannya menjadi kebahagiaanmu, senyumannya menjadi senyumanmu, tangisnya menjadi tangismu. Pasti kamu pernah kan merasai yang sebegini. Perasaan yang Allah hadirkan dalam hati yang cuma kamu fahami, menjadi rahsia hati yang sukar untuk diungkapkan.

Thursday, 6 April 2017

I'm not okay...


They say I look good as if I overcame everything
They say I look alright
But I feel like I could cry
I'm barely holding it
But no one knows
I guess they think I'm happy because I'm smiling
Although my heart, my true feelings is still you
I'm not okay, i'm not well
I still have you in a corner of my heart
There's no way I can be alright
Why don't you know?
I'm sorry to say but
I'm not good, I can't just smile
Because of you,
because of you leaving me
I'm alive but i'm not living
There is no such thing is
Time will solve everything
The feel-good comfort of saying it'll slowly get better
Honestly it doesn't relate to me
Do you know how broken I am?
Because of you, I'm a mess, I'm ruining away
I'm not okay, i'm not well
I still have you in a corner of my heart
There's no way I can be alright
Why don't you know?
I'm sorry to say but
I'm not good, I can't just smile
Because of you,
because of you leaving me
I'm alive but i'm not living

_______________________________________________________________

Disebabkan lately tengah gila dengan exo so, whenever ira on laptop mesti pasang playlist lagu-lagu exo. And one of the latest song by exo is... "I'm not okay - chen". Vocal dia memang best. Bila tengok lirik and the meanings...buat ira teringat kat someone. Although dia pernah cakap jangan terpengaruh sangat dengan lagu-lagu nie. Bila kita selalu dengar lagu yang sedih mesti la kita pun rasa sedih. Bila dengar lagu yang macam putus asa je mesti kita pun rasa macam tu. Dia cakap macam nie sebab pernah satu ketika dulu ira sukaaaa sangat ulang-ulang lagu "Be careful with my heart" pengaruh cerita Maya Dela Rosa & Sir Chief. haha... Ok I have to admit it. Mudah terpengaruh juga emosi seorang syahirah ni. Tapi dengar lagu ni takde la drag ira ke lembah kesedihan melampau pun. Cuma tersentap sikit je masa first time tengok lirik dia. I'm totally fine in shaa Allah. Allah kan ade. (^___~)


Monday, 3 April 2017

Fangirl Syndrome



Syahirah acted like a fangirl?! Right now! At this moment, ira is soo into the exo. Member ira cakap...ni syndrome single lady. Wahhh...'girl' dah upgrade jadi 'lady'. haha... Sebelum nie memang layan je lagu-lagu korea ni tapi takde la over sangat. Lebih kepada layan korean drama sebab lain-dari yang lain. Dan yang penting lain la dari drama-drama melayu yang mostly cliche sangat.

#SUHO #BAEKHYUN #DO #CHANYEOL #KAI #SEHUN
#KRIS #CHEN #LUHAN #XIUMIN #LAY #TAO
Hmmm...macam mana tetiba boleh jadi EXO-L pulak ni kan? hehe... Semuanya bermula gara-gara tengok drama korea --> Scarlet Heart Ryeo. First time tengok drama korea tak leh move on. Rasanya hampir lima ke enam kali ulang tengok. Sedih sangat tengok cerita ni sampai part nangis tu perghh...bagai hati ditusuk sembilu (hehe...hyperbola sokmo perumpamaannya). Tak leh move on sebab sad ending. Punya la tak puas hati dengan ending dia + masih berharap ada sequel scarlet heart bagi jadi happy ending. huhu...

#WANGYO #WANGSO #HAESOO #WANGWOOK
#WANGJUNG #WANGEUN #BAEKAH #WANGWON

This cute little prince lead me to EXO and that's why I'm a fan of EXO now. haha...
Not fan like too fanatic but just follow them about this and that.
#baekhyun_wangeun#
They are very talented. Their  handsome and cute face, angelic voice, powerful dance steps, good at composing songs and playing instruments, being a great actors, mischievous and playful on stage, and many many more. Is syahirah really talk about this? Ok...ira pun rasa macam ira not being myself right now. haha... Takde la...I'm not really that fanatic to stalk everything about them (walaupun banyak benda jugak la yang ira tau from OT12 till OT9. hehe...). Please jangan fikir yang pelik-pelik. Wanna listen to their voice? Ok...just scroll down and listen to this video. Eh...music player blog ira ni pun semua lagu exo. hehe...for now la. Nanti dah bosan ira tukar lagu lain pulak. 







Chen sing the OST song while D.O. starring in this kdrama It's Okay That's Love.
Listen to the high pitch part again and again (3.47). hehe...



It's D.O. again...(Do Kyungsoo's drama)
- It's Okay That's Love 
- Hello Monster            
- Positive Physique       
- Cart                            
- Unforgettable             
- My Annoying Brother





Ok...this is the last one. Dah ghupe stalker dah den ghaso. haha...

The end of my story about EXO for this entry. hahaha...sebelum ira became insane because of this fangirl stuff. lalalala~~~just for fun. Just a fan not a fanatic. Beza tu...! Don't take it serious k. (^_~)


Friday, 31 March 2017

30 - 30

Happy Birthday to you.....Happy Birthday to you.... ^_^

It has been 10 years and more right? Since we know each other. Yah...It's awkward at first. Bila difikirkan balik...kelakar pun ye jugak. Kenangan-kenangan yang jika diceritakan semula bakal mengundang gelak tawa tak sudah buat ira. Macam mana kita kenal?  Macam mana satu sekolah pernah kecoh pasal kita? Macam mana semua nie bermula? haha... Masih ingat lagi moment paling awkward ira saat pertama kali mulanya perbualan antara kita. Masih juga kekal di ingatan the most awkward moment saat pertama kali bersua muka setelah sekian lama. Sorang ke depan sorang ke belakang, sorang tengok kanan sorang tengok kiri, buat-buat tak kenal sokmo bila berselisih padahal rancak je masing-masing di alam maya. Masa tu...I'm not really sure what is there, deep inside my heart. Hari demi hari berlalu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Perkenalan kita juga makin bertambah usianya. Hampir setiap ketika itu ira bermain dengan teka-teki dalam diri sendiri. Persoalan demi persoalan bermain dalam fikiran. Bolehkah begini? Betulkah begitu? But...as time passed, ira makin kenal diri sendiri, ira makin belajar tentang hati. Permulaan kita salah, begitu juga perjalanan sebuah hubungan yang kita bina ni. 

H.O.P.E. >>> Harapan
Harapan itu pernah suatu ketika dulu wujud jauh di dasar hati. Tapi dulu la...sebelum cantuman hati ini lengkap disusun satu persatu. Dan saat lengkapnya sekeping hati ini...ira sedar seperkara. Tiada yang lebih berharga dari sebuah persahabatan. Itu menandingi segalanya. No need rasa serba salah sebab awak yang sedarkan ira tentang banyak benda especially tentang hati dan perasaan, tentang sebuah perhubungan, tentang sebuah prinsip yang ira pegang sampai sekarang. Yah...adakalanya goyah dibuai desiran angin ribut taufan but still it's there. Mungkin kita tidaklah serapat mana, mungkin kita tidaklah terlalu mengenali antara satu sama lain. Tapi ira mula kenal siapa ira melalui awak. So that's why...thank you so much sebab hadir dalam hidup ira sebagai teman yang tak selalunya ada bila ira need someone to talk but always there when I look for you. 

Actually...macam awkward jugak la ira tulis entry ni just for you. Entah...just teringat kat awak tengah-tengah malam buta ni. And today is your birthday!! Selamat hari tua!!! (^_____^)V
Perbezaan waktu kita...awak kat sana and ira kat sini. Masih consider your birthday la kan. hehe...
Selamat hari tua poksu! Jadi anak soleh ye... eh, macam wish birthday kat budak-budak pulak. haha... May Allah bless you always here and after, in everything you do. Wish you all the best. Thank you for being my friend yang macam chipsmore kejap ade kejap takde. 

30 Mac 1992...lahirlah seorang....ah! sambung sendiri ar ayat-ayat madah awak tu. Tapi ira nak cakap this one --> Pada suatu ketika dulu, ira pernah ter'excited' when I know your birthday is 30th March. Sebab apa? Sebab my birthday is 30th October la!! haha...sekarang takde dah. Lapuk dah bab-bab keterujaan melampau nih. Tak bagus untuk kesihatan. haha... Ok, tu je ira nak cakap. popeye~~~~