Monday, 19 August 2013

seuntai kata buat hati yang gundah

Sahabat...
sekuat manapun godaan yang kita hadapi
sekukuh apapun cubaan yang harus kita jalani
sebesar apapun kegagalan yang kita rasai
sejenuh mana pun hari-hari yang kita lalui
jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan Illahi
jangan pernah berhenti berdoa  kepada Rabbi
kerana harapan adalah masa hadapan
kerana harapan adalah sumber kekuatan
kerana doa adalah pintu kebaikan
dan kerana doa adalah senjata orang beriman

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu
yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
serta membuatkan keinginanmu terhalang
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia..?
bukan Allah tidak tahu derita hatimu
retaknya hatimu...
tetapi mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu hati sebeginilah
selalunya lebih lunak...
mudah untuk akrab...
dekat denganNya...
itulah tandanya bahawa Dia sayang padaMu

**********

Sahabat...
madah bicaramu sentiasa hadir tatkala aku memerlukannya
umpama awan yang sentiasa melingkariku
umpama angin yang sentiasa bertiup menenangkan hati dan perasaan ini
umpama cahaya yang memandu aku ke arah kebenaran
terima kasih sahabat...
kerana sentiasa hadir menemani suka dukaku
kerana sentiasa hadir dengan bait kata yang menusuk ke jantungku
kerana sentiasa menghulurkan tangan ketika aku hampir rebah
kerana sentiasa mengingatkan aku apa yang aku tersalah
dan...
kerana membawa aku kepada cinta Sang Pencipta
membawa aku kepada sebaik-baik rindu


No comments:

Post a Comment