Thursday, 18 February 2016

SMKAS di hatiku....



Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik (SMKAS)

Tanggal 19 Januari 2005...ira menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi SMKAS. Satu tempat yang asing buat diri ira. Mata meliar memerhati sekeliling. Dalam hati terdetik...'Agaknya macam mana kehidupan ira kat sini? Boleh ke ira bawak diri?' Saat mak abah tinggalkan ira di asrama, sayu rasa hati ini. Almaklumlah tak pernah berjauhan tapi tak juga ira membantah hasrat abah untuk hantar ira sekolah berasrama. Pertama kali ira mengorak langkah masuk ke kelas tingkatan 1 Darul Qarar. Jujur semuanya terlalu asing buat ira. Tambahan pula bila kelasnya bercampur lelaki dan perempuan. Janggal terasa memandangkan ira dari Convent yang hanya terdiri dari pelajar perempuan. Insan pertama yang tegur ira dalam kelas tu...Siti Noor Aisyah. She's a very talkative person yang buat ira senang sangat masuk dengan dia. 

Kemudian ira kenal dengan Adila Syahira yang sehingga kini menjadi teman rapat ira. Dia...seorang yang sangat sensitif, lembut hatinya, mudah menangis but she can be a very lovely and sweet person. Dia nampak keanak-anakan tapi bila kita perlukan dia, she can be a very matured person. Dia peneman yang sangat baik, a good listener, always be there for me. Masa ni jugak ira sekelas dengan Nur Aishah. Dia...I don't know how to describe her. She's unpredictable. haha...looking at her like she has no problem at all. She's a very kind person, happy go lucky. Bila kita sedih, sembang dengan dia selalu buat kita lupa masalah kita. Kalau tengah menangis pun masuk je dia mesti ketawa. Paling terer korek rahsia nih. Kalau dengan dia jarang dapat ira nak simpan rahsia kunci rapi-rapi. Khairun Nisa je kelas lain, 1 Darul Jalal. Ira pun tak pasti macam mana boleh rapat dengan Nisa. Dia...seorang yang agak kasar dari sudut pandangan luar. Bercakap dengan dia macam nak bergaduh. Ish3...tapi ira tau hati dia lembut sebenarnya. Banyak benda dia suka simpan sendiri. Jarang sangat dia ceritakan masalah dia. Kadang-kadang orang salah faham ingat dia marah bila bercakap sebab nada suara macam speaker. haha...tapi ira tau dia takde niat pun nak buat sesiapa terasa hati. 

bila nak jumpa lagi ni?
Tahun pertama di bumi SMKAS, ira banyak belajar untuk sesuaikan diri. Kehidupan asrama yang terikat dengan jadual dan peraturan. Semua benda kena buat sendiri. Bergantung sepenuhnya hanya pada kawan-kawan. Alhamdulillah kawan-kawan dan senior-senior banyak bantu ira sehingga ira selesa dengan kehidupan di asrama ni. 

ASPURI (Asrama Puteri)
Peraturan asrama yang boleh tahan jugak ketatnya. Tepat jam 11.30 malam wajib semua lampu dipadamkan tinggal lampu bilik air kat hujung setiap aras dan lampu kat tangga-tangga. Sebelum tidur, maka akan berkumandanglah suara-suara membacakan surah al-Mulk, al-Sajadah dan lain-lain. Kat asrama ni, setiap bilik ada speaker. Pagi-pagi subuh pukul 5.00 lagi dah dengar guard pasang ayat-ayat suci al-Quran. Nanti dengarlah suara ketua warden, Cikgu Hafizan, datang kejut bangun subuh. Segala announce pun melalui PA system yang tersedia di pondok guard tapi kalau dah malas sangat tu, jerit aje la kat tengah-tengah asrama ni. haha... Kalau nak tahu puteri-puteri SMKAS (tak serupa puteri dah) ni kalau bab nak jerit announce kat tengah-tengah ni terer sokmo. Suara kalah speaker. Ira sekali lah tu. haha...teruk betul perangai. Banyak sangat kenangan kat asrama ni. 5 tahun...asrama ni ibarat rumah kedua ira. Kat sini tersimpan semuanya. Saksi tangis dan tawa ira, saksi kenakalan ira, saksi kitorang kena denda bila bising lepas waktu light off dan macam-macam lagi la.

Menginjak ke tahun kedua di sini, ira dah sangat selesa dengan sekeliling baik kawan, sekolah, asrama, semuanya! To be honest...ira dah mula sayang semua yang berkaitan dengan SMKAS. Masa ni jugak ira terlibat dengan kawad kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS). Ira pun tak pasti macam mana ira boleh tertarik nak masuk kawad ni. Asalnya suka-suka je masa pemilihan tu. Sekali till the end ira dalam pasukan ni. Ponteng kelas dengan alasan latihan kawad memang benda paling best kitorang buat. Sebenarnya, ira nie boleh tahan pendiam la jugak, tak pandai nak masuk dengan orang, nak beramah-tamah tu lagi la tak. Tapi kalau ada yang mula dulu hmmm...boleh tahan kecohnya mulut ira ni berceloteh. hehe... Jadinya bila ira masuk kawad ni, secara tak langsung ia mendidik ira macam mana nak tingkatkan confident level dalam diri, macam mana nak bawak diri dalam pasukan, macam mana nak berinteraksi dengan orang. Antara kami berempat, ira sorang je yang join kawad kaki ni. Chah dengan Nisa main olahraga tau! Geng kaki panjang deme ni. haha...tinggi macam galah. Ira dengan Adila jugak la yang renek-renek tak cukup tinggi. 

Dewan Muhamad Abduh
Masa tingkatan 3, banyak masa kitorang dihabiskan di dewan ni. PMR is coming..!!! Masa ni la program 'gerak gempur' will be held. Ujian sokmo hari-hari, program motivasi lagi. We spent almost every day pagi petang siang malam kat dewan ni, kumpul semua form 3 students. Kelas dah jarang-jarang naik. Kalau pergi kelas alamak! dah macam tongkang pecah tak sempat nak kemas. Dewan ni...banyak sangat kenangannya. Bila semua form 3 stay kat sini Masha Allah...meriah sebenarnya. Ingat lagi pernah sekali tu tengah sibuk discussion kat dalam dewan ni tiba-tiba bunyi loceng kecemasan. Disebabkan tak pernah buat fire drill waktu siang hari semua tercengang-cengang siap tanya ustaz, "Nak kena keluar berkumpul ke ni?" haha...blur habis! Rupanya loceng tu bunyi sebab fire hose kering. Habis ditadah oleh budak-budak ni sebab takde air masa tu. Masalah utama SMKAS ni dari ira form 1 sampai la form 5 adalah "ayaq takdak weiiii!!!" Masalah ni dah sebati sangat dah. Setakat ulang alik angkut baldi tu no hal, bangun pukul 4 pagi tawaf sekolah cari air pun no hal, catu air nak mandi dan basuh baju pun takde masalah. haha...survive betul!

Form 5, sekali lagi kitorang habiskan masa kat dewan ni. Setiap kali sebelum masuk dewan, kat belakang ni la port kitorang kumpul. Beratur make sure semua dah ada, baca doa ramai-ramai, dengar nasihat cikgu for the last. Ya Allah...nervous masa tu tak tau nak cakap. SPM kan...zaman sekolah dulu, SPM ni macam penentu boleh masuk universiti ke tak. But now ira realized, semua tu tak menjamin apa-apa pun. Semua tu sekadar satu fasa untuk menguji tahap kefahaman kita dalam pembelajaran. Nampak tak dah besor panjang matang sekarang nih. haha...

Dataran kawad sekolah. Bila hampir dengan hari pertandingan, penuh semua pasukan berlatih
Dataran perhimpunan setiap pagi, recite al-Quran and asma' al-husna
Surau SMKAS...tak ingat pulak nama apa surau ni
Tangga yang melayut tu la laluan dari asrama puteri nak pi surau
*pemandangan dari atas surau
Zaman muda-mudi dulu, setakat nak lari naik turun tangga ni no hal la laju je masing-masing, berebut nak pergi dewan makan la, berebut nak 'cup' tempat basuh, tempat iron dan yang sewaktu dengannya. Kalau sekarang ni suruh naik tangga tinggi langit ni huhhhh...semput den dibuatnya. Semua pelajar wajib solat lima waktu berjemaah di surau. No excuses..!! Tapi ada jugak yang mengelat. Pernah budak-budak kena denda solat kat tengah dataran sebab tak pergi solat jemaah kat surau waktu subuh. Setiap malam selasa akan ada baca kitab...WAJIB!! semua hadirkan diri. Pernah sekali ira ponteng dan masa tu jugak la warden buat spotcheck pulak. Tak pasal-pasal dapat surat amaran. huhu... Surau ni jugak akan sentiasa penuh dengan pelajar pada waktu rehat, solat dhuha. Alhamdulillah ira dan kawan-kawan mostly mula biasakan diri untuk tunaikan solat dhuha ni masa form 2 lepas kitorang ada latihan amali pengajian Islam, solat dhuha. Sejak tu waktu rehat adalah waktu yang paling afdhal untuk pergi surau. Bab makan tolak tepi dulu, tak payah nak fikir berebut beratur beli makan kat kantin or koperasi pun sebabnya kitorang sangatlah rajin tapau breakfast pagi-pagi kat dewan makan tu buat bekal bawak ke sekolah. Masa ira form 2 jugak la, didedahkan tentang fadhilat puasa sunat hari isnin dan khamis. Meriahnya bila waktu berbuka tu penuh dewan makan macam puasa Ramadhan. Melangkah ke tahun akhir SMKAS, ira agak aktif dengan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), jadi salah seorang naqibah usrah. Bila difikirkan balik jujur ira rasa kerdil sangat. Banyak khilaf ira jika dibandingkan dengan peluang yang diberi dalam tarbiah ini. Usrah muslimat pada setiap hari Jumaat jadi saksi ira sering di hadapan melontarkan kata-kata. Walau seakan terbiasa, namun tak pernah sekalipun tiada gundah di hati bila diberi tanggungjawab untuk bercakap di hadapan. Ira bimbang apa yang ira sampaikan itu sekadar omongan kosong. Ira bimbang kalau ira sendiri tak mampu nak pikul amanah dari apa yang ira sampaikan. Ira takut jadi seperti 'cakap tak serupa bikin'. Namun ira bersyukur sangat-sangat, dari situ ira belajar untuk kawal perasaan diri ketika di hadapan khalayak. Ira belajar untuk menyusun kata-kata secara spontan. Ira belajar bahawa yang mendengar mahupun yang menyampaikan itu sama-sama belajar. Manusia tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Sungguh...ada ketika ira rindu kenangan di SMKAS yang menjadi satu tarbiah yang sangat indah. Ya Allah...moga kami terus istiqamah.


