Sunday, 12 February 2017

Dear Diary...

Lately...banyak pulak kisah perhubungan jadi topik perbincangan. Well...umur makin meningkat, fikiran kena la makin matang dan pastinya kau tak akan boleh lari dari persoalan-persoalan berkaitan hati dan perasaan ni. 

Member cakap, "umur 25 ni dah boleh fikir serius tentang hubungan". hahaha...25 tapi hubungan pun tak terbina lagi cheq ooi. Tapi kadang-kadang tu terfikir la jugak. Bukan terfikir nak berhubungan tapi fikir masalah kegawatan ekonomi sekarang ni bila nak bina hubungan, duit celah mana nak korek. Hmmm...macam mana nak kumpul duit ye? Sebelum nie ira cuma fikir kumpul duit nak bayar hutang ptptpu (pernah ternampak satu post dekat fb, ade orang cari calon isteri antara syaratnya takde hutang pt. huhu...sampai ati. Kalau ade hutang pun die bayar sendiri la!!), pastu kumpul duit untuk family, lepas tu angan-angan dari dulu kumpul duit untuk travel (tak pernah takde angan-angan yang ni. hehe...). Tapi terus terang, kumpul duit untuk kahwin tak pernah termasuk dalam list ira. Sampai member tanya, "kau ni tak nak kahwin ke? Frust sampai serik dalam hubungan ke?" haha.... Idok ler sampai tahap tak nak kahwin. Masa bila pulak la ira ni frust nonggeng kalau hubungan pun tak pernah terbina. Erm...ira pernah kecewa ke? Jap nak fikir...haha... Takde la mek! Kalau pernah kecewa sekali pun, buat ape kau nak fikir rasa kecewa kau tu sampai tak nak kahwin. Buang masa je. Ira pernah cakap dekat someone, "kalau rasa tak boleh handle, tak payah nak involve dengan benda-benda menyerabutkan ni". Adoyaii...fenin jugak layan soalan cepu cemas deme ni. Sebenarnya ira susah untuk percaya pada sebuah hubungan. Fikiran ini terlalu sarat dengan pelbagai persoalan dan kekhuatiran. Yah...cakap senang la. Tak payah fikir sangat, just go with the flow. Wohooo...benda ni bukan soal main-main tau. Dan kerana itu ira sukar untuk terima atau mulakan sebuah hubungan. Tambah pulak bila ira sering disajikan dengan hubungan-hubungan yang terputus di tengah jalan seolah-olah perkahwinan itu perkara mainan. Melihat insan-insan yang melepaskan tanggungjawab sewenangnya. Lalu bagaimana untuk ira kembali yakin pada ketulusan dan keikhlasan hati seseorang? Buat masa sekarang ira selesa begini. Tanpa ada hati yang tersakiti. Tapi ira tak pernah nafikan ketentuan Allah. Setiap pertemuan dan perpisahan itu Dia yang tentukan. Pasti Allah tahu apa yang terbaik buat kita. In shaa Allah cepat atau lambat ira juga akan bina sebuah hubungan. Percaya pada aturanNya. 

Jodoh itu akan hadir tepat pada waktunya. Atau mungkin tanpa kita sedari atau jangkakan. Dan bila waktu itu tiba, ira terima seikhlas hati. So...buat mereka-mereka yang belum ketemu jodohnya, jangan susah hati. Allah belum temukan kerana mungkin kau belum bersedia. Just enjoy your life. Do whatever you wanna do, Go wherever you wanna go. Dan yang paling penting...your parents. Berikan yang terbaik untuk mereka, stabilkan diri dan keluarga kau sebelum kau bina sesuatu yang baru yang mungkin bakal mengubah keseluruhan hidup kau. Chill dear~~~

Saturday, 4 February 2017

Wedding kak atin sayang...

Whatsapp group JMT Sweet Siblings tak henti-henti berbunyi malam nie. Kecoh masing-masing menunggu khabar berita dari bakal pengantin. Over excited menanti berita dari Muar. Menghitung detik waktu saat lafaz sakinah bakal diungkapkan.

~~Kini terjawab setiap pertanyaan~~
~~Segala soalan lama tersimpan~~

Jodoh pertemuan adalah aturan Yang Maha Esa. Dia temukan jodoh setiap insan itu tepat pada waktunya. Terngiang-ngiang gurau senda soal jodoh yang tak pernah lekang dari bibir. 


Tanggal 3 Februari 2017...

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, kak Fatin Afiqah selamat menjadi isteri kepada Encik Haris. Barakallah....! Semoga hubungan yang terbina ini sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya, bahagia hingga ke syurgaNya. Sebak rasa hati bila tengok video akad nikah akak. Macam-macam perasaan bercampur-baur dalam hati ini. Antara gembira dan sedih. Gembira melihat kakak kesayangan selamat mendirikan rumah tangga. Sedih...tak dapat bersama-sama akak di hari bersejarah ini. Masih tersimpan sekelumit rasa terkilan kerana tak dapat sama-sama berada di samping akak, menemani akak di waktu-waktu akhir menghitung debaran di hati. Namun melihat senyuman indah yang terukir di bibir kak atin, subhanallah apa lagi yang ingin syera pinta? Terpancar cahaya kebahagiaan di wajah akak. Dan di sini...kami turut sama mengukir senyuman, tertawa bahagia, menangis kegembiraan. Dari jauh kami kirimkan doa setulus dan seikhlas hati buat akak, sahabat kesayangan kami ni. 

Mohon jaga kakak saya ni baik-baik ye!
Empat tahun lepas, saat pertama kali dihulur salam perkenalan, we can't avoid the awkwardness. Masing-masing punya first impression yang berbeza-beza. Namun perbezaan itu yang membuat kita saling melengkapi. Adakalanya kita berselisih faham, adakalnya kita tak bertegur sapa, adakalanya kita terasa hati sesama sendiri tapi cepat atau lambat kata maaf tetap dihulur dan kita kembali bergurau senda. 

Buat kak atin sayang...dah jadi isteri ni sila behave ok. Tak boleh jerit-jerit dalam kereta dah. haha... "eeiittttttt" sebenarnya rinduuuu sangat nak dengar akak jerit macam ni dalam JMT. Rindu nak dengar akak marah kak amna bila salah jalan (ampun kak amna. hehe...). Rindu nak dengar akak bebelkan syera sebab tidur dalam JMT. Rindu nak pusