Cerita Cuti Saya...macam tajuk karangan masa sekolah rendah pulak. Cuti yang bakal berakhir seminggu lagi. Terlalu banyak cerita yang ingin ira coretkan sepanjang cuti nie. Terlalu banyak perkara berlaku yang tak tau macam mana untuk ira ceritakan. Mungkin cerita suka mahupun duka yang hanya ira memahaminya. Cuti yang terlalu singkat rasanya untuk ira lalui. Dalam tak sedar sudah hampir ke penghujungnya dan ira bakal meneruskan perjuangan final sem di ukm. Bersediakah ira?? Entah...walaupun keperluan untuk bekerja, mempunyai income sendiri itu membutuhkan namun bersediakah ira untuk melangkahkan kaki keluar dari gerbang universiti ini? Mampukah ira untuk menempuh onak duri ranjau kehidupan luar sana? Sungguh ira tak punya jawapan itu.
Cerita setiap kali cuti...ikan bakar, kari ayam kampung. Dah macam event wajib setiap kali balik. Makanya bermulalah sesi kepung ayam. Bukan senang nak tangkap ayam kampung nie. Cergas dia lain macam sikit. Tapi apa pun...alhamdulillah selamat jadi rezeki kami sekeluarga. Kalau buat jamuan family macam nie, tak lengkap kalau takde ikan bakar. Seronok sebenarnya gotong-royong masak-memasak dengan family. Almaklumlah, semua sibuk dengan urusan masing-masing dan time macam nie barulah boleh nak bergurau senda. Kalau tak masing-masing buat hal sendiri je. Tugas ira dan adik setiap kali sesi masak beramai-ramai nie...bakar ikan. Seronok tak dinafikan tapi penat nak mengipas bara api nie hmmm....nak bebai jugak la bila apinya asyik padam. And..the ikan bakar ofkos kitorang sebat dulu. Penat kipas kan...hehe
Cuti ira takkan pernah lengkap tanpa mereka semua, keluarga yang sentiasa ada tika jatuh bangun ira. Merekalah racun dan merekalah jua penawarnya. Jika dilihat langit itu tidak bercorak, merekalah awan yang melengkapkan keindahan langit biru dan mereka jualah pelangi yang mewarnai langit yang mendung. Siapalah ira tanpa mereka. Baik mahupun sebaliknya, tiada yang bisa menggantikan tempat mereka di hati kecil ini.
Mak...sentiasa sibuk dengan kerja-kerja rumah tanpa pernah mengeluh walau sekali ditambah dengan masalah yang tak putus. Ada yang bertanya...cuti begini tak kerja tambah duit belanja sendiri? Bukan tak pernah terlintas di fikiran untuk bekerja sambilan namun keadaan lebih memerlukan ira di rumah. Waktu yang singkat nie peluang ira untuk ringankan beban mak walau tak seberapa.
Abah...tak pernah putus soal kerja, khidmatnya untuk masyarakat membataskan waktu bersama keluarga. Bukan tidak dicuba untuk meluangkan masa, namun terlalu singkat rasanya masa abah buat keluarga berbanding kerjanya. Namun...itulah mata pencarian, itulah rezeki buat keluarga dan kami redha dengan kesibukan abah yang tak pernah ketemu penghujungnya. Cuti yang terpaksa ditarik balik itu biasa. Perancangan keluarga yang terpaksa dibatalkan itu biasa. Kampung yang tidaklah jauh mana pun sukar sekali untuk pulang. Secebis waktu abah buat keluarga sangat bermakna. Siapa yang tidak ingin bercuti ke sana sini apatah lagi cuti begini tapi cuti abah dengan meluangkan waktu melayan cerita kami, itu sudah mencukupi. Layanan abah terhadap puterinya tak pernah kurang dan kami masih anak manja abah walau sudah menjangkau umur 20-an. Jika dibandingkan dengan mereka di usia 20-an pasti matang tingkah laku dan pemikirannya namun kami....masih terasa seperti anak kecil yang sering dimanjakan. Itulah abah yang tak pernah menaruh kepercayaan tinggi untuk puterinya dewasa dan kami senang begitu.
Puteri Hj Shofe yang tak pernah duduk diam setiap kali cuti. Ada sahaja kerja yang dibuatnya. Sibuk ternak ayam...menunggu telur yang belum menetas *entah bila nak menetas-katanya 22 hari*, Selamatkan ayam-ayam jiran yang hampir mati gara-gara tidak dirawat dengan baik. Sesi kejar-mengejar dengan ayam yang entah untuk keberapa kali, bina semula reban dan entah apa lagi. Kemas rumah, susun atur kembali perabot, cuci bersih satu rumah dari luar ke dalam, dari dalam ke luar. Ikan-ikan yang juga perlu diperhatikan akuariumnya. Kereta-kereta yang perlu dicuci dibasuh *macam buka car wash*. Penat itu pasti tapi seronok itu mengatasi.
Aktiviti petang...sibuk semuanya dengan aerobic, taichi, silat, taekwando. Semua benda diharungnya sekali. Tak perlu suit yang sesuai...baju kurung pun redah je. Skipping pun harung je dengan kain. Diheretnya mak abah skipping sekali. Penat diorang layankan anak-anak 'kecik' nie.
Moga kebahagiaan ini takkan pernah padam dalam cahaya kehidupan kami. Gaduh itu biasa dalam perhubungan adik-beradik namun Kau peliharalah hubungan ini kekal ke akhirnya *cincang air takkan putus kan*
Nurul Syifaa...dia adik kecil ira walaupun tak kecik mana. Layankan telatah manjanya walaupun dah menjangkau 19 tahun tak pernah berubah. Almost 3 weeks sepanjang cuti ulang alik hantar dan ambil di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil. She has some problem since 13. Masa tu dia bersekolah di Sek Men Agama Yayasan Khairiyah. Allah uji dia dengan sesuatu yang tak semua orang mampu melaluinya. Namun ira tau dia kuat sebab mampu bertahan hingga kini. Dari satu sekolah ke sekolah yang lain. Maahad Mahmud...sehingga akhirnya mak abah buat keputusan pindahkan ke sekolah biasa which is SMK Convent Father Barre. Namun masalah masih tak ketemu penyelesaiannya. Kini, telah hampir 6 tahun kami mencuba pelbagai rawatan, pelbagai kaedah, apa sahaja yang dikhabarkan terbaik pasti akan kami tuju. Namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Dia masih ingin memberi pahala kesabaran buat kami sekeluarga melalui ujian yang ditanggung oleh Syifaa. Sekarang Syifaa di KUIN, Kuala Ketil, dan masalah baru muncul apabila mereka tidak memahami. Bukan ira ingin menyalahkan bahkan ira teramatlah mengerti situasi mereka yang mungkin tidak pernah menghadapi perkara sebegini. Takut mugkin...namun satu hal yang sangat ira kesalkan. Sikap pentingkan diri! Ira akui manusia semuanya berbeza. Rambut sama hitam namun hati lain-lain. Sayang beribu kali sayang bila mereka inilah yang terdiri dalam kalangan mereka yang mempelajari bidang agama. Sedangkan agama itu membentuk akhlak namun sebaliknya yang berlaku. Hilangkah sekelumit rasa simpati buat seorang ibu yang terpaksa berulang alik hanya semata-mata ingin menangkan kehendak sendiri. Hilangkah sekelumit rasa belas apabila melihat air mata seorang ibu setiap kali anaknya terpaksa mengharungi detik-detik itu tanpa kehadiran insan bergelar teman yang boleh disandarkan. Tidak banyak yang kami pinta. Hanya secebis bantuan yang tidak membutuhkan waktu yang lama. Cukuplah sebelum kehadiran kami membetulkan keadaan. Kenapa harus dihukum seorang insan yang tidak bersalah sedangkan bukanlah kehendak kami ianya berlaku. Kenapa harus diputuskan sebuah silaturahim angkara makhluk durjana itu. Mungkin bukan ira yang berada di tempatnya tapi ira turut merasakan apa yang dilaluinya. Cubit peha kanan, yang kiri turut terasa. Maaf...menyirap rasanya bila ada yang ingin membela mereka yang memperlakukan sedemikian terhadap adik ira. Tercabar kesabaran bila ada yang ingin menegakkan apa yang mereka lakukan. Bukan ira tidak mengerti namun sakit hati menguasai. Hatinya terluka, ira turut terasa bahangnya bila ira tiada kuasa untuk melakukan apa-apa. Mereka takkan pernah mengerti apa yang telah kami sekeluarga lalui. Mereka takkan pernah memahami apa yang telah kami sekeluarga harungi. Pengorbanan mak abah yang tiada tolok bandingnya. Seorang ibu yang tidak mampu melepaskan anaknya jauh dari sisi. Seorang ayah yang sanggup mengorbankan harta benda yang tidak terkira jumlahnya. Abah selalu cakap...ini ujian dunia untuk Allah uji kami sekeluarga. Maka redhailah. Ira belajar untuk redha dan terima namun adakalnya ira tewas.
Dan...si kecil Syahidah dengan kerja-kerja sekolahnya. Bila kakak-kakak berkumpul makanya untunglah dia ada yang menolong. Setiap hari ada sahaja homework yang ira tolong especially yang melibatkan seni dan kreativiti nih. Almaklumlah...ketidaksenian syidah nie turunnya dari kakcik. hehe...Untung la jadi si bongsu dengan layanan kakak-kakaknya. Ulang alik sekolah berhantar berambil. 10 tahun sudah ira tinggalkan sekolah lama tu. SK Convet Father Barre. Hasil didikan asuhan warga Convent anak-anak Hj Shofe nie. And...here we are! Tak kisahlah sekolah mana pun seseorang tu, apa yang penting didikan tidak formal yang asasnya dari rumah. Ibu bapa yang mencorakkan anak-anaknya. Ira akui yang ira tidak pernah diberi pendidikan agama secara serius sepanjang di Convent, tidak pernah mengikuti kelas KAFA (Kemahiran al-Quran dan Fardhu Ain), namun alhamdulillah mak abah tak pernah abaikannya di rumah. Ira pernah dipersoalkan macam mana someone from Convent could entered SMK Agama. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan...?
Last but not least...hasil kerja tangan kakak yang suka sangat menjahit even tengah praktikal sekarang. Ada saja masanya untuk menghadap jarum benang. Ada saja baju yang diubah suai. Well...hasil pertolongan adik-adik yang jadi designer tak bertauliah jugak.
She loves to make niqab and to be honest I love to wear niqab. Cuma ira takde kepentingan yang memaksa malah mewajibkan ira untuk berniqab. Abah pun tak benarkan anak-anaknya berniqab. So yeah...pakai suka-suka tak salah kan...?
*panjang pulak entry ira kali ni. Penangan lama tak tulis kot. Or else...ada yang tidak terungkap di hati yang dilepaskan melalui tulisan. Mungkin...
