Tuesday, 10 September 2013

Theology and Philosophy

Aku minta kepada ALLAH setangkai bunga segar
tapi diberi kaktus berduri...
Aku minta kupu-kupu
tapi diberi ulat berbulu...
Aku sedih & kecewa
Namun kemudian...
kaktus itu berbunga indah sekali...
ulat itu pula menjadi kupu-kupu yang cantik...
Itulah jalan ALLAH, indah pada masaNYA...
ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan...
Tapi DIA memberi apa yang kita perlukan...

Kadang kita sedih, kecewa, terluka...
Tapi jauh atas segalanya DIA sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita....

Alhamdulillah...now i'm at ukm learned Islamic Studies major in Theology and Philosophy. Walaupun sebelum nie ira nak sangat akidah but In shaa Allah ape yang dah Allah tentukan itulah yang terbaik. Kita seringkali terlupa bahawa kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Kita tak nampak hikmah di sebalik apa yang Allah tetapkan tetapi percayalah suatu hari nanti pasti akan ditemui hikmah sebalik setiap kejadian.


philosophy...cabaran yang perlu ira tempuh dalam menimba ilmu.
Rabbi yassir wa la tu'assir...
Tahniah buat sahabat-sahabat yang turut terpilih mendalami ilmu falsafah. Tidak semua orang peroleh kesempatan ini. Oleh itu, sama-samalah kita hargai peluang yang terbentang di hadapan kita agar ia menjadi manfaat buat kita di dunia mahupun di akhirat. 

Sekalung tahniah juga buat warga JMT. kak fatin afiqah, kak amnah, kak mariam, kak shakyla and kakyong @ nazatul aqilah (even sebaya dengan zatul tapi tak kira! ira nak jadik adik so sila jadik kakyong yer). ^_^ 

Still together in this major philosophy...and still merendek sakan dgn JMT myvi kesayangan kak fatin tuh. Thanks for being my friends together we create memory in this moment. Study and play, bring me joy and happiness, make me smile and laugh. Thank you for being with me in this campus life dalam meniti selangkah demi selangkah menimba ilmu. Jatuh bangun sebagai seorang mahasiswi...thanks for everything.


ira, kak yam & kakyong
kakyong & ira. err...dlm toilet pn jdk keje. =P
kakyong & kak amna
kak atin (the owner JMT) & ira
direct kalau kene usik ngan kak atin, unspeechlessable ira jadiknya
ira & kak kyla

Sunday, 8 September 2013

Finally...entered my own room

Seawal subuh bangun semua dah tak tido balik. Excited nak daftar bilik kononnya padahal pukul 9 baru buka pendaftaran. hehe...pukul 7 member dari besut baru sampai lepak bilik kitorang. Tepat pukul 9 kitorang pegi pejabat. Fuhh...dengan keeksaitedan kitorang ni memang jadik antara the first yang daftar la. Then dengan semangat besi waja dirinya pi request kunci stor. Alih-alih pihak pengurusan cakap lagi 2-3 hari baru boleh buka stor. Alaaa....terus down semangat yang berkobar-kobar nak kemas barang tadi. Hmmm...pasrah sepasrah pasrahnya. Nasib la ade member yang stay sebab short sem hari tu. Ape lagi...mengepau segala kemudahan yang ade la. Sabun, iron, hanger, dan semua-semua yang boleh dipau.

Check-in my own room. For this year i"ll be staying here with my same che roommate, Syahirah Yusof. Memang syahirah & syahirah ni takleh dipisahkan. 
my beloved che roommate (dinner kolej last sem)

Kali nie...my bilik ade balkoni yer. Just remember...berangan kuat sem lepas. Decorate this balcony with garden table and chairs. Pagi-pagi ditemani angin sepoi-sepoi bahasa bersama secawan coffee. Dapat pulak coffee yang comel tu. Please someone be my barista and make it for me. The feeling is soooo nice. Just by imagine it make me feel like ahhh...i want it. Really...
err...somthing like this?
Ok stop berangan kang melarat-larat plak. 
First of all...before unpack my things. Mulakan dengan sapu sampah, mop lantai. In just few minutes its done! 
bersinar-sinar dh lantai bilik ni. hehe...
Then started to unpack everything and kemas la. Simpan segala benda yang ada tapi tak banyak pun barang sebab mostly semua dalam stor lagi. Nak kemas pun macam blur je sebab takde mende. But still 2 important things...katil and meja. 




sebelum & selepas



     
sebelum & selepas






disebabkan stor tak buka so...no bantal for me. tinggal bantal busyuk tu jer. err..tak2. bantal wangi sebenarnya. nasib la memang pegi mana2 usung bantal ni kalau tak tido berbantalkan lengan je la

Everything has done! sekarang dah taktau nak buat ape. Asyik pegi kacau orang lain mengemas pulak. Entah ape la yang diorang kemas lama sangat. Che roommate pun tak sampai lagi.

there...peneman setia kt ukm. bosan klau takde laptop ni

mulakan hari dengan kismis and scott's emulsion. hehe...macam kanak-kanak la pulak makan scotts nih. it is a vitamin to improve daya ketahanan diri. Since my antibody is low so my mom told me to always take this. But...on this few days i'll adding those chocolate to start my day with kismis and scotts. Thank you so much to that person for giving me these galaxy. Really love chocolate..^_^

Saturday, 7 September 2013

last day at home

Akhirnya cuti sem selama 2 bulan tiba ke penghujungnya. Dalam keterpaksaan ira gagahkan diri jugak untuk packing barang bila mak dah berkali-kali suruh sebab takut tertinggal mana-mana barang yang penting bila kemas last minute. Dah namanya mengemas memang sepahkan bilik dulu la. Since kitorang semua princess so abah besarkan bilik belakang and kitorang tido satu bilik. Bila bilik dah besar barangnya pun banyak la. Stuff for 4 princess in just one room. Start je mengemas adik-adik pun menyibuk jugak. Firstly kemas barang-barang ira. Dah setel diorang pegi kemaskan almari masing-masing. 

Adik cakap: kakcik kemas barang, Syifaa pun nak kemas jugak. 
Tetiba datang angin rajin adik ira sorang nih. Biar je la dia nak kemas satu bilik pun. Kang bila dah datang mood malas abes satu keje pun dia taknak buat nanti. 

Dalam dok kemas-kemas tu adik ira yang kecik tanya: kakcik nak balik sana bila? Terkedu seketika dengan pertanyaan dia. After 2 months kat rumah...starting today Syidah taknak berenggang dari ira. Kat mana kakcik dia ni dok kat situ la dia ada. Semua benda nak kakcik buat even suruh temankan dia tido, bancuh air, makan, hantar sekolah, buat homework pun ajak ira buat sama-sama. Paling terharu bila masuk waktu solat tanpa disuruh dia bawak telekung, sejadah dan bentangkan nak solat sama-sama dengan ira. Bila nampak ira pegang al-Quran dia pun pegi amek al-Quran dia mengaji depan ira. Seriously i'm gonna miss u my dearest little princess. 

Last day kat rumah...my little princess tanya lagi: kakcik bila pulak nak balik rumah? Syidah nak tanda kalendar. Tergamam ira dibuatnya. And the last day i spent the whole time with her. Bas ira pukul 12 a.m. Syidah mintak kat mak nak hantar ira tapi mak tak kasi sebab dah lewat sangat. Disebabkan dia takleh hantar ira, abes semua orang dapat warning dari dia. "kakak dengan kak syifaa pun takleh ikut. Abah sorang ja pi hantaq kakcik". Dear...i'm totally speechless with u. Pukul 10 malam syidah dah masuk bilik nak tido. For the last time ira teman dia tido kali ni. Seperti biasa syidah salam semua orang sebelum dia tido and she even kiss me and that night she hold my hand tightly. Tu habit dia bila nak tido peluk tangan orang sampai dia betul-betul nyenyak baru bleh tarik tangan kita. 

In shaa Allah...second year of my degree will be started soon. Ya Allah...permudahkanlah segala urusanku. Tenangkanlah hati yang resah ini. Semoga yang mendatang ini mampu kuharungi lebih baik dari hari-hari semalam.

my little princess msa 1st day masuk tadika

raya tahun lepas pny pic


Saturday, 31 August 2013

its broken..!!

Kedinginan waktu subuh menusuk...ikutkan hati pasti enak berselubung selimut terus melayari bahtera mimpi. Namun sebagai hamba kugagahkan diri bangun untuk sujud kepadaNya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan meniti hari demi hari di muka bumi ini. Ya Allah...panjangkanlah umurku dalam keadaan iman dan taqwa kepadaMu. 

As usual...rutin harian pagi-pagi, bagi makan ikan-ikan. Sambil perhatikan ikan-ikan tu berenang tetiba mak tegur. "kakcik...akuarium ni retak ka?"
oh no...it is really had broken!! Abah suruh letak baldi kat bahagian yang bocor sementara nak tunggu kedai buka then abah pegi masjid. Actually takde la teruk sangat retak tu so kitorang just pindahkan ikan-ikan tu ke dalam besen dan letak oksigen sementara. Tak terfikir pulak nak keringkan akuarium tu. Adik ira pulak semangat nak buat eksperimen tahap kelajuan air tu mengalir keluar. Dalam sibuk nak buat breakfast...tetiba akak cakap retakan tu makin besar sebab air yang mengalir keluar makin laju. Sedar-sedar dah BANJIR!!!
Kelam kabut kitorang tolak air keluar. Nasib la akuarium tu memang kat tepi pintu je. huhu...baru la serius nak keringkan akuarium tu. Dalam pukul 10.00 a.m. baru mak call abah cakap rumah kitorang dah banjir!! Then abah terus bergegas balik. Masa tu dah hampir siap kitorang tolak semua air keluar and mop lantai. Terus abah pergi kedai belikan akuarium baru. Katanya boleh je kalau nak repair akuarium lama tu but maybe take time till one week so sebelum ikan-ikan tu mati beli baru je la. Dengan kudrat princess belaka kitorang angkat akuarium yang taktau la berapa kilo berat dia tukarkan dengan yang baru. Then...hias balik la rumah ikan tu. huhh...almost 4 hours kitorang kisahkan ikan-ikan tu and its finally done!

dah basah lantai rumah baru la sibuk nak
keringkan akuarium nih
abes segala towel sume jadik mangsa
nak lap lantai
ni baru separuh batu2 yang dikeluarkan
siannyer ikan2 ni x nak bgerak sbb takut
x cukup oksigen
batu2 n sgla hiasan dlm akuarium



rumah baru!! ^_^




Sunday, 25 August 2013

my beloved family...

Muhamad Shofe (abah), Dalila (mak), Syazwani (kakak),
Syahirah (ira), Nurul Syifaa & Nurul Syahidah (adik)

my beloved family...
Syukur Alhamdulillah ira dikurniakan sebuah keluarga yang sempurna. Menjadi tempat ira bergantung dan menumpang kasih serta perlindungan. Tanpa mereka...ira bukan sesiapa. Keluarga inilah yang menyinari hidup ira, sentiasa berada di sisi ira, melimpahkan kasih setulus hati buat ira. Tiada kata yang terlafaz mengungkap seberapa dalamnya kasih dan cinta ira buat mereka. 


Sedari awal...ira lahir dan dibesarkan dengan kasih sayang dan belaian seorang ibu dan ayah. Bukan sekadar kasih, sayang, cinta dan perhatian malah didikan yang diberikan buat ira tiada tolok bandingnya. Merekalah sebaik-baik guru yang mengajar ira mengenal abc...123. Tanpa penat dan jemu ibu terus-terusan mendidik dan mengajar sehingga ira bisa membaca, menulis dan mengira. Seiring ilmu dunia, begitu jugalah ilmu akhirat diajarkan kepada ira.


