Saturday, 27 February 2016

#shortescape_familyvacation


Kedah_ShahAlam_Rawang_Melaka_PortDickson_Kedah

Vacation without planning! 

Alhamdulillah...perancangan singkat kami dipermudahkan Allah. Dari Kedah konvoi 3 buah kereta mewakili pihak lelaki untuk urusan merisik dan meminang di Rawang. Lepas Jumaat nak bertolak, paginya baru packing semua barang. Hari tu jugak la nak service kereta dan segala macam benda nak buat. Rushing habis nak siapkan semua. Lepas Jumaat siap-siap bertolak. Alhamdulillah perjalanan kami lancar sehingga ke Shah Alam. Cousin ira sewakan homestay kat sana. Kami sampai dalam lingkungan jam 10 malam. Sampai je terus naik bilik wash up. Then turun balik sibuk gubah semula sireh junjung atau 'junjung-junjung' bak kata upin ipin. Malam tu jugak la meeting family untuk kelancaran majlis merisik dan meminang esoknya. Budak-budak riuh-rendah naik turun main tangga. Macam tak penat langsung je lagaknya jalan jauh. Hampir 1 pagi baru semua masuk bilik tidur. 



Pagi-pagi bangun masing-masing dah buat meeting family kat bawah. haha...bukan meeting tapi buka kedai kopi. Biasalah kalau dah family berkumpul macam-macam la nak diceritanya. Aman pagi-pagi budak-budak semua tak bangun lagi. Sementara tunggu cousin ira datang bawak breakfast, paksu dah habis tawaf rumah dah. Melawat kawasan katanya. hehe... Lepas breakfast, get ready semua bertolak ke rumah pihak perempuan.

 *half of rombongan. sempat aje nak amek gambar padahal dah kelam kabut dah masa ni

abang iwan lead jalan ke rumah pihak perempuan. kesian dah nervous dia. hehe...
Alhamdulillah selesai semua dengan persetujuan dari kedua-dua belah pihak
 dulang girls tangkap muat. haha...
bak kata abang iwan, "amek berkat..."
sekali adik sendiri dengan sepupu-sepapat habis disakatnya

Alhamdulillah...moga Allah permudahkan juga urusan sehingga ke akad. Panjangkanlah jodoh mereka, berkatilah hubungan antara dua buah keluarga ini. Aminnn...

Dah selesai semua, on the spot terus plan ke rumah maklang rehat sekejap sebelum yang lain-lain bertolak balik ke kedah.


Suruh tuan badan potong kek taknak, kita je la yang potong. haha... Semua dah penat sangat terlunjur dah masing-masing. Ni kiranya sekali ziarah bibik maklang, kak siti, dah nak balik indon terus setelah hampir 15 tahun berkhidmat uruskan anak-anak maklang. Kak siti ni...baik sangat. Pandai masak, rajin sangat dan sangat rapat dengan keluarga maklang even kitorang pun selesa dengan dia. Tak rasa pun macam dia ni bibik but like a family.

After zohor, kami beredar dari rumah maklang. Sementara yang lain-lain terus balik kedah, family ira melencong ke melaka. Asalnya maklang pun nak balik melaka lepas maghrib tapi taknak susahkan maklang nanti dijemput ke rumah dia kat melaka pulak so kitorang gerak dulu.

After more than 15 years, here I am...!! Melaka..!!!! Around 7 pm kami sampai melaka dan terus cari hotel untuk menginap. Tengah-tengah bandaraya melaka kitorang punya hotel. Sebaik sahaja check in hotel, lepas wash up dan solat asalnya plan nak keluar pusing-pusing bandar hilir tu tapi abah pulak mula rasa nak demam jadinya lepak kat bilik hotel je bermalas-malasan. hehe...

Seawal subuh mak dah kejutkan semua bangun subuh dan mandi, kemas barang semua untuk check out and here we go...jalan-jalan!!! Alhamdulillah abah pun dah ok.

sempat lagi nak bergambar dulu kat bilik hotel. hehe.
tempat wajib sampai kalau pergi melaka mestilah dataran pahlawan. kenali sejarah ok...!





sekitar Kota A Famosa
*sebenarnya tak sempat nak pusing tempat lain. nama pun short escape vacation kan. hehe...

dating berdua mak abah den ni sementara puteri-puterinya ke sana sini
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
khusyuk betul masing-masing...menghayati kemerdekaan ke apa ni
baru tau salasilah keluarga sebelah mak dari moyang pawanche tu keturunan Tunku Kudin (Sayid Zainal Abidin) yang merupakan salah seorang tokoh yang memimpin penduduk kedah menentang pendudukan siam. 
Asal usul negeri melaka dinamakan sempena pokok ni tau
tengah panas pun sempat lagi nak posing. haha...layan aje abah dengan kitorang ni
Masuk tengah hari kitorang dah bertolak keluar dari melaka escape port dickson lunch kat sana. Abah pun boleh berehat dan tidur sekejap kat tepi pantai bawah pohon-pohon nyior yang melambai-lambai tu. hehe...gigih tak kitorang punya short vacation ni. Singgah port dickson pun sebab abah cakap dah lama tak pergi pantai. Abah nak rasa angin laut. 

Sementara abah tidur sempat pulak kami adik beradik turun main air laut tepi pantai ni. Tak feel la kalau dah sampai pantai tak main air kan. Jubah ke baju kurung ke bantai je. hehe...

Dah teduh panas petang sikit baru kami bertolak balik ke kedah. Alhamdulillah Allah beri kesempatan buat kami sekeluarga untuk berehat dan tenangkan fikiran seketika. Bukan senang nak boleh bercuti dengan abah yang selalu sibuk dengan urusan kerja ni. Ini pun adik-adik ponteng kelas satu hari. haha... Cepat!! balik kang kena prepare untuk pergi sekolah dan kelas esoknya. Kakak dia ni pun tak terkecuali la, jadi driver ke sana sini. Abah pun banyak appointment and meeting esoknya. Alhamdulillah...syukur dengan kesempatan yang diberikan ini. Really enjoyed the moment!!

No comments:

Post a Comment