Sunday, 25 August 2013

my beloved family...

Muhamad Shofe (abah), Dalila (mak), Syazwani (kakak),
Syahirah (ira), Nurul Syifaa & Nurul Syahidah (adik)

my beloved family...
Syukur Alhamdulillah ira dikurniakan sebuah keluarga yang sempurna. Menjadi tempat ira bergantung dan menumpang kasih serta perlindungan. Tanpa mereka...ira bukan sesiapa. Keluarga inilah yang menyinari hidup ira, sentiasa berada di sisi ira, melimpahkan kasih setulus hati buat ira. Tiada kata yang terlafaz mengungkap seberapa dalamnya kasih dan cinta ira buat mereka. 


Sedari awal...ira lahir dan dibesarkan dengan kasih sayang dan belaian seorang ibu dan ayah. Bukan sekadar kasih, sayang, cinta dan perhatian malah didikan yang diberikan buat ira tiada tolok bandingnya. Merekalah sebaik-baik guru yang mengajar ira mengenal abc...123. Tanpa penat dan jemu ibu terus-terusan mendidik dan mengajar sehingga ira bisa membaca, menulis dan mengira. Seiring ilmu dunia, begitu jugalah ilmu akhirat diajarkan kepada ira.


Selain mak abah...ira ada seorang kakak yang sentiasa mengajarkan apa sahaja yang dia tau. beza umur ira dengan kakak 2 tahun. Semasa kakak 5 tahun...kakak taknak pergi tadika kalau mak tak temankan. setiap hari mak akan bawak ira pergi tadika temankan kakak. Masa tu ira baru 3 tahun. Alhamdulillah hikmah di sebalik pengorbanan mak...secara tidak langsung ira pun turut bersekolah. Tahun 1995...ira pandai membaca. Tak tergambar gembiranya mak abah sampaikan setiap kali keluar akan belikan buku untuk ira dan kakak.



Kemudian kami dikurniakan lagi 2 orang adik perempuan. Lengkaplah kami sebagai 4 orang puteri dalam hidup Hj Muhamad Shofe dan Hjh Dalila. Masing-masing dengan pelbagai kerenah namun mak abah masih melayani kami sepenuh hati. Walaupun telatah kami adakalanya menguji kesabaran namun mak abah masih tidak jemu menasihati kami. Tidak pernah walau sekali mak abah angkat tangan walau amarah menguasai diri. Cukup dengan meninggikan suara kami sedar kami telah berbuat kesalahan. Tahun demi tahun berlalu...kini kami semakin menginjak dewasa. Setiap detik setiap saat jasa dan pengorbanan mak abah takkan pernah luput dari ingatan. Segalanya akan terpahat kukuh di sanubari ini. Tak terdaya kami membalas setiap apa yang telah mak abah curahkan. 




Ya Allah...berkatilah keluarga kami. Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu buat kami. Kekalkanlah keharmonian rumahtangga kami sehingga ajal menjemput pergi. Kasihilah ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil. Peliharalah keduanya dalam iman dan taqwa. Perelokkanlah akhlak dan peribadi kami seiring jalan redhaMu. Jadikanlah kami anak-anak yang sentiasa taat pada perintahMu dan kedua orang tua kami. Ya Rahman...Ya Rahim...himpunkanlah kembali kami di jannahMu. 

No comments:

Post a Comment