Selain mak abah...ira ada seorang kakak yang sentiasa mengajarkan apa sahaja yang dia tau. beza umur ira dengan kakak 2 tahun. Semasa kakak 5 tahun...kakak taknak pergi tadika kalau mak tak temankan. setiap hari mak akan bawak ira pergi tadika temankan kakak. Masa tu ira baru 3 tahun. Alhamdulillah hikmah di sebalik pengorbanan mak...secara tidak langsung ira pun turut bersekolah. Tahun 1995...ira pandai membaca. Tak tergambar gembiranya mak abah sampaikan setiap kali keluar akan belikan buku untuk ira dan kakak.



Kemudian kami dikurniakan lagi 2 orang adik perempuan. Lengkaplah kami sebagai 4 orang puteri dalam hidup Hj Muhamad Shofe dan Hjh Dalila. Masing-masing dengan pelbagai kerenah namun mak abah masih melayani kami sepenuh hati. Walaupun telatah kami adakalanya menguji kesabaran namun mak abah masih tidak jemu menasihati kami. Tidak pernah walau sekali mak abah angkat tangan walau amarah menguasai diri. Cukup dengan meninggikan suara kami sedar kami telah berbuat kesalahan. Tahun demi tahun berlalu...kini kami semakin menginjak dewasa. Setiap detik setiap saat jasa dan pengorbanan mak abah takkan pernah luput dari ingatan. Segalanya akan terpahat kukuh di sanubari ini. Tak terdaya kami membalas setiap apa yang telah mak abah curahkan. 




Ya Allah...berkatilah keluarga kami. Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu buat kami. Kekalkanlah keharmonian rumahtangga kami sehingga ajal menjemput pergi. Kasihilah ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil. Peliharalah keduanya dalam iman dan taqwa. Perelokkanlah akhlak dan peribadi kami seiring jalan redhaMu. Jadikanlah kami anak-anak yang sentiasa taat pada perintahMu dan kedua orang tua kami. Ya Rahman...Ya Rahim...himpunkanlah kembali kami di jannahMu. 

Monday, 19 August 2013

seuntai kata buat hati yang gundah

Sahabat...
sekuat manapun godaan yang kita hadapi
sekukuh apapun cubaan yang harus kita jalani
sebesar apapun kegagalan yang kita rasai
sejenuh mana pun hari-hari yang kita lalui
jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan Illahi
jangan pernah berhenti berdoa  kepada Rabbi
kerana harapan adalah masa hadapan
kerana harapan adalah sumber kekuatan
kerana doa adalah pintu kebaikan
dan kerana doa adalah senjata orang beriman

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu
yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
serta membuatkan keinginanmu terhalang
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia..?
bukan Allah tidak tahu derita hatimu
retaknya hatimu...
tetapi mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu hati sebeginilah
selalunya lebih lunak...
mudah untuk akrab...
dekat denganNya...
itulah tandanya bahawa Dia sayang padaMu

**********

Sahabat...
madah bicaramu sentiasa hadir tatkala aku memerlukannya
umpama awan yang sentiasa melingkariku
umpama angin yang sentiasa bertiup menenangkan hati dan perasaan ini
umpama cahaya yang memandu aku ke arah kebenaran
terima kasih sahabat...
kerana sentiasa hadir menemani suka dukaku
kerana sentiasa hadir dengan bait kata yang menusuk ke jantungku
kerana sentiasa menghulurkan tangan ketika aku hampir rebah
kerana sentiasa mengingatkan aku apa yang aku tersalah
dan...
kerana membawa aku kepada cinta Sang Pencipta
membawa aku kepada sebaik-baik rindu


Wednesday, 14 August 2013

Syawal tiba mencipta 1001 memori

Alhamdulillah setelah sebulan berjuang melawan nafsu di madrasah Ramadhan akhirnya tiba hari kemenangan...Syawal. Ramadhan yang berlalu...semoga kita belajar mendidik diri agar terus istiqamah dengan amal ibadat yang dilakukan. Syawal disambut penuh meriah...dalam kemeriahan tu ingatlah masih ada insan yang kurang bernasib baik.

Syahirah Shofe...Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk brsama dengan keluarga tercinta menyambut lebaran kali ini walaupun kemeriahannya berkurangan disebabkan ramai adik-beradik yang tak dapat balik berkumpul di kampung. Ape pun...syukur sangat seperti tahun-tahun yang lalu ira diberi kesempatan beraya di kampung sebelah ibu, Pokok Sena Seberang Prai. Sehari sebelum raya kitorang dah mula memenuhkan rumah maktok. Masing-masing sibuk nak tunjuk skill balut ketupat. Semangat balut ketupat tu sampai sakit pinggang duduk lama sangat. Malam raya plak lepas kemas rumah tukar langsir, sarung kusyen, semua sibuk nak main bunga api. bunga api je la dapek nak diberi kang bagi mercun lain plak jadiknya. 




Pagi raya...saat takbir bergema anak-anak dara kat rumah tokcik Leha ni dah sibuk riuh rendah bersiap. Masa tu la sibuk nak iron baju, berebut nak mandi. Teringat masa kecik-kecik dulu pagi raya disebabkan ramai sangat kadang-kadang terputus bekalan air. Bangun awal pagi terpaksa la berangkut air perigi sekarang perigi pun dah takde. Sambil kecoh tu siap bentangkan tikar, masukkan kuih raya dalam balang, macam-macam lagi la last minute prepare sebelum pegi solat sunat aidilfitri.

bersama maktok terchenta lepas solat raya

Lepas balik solat raya baru la kitorang beraya dengan family and....dapat duit raya!!! hehe...terasa diri kecik seketika. Kejap je dah penuh rumah orang datang ziarah. Tak menang tangan dibuatnya nak hidang segala juadah. Baru nak duduk kejap dah orang bagi salam lagi. Sekali datang mau 2-3 bijik kete. Sambil menghidang sempat jugak la menjamah ketupat rendang dan kuih-kuih raya sekalian. 

ni antara kuih yang ira dgn adik2 buat. kuih yg paling 
senang nak buat sebenarnya

shortbread my favourite

and...putu beras!!! 
nak cewi kt someone. =P

Paling penting...dalam sibuk orang datang ziarah tu pun sempat lagi bergambar. hehe...
(nie je adik2 sayang yg ade pg raya)




btuah btul bila masa plak masuk kot blkg ni




    sepupu sepapat den sebelah mak...







Petang raya kitorang gerak balik kampung abah...lepas tokwan takde kitorang dah tak balik kampung. konvoi ramai-ramai ziarah dari rumah ke rumah je la...transit bergambar kat rumah paklong...



Alhamdulillah raya ke4 maklang sampai dari melaka so abah plan buat jamuan sikit untuk adik-beradik je. Bertungkus-lumus kitorang masak dari pagi. kepenatan...tapi seronok sebab time macam nie je bleh kumpul ramai-ramai.

muka penat memasak and kemas rumah...T_T

Lepas 2-3 hari ziarah rumah adik-beradik...kitorang plak yang berjalan ikut abah pegi kenduri sana sini

cewi baju kitorang sama...abah beli masa pegi medan dulu



Ralat satu jer...x sempat nak bergambar satu family. erm...tunggu ade kesempatan nanti confirm ira edit balik. hehe...

**********

Lepas raya dengan family...kiter raya dengan kawan plak. seharian ira keluar dengan member pegi Alor Setar rumah cikgu-cikgu SMKAK. 20 orang, 4 buah kete, 4 buah moto konvoi. Nasib dah gitau cikgu awal-awal kang terkejut diorang tengok anak murid datang ramai sangat. Lama tak jumpa kawan-kawan sekali kumpul kecoh tak terkata. Macam-macam cerita keluar. Cikgu-cikgu pun geleng kepala jer tengok riuhnya anak murid dia nie datang ziarah.

rumah datin norliah, penyelia f6




rumah ustzh zainah





In shaa Allah...tahun-tahun akan datang kita plan lagi keluar ramai-ramai ye. Congrate to mereka-mereka yang memplanning hari merendek rumah cikgu nih. Korang memang terbaik ahh...best sangat bleh lepak sekali. Hope masih ade peluang macam nie untuk kita.

-uhibbukum fillah-