Padang sekolah yang selalu kecoh bila tiba hari sukan. Petang-petang yang sentiasa penuh dengan pelajar lelaki. Dulu...ira suka sangat tengok orang main bola keranjang. haha...bukan mata keranjang ok! Ira tak aktif dalam acara sukan. Sekadar jadi penyokong tepi padang boleh la or else sertai perbarisan rumah sukan. Itu je yang mampu disumbangkan untuk mata rumah sukan pada setiap tahun. Tapi entah macam mana masa form 5 boleh terjebak masuk acara balapan. Bukan sikit-sikit punya acara balapan tapi 4x4 800m dan 1500m, that is 3 kali pusing padang tambah suku padang tau..! Like what?! Cuak kot...but I managed it till the end. Tak dapat nombor pun sekurang-kurangnya tak tinggal balapan kira ok la tu kan. haha...


Port wajib berebut tiap-tiap kali hujung tahun untuk buat jamuan kelas, jamuan akhir tahun. Dan port ni jugak la paling best sekali bergambar. haha...itu cerita masa form 5 la. Kononnya nak merakamkan detik-detik terakhir di SMKAS.


Told you right? Puas cari ada lagi rupanya gambar ni. But chah...!! Where are you?! Oups...lupa! Rutin setiap pagi Jumaat lepas breakfast ialah jalan-jalan amek angin pagi pergi kantin gayut fon dengan mak lepas tu tawaf sekolah baru balik untuk roll call dan gotong-royong. Chah...of course sayang katil takde maknanya nak ikut kitorang. haha... Chah, ampunnnnnn...!

Hmmm....rasa macam dah tawaf satu sekolah dah entry blog ira kali ni. Maaf...tiba-tiba hati digamit rindu bila ada senior yang update gambar-gambar persekitaran sekolah ni. 

Tingkatan 1 Darul Qarar
Tingkatan 2 Darul Salam
*Tingkatan 3 Darul Salam & 4 Ibnu Sina...missing in action

Tingkatan 5 Ibnu Khaldun
Tingkatan 5 Ibnu Rusyd
Tingkatan 5 Ibnu Sina
Tingkatan 5 al-Farabi
Dalam tak sedar...
10 tahun sudah berlalu 
saat pertama kali kaki ini menjejak bumi SMKAS
kita belajar hidup berdikari
siapa sangka huluran salam perkenalan itu
kini menjadi satu ukhuwah yang utuh
tika kita mula meniti alam remaja 
tidak lari dari memberontak
tidak lari dari permainan hati dan perasaan
jiwa-jiwa yang kosong itu minta dipenuhi
ada ketika kita hanyut dibuai perasaan
ada ketika kita tersenyum dan tertawa
ada ketika kita menangis tersedu sedan
ada ketika kita bergaduh dan bertengkar
namun semua itu mematangkan diri
mengajar kita erti kehidupan yang sebenar
dan tarbiah itu...
tarbiah itu antara yang mendidik kita seperti sekarang
terima kasih buat semua warga SMKAS 
yang tidak putus asa dalam mendidik diri ini
10 tahun yang berlalu itu
adalah satu saat indah yang kekal dalam memori

terima kasih buat semua insan yang hadir dalam hidup ira 
yang selalu buat ira tersenyum dan tertawa
yang selalu ada di sisi tika suka dan duka
yang pernah singgah walau seketika cuma
kalian mengajar ira sesuatu...
erti kehidupan
erti persahabatan
erti kasih dan sayang
erti rindu dan cinta
erti keikhlasan dan pengorbanan

:: Jika ingin diungkap segalanya, tiada coretan lagi yang mempu ira lakarkan. Cukuplah sekadar ira katakan, ira sangat-sangat menghargai semua yang pernah ira kenali, dan mengenali diri ira. Hadirnya seseorang dalam hidup kita pasti mengajar kita sesuatu. Itulah takdir dan rahsia Allah yang tiada siapa mampu rungkaikan. 

2 comments: