Gigih jugak la sebenarnya Ira nak
cari balik komik pasal ‘kenen’ ni tapi tak jumpa pulak. Mungkin ada yang pernah
terbaca Islamic Comic pasal topik ni. Kalau ada yang tau kat mana nak cari
bagitau Ira k.
Apa itu ‘kenen’?
‘Kenen’ ni asal dari dialek orang
utagha kot kalau tak silap. Bahasa mudahnya, ‘kenen’ ni macam usik-mengusik
sesama kawan tentang couple. Contohnya :
“Betul
dia suka kau la”
“Dia asyik
tengok kau je. Sah la memang dia suka kau”
“Eh, sama pulak
baju korang hari ni. Berjanji ke? Kuat instinct nih? Ada jodoh nih.”
Dan kata-kata
yang seumpama dengannya.
Hati seorang wanita itu lembut
dan mudah terusik. Walaupun bersungguh-sungguh dia cuba menafikan segala
usikan, menganggapnya sebagai gurauan semata-mata. Tapi jika ‘kenen’ itu seringkali
diajukan padanya…pasti ada hati yang terusik. Pasti terdetik walau sekali :
“Betul
ke dia suka aku? Diorang main-main je ni”
“Eh,
apesal aku gelabah pulak depan dia ni. Selalu ok je. Aku suka dia ke?”
Sejauh mana hati seorang wanita
itu tidak terusik dengan kata-kata yang berbunga-bunga? Yup! Niatnya untuk
bergurau, suka tengok kawan kita blushing, suka tengok kawan kita gelabah nak
menafikannya. Tapi sedarlah dalam penafian yang lahir dari bibirnya, ada taman
sedang mekar dalam hatinya. Hati-hati!! Kerna ‘kenen’ ini mampu menjerumuskan
seseorang itu ke kancah zina hati.
Adakah
kita ingin menjadi asbab kepada terlukanya hati seorang teman jika dalam diam
hatinya mula terbina sebuah harapan? Adakah kita ingin menjadi asbab kepada
gugurnya air mata seorang teman apabila bunga yang mula mekar angkara ‘kenen’
itu layu berguguran? Walau tidak parah, pasti sedikit sebanyak hati terguris
bila gurauan itu menyimpang dari hakikat realiti yang sebenar. Sakitnya hanya yang melalui merasainya. Cakap mudah :
“Alaaa…aku
main-main je. Kenapa kau serius sangat?”
“Aku
tau kau dengan dia takde pape pun. Saje nak ngusik kau.”
Jujur…Ira juga pernah melalui
situasi yang sama. Terjatuh hati angkara ‘kenen’ teman-teman. Dan kerananya Ira
pernah menangis kecewa. Kelakar kan? Kenapa pula kau nak menaruh harapan pada
yang tak pasti? Dan jujur pada ketika itu, wajah-wajah mereka yang sering
‘kenen’kan Ira mula bermain di ruang mata. Terdetik di hati…
“Kalau
kau tak ‘kenen’ aku, mesti tak jadi macam ni. Mesti aku tak kecewa macam ni.”
Cup! Cup! Pada kawan-kawan yang
terasa hati lepas baca ni…mohon bersabar dulu. Cerita belum habis.
Antara yang paling sukar bukan
sahaja dalam nak memujuk hati sendiri, tapi juga bilamana kau nak berlagak
biasa di hadapan mereka yang seringkali ‘kenen’kan kau. Bimbang terdetik rasa
bersalah di hati mereka melihat keadaan kita yang kecewa. Tahu...rasa itu tak
mampu disembunyikan. Dan malu mula bertandang. Ya Allah…malunya menangis akan
sesuatu yang tidak pasti.
Masa ni…I’m coming back to my
sense. Dah kenapa pulak kau nak salahkan orang lain? Sepatutnya kau salahkan diri
sendiri kerana terlalu mudah hanyut dengan gurauan dan usikan mesra
teman-teman. Bukannya kau tak tahu hakikat dan realiti yang sebenarnya. Kenapa
masih juga kau biarkan hati dan perasaan kau terbuai dengan mimpi indah itu?
Kenapa? Dan hati bagai diketuk keinsafan. Kembali padaNya, muhasabah diri,
fikir semula apa yang telah kau lakukan. Allah…benarlah hati wanita itu
sensitif, mudah terusik. Maka kau yang perlu berusaha untuk menetapkannya. Apa
yang perlu kau lakukan? Mohon pada Allah Yang Maha Kuasa, yang memegang
hati-hati manusia, yang membolak-balikkan hati manusia. Mohon ditetapkan hatimu
dari anasir-anasir yang melalaikanmu. Jangan hanyut dengan keindahan yang
bersifat sementara itu.
Dan Ira mula faham baik buruknya
sikap suka ‘kenen’ orang ni. Tak salah untuk bergurau tapi setiap gurauan ada batasnya. Dan Ira mula berjanji pada diri untuk tidak ghairah ‘kenen’kan sesiapa terutamanya sahabat yang Ira sayang dunia akhirat. Ira
taknak jadi asbab kecewanya hati seorang sahabat. Tak sanggup rasanya Ira
tengok dia menangis gara-gara usikan Ira. Dan buat diri sendiri…kuatlah! Jangan
mudah sangat hanyut. Kau punya prinsip, maka pegang ia seerat mungkin. Jangan
prinsip itu hanya mainan bibir tapi laksanakannya! Moga kau terus tabah duhai
hati. Walau berapa kali pun kau tersungkur, moga kau terus bangun menjadi
wanita hebat. Aminnn…
No comments:
Post a Comment