Nurul Syifaa...dia adik kecil ira walaupun tak kecik mana. Layankan telatah manjanya walaupun dah menjangkau 19 tahun tak pernah berubah. Almost 3 weeks sepanjang cuti ulang alik hantar dan ambil di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil. She has some problem since 13. Masa tu dia bersekolah di Sek Men Agama Yayasan Khairiyah. Allah uji dia dengan sesuatu yang tak semua orang mampu melaluinya. Namun ira tau dia kuat sebab mampu bertahan hingga kini. Dari satu sekolah ke sekolah yang lain. Maahad Mahmud...sehingga akhirnya mak abah buat keputusan pindahkan ke sekolah biasa which is SMK Convent Father Barre. Namun masalah masih tak ketemu penyelesaiannya. Kini, telah hampir 6 tahun kami mencuba pelbagai rawatan, pelbagai kaedah, apa sahaja yang dikhabarkan terbaik pasti akan kami tuju. Namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Dia masih ingin memberi pahala kesabaran buat kami sekeluarga melalui ujian yang ditanggung oleh Syifaa. Sekarang Syifaa di KUIN, Kuala Ketil, dan masalah baru muncul apabila mereka tidak memahami. Bukan ira ingin menyalahkan bahkan ira teramatlah mengerti situasi mereka yang mungkin tidak pernah menghadapi perkara sebegini. Takut mugkin...namun satu hal yang sangat ira kesalkan. Sikap pentingkan diri! Ira akui manusia semuanya berbeza. Rambut sama hitam namun hati lain-lain. Sayang beribu kali sayang bila mereka inilah yang terdiri dalam kalangan mereka yang mempelajari bidang agama. Sedangkan agama itu membentuk akhlak namun sebaliknya yang berlaku. Hilangkah sekelumit rasa simpati buat seorang ibu yang terpaksa berulang alik hanya semata-mata ingin menangkan kehendak sendiri. Hilangkah sekelumit rasa belas apabila melihat air mata seorang ibu setiap kali anaknya terpaksa mengharungi detik-detik itu tanpa kehadiran insan bergelar teman yang boleh disandarkan. Tidak banyak yang kami pinta. Hanya secebis bantuan yang tidak membutuhkan waktu yang lama. Cukuplah sebelum kehadiran kami membetulkan keadaan. Kenapa harus dihukum seorang insan yang tidak bersalah sedangkan bukanlah kehendak kami ianya berlaku. Kenapa harus diputuskan sebuah silaturahim angkara makhluk durjana itu. Mungkin bukan ira yang berada di tempatnya tapi ira turut merasakan apa yang dilaluinya. Cubit peha kanan, yang kiri turut terasa. Maaf...menyirap rasanya bila ada yang ingin membela mereka yang memperlakukan sedemikian terhadap adik ira. Tercabar kesabaran bila ada yang ingin menegakkan apa yang mereka lakukan. Bukan ira tidak mengerti namun sakit hati menguasai. Hatinya terluka, ira turut terasa bahangnya bila ira tiada kuasa untuk melakukan apa-apa. Mereka takkan pernah mengerti apa yang telah kami sekeluarga lalui. Mereka takkan pernah memahami apa yang telah kami sekeluarga harungi. Pengorbanan mak abah yang tiada tolok bandingnya. Seorang ibu yang tidak mampu melepaskan anaknya jauh dari sisi. Seorang ayah yang sanggup mengorbankan harta benda yang tidak terkira jumlahnya. Abah selalu cakap...ini ujian dunia untuk Allah uji kami sekeluarga. Maka redhailah. Ira belajar untuk redha dan terima namun adakalnya ira tewas.
Last but not least...hasil kerja tangan kakak yang suka sangat menjahit even tengah praktikal sekarang. Ada saja masanya untuk menghadap jarum benang. Ada saja baju yang diubah suai. Well...hasil pertolongan adik-adik yang jadi designer tak bertauliah jugak.
She loves to make niqab and to be honest I love to wear niqab. Cuma ira takde kepentingan yang memaksa malah mewajibkan ira untuk berniqab. Abah pun tak benarkan anak-anaknya berniqab. So yeah...pakai suka-suka tak salah kan...?
*panjang pulak entry ira kali ni. Penangan lama tak tulis kot. Or else...ada yang tidak terungkap di hati yang dilepaskan melalui tulisan. Mungkin...
No comments:
Post a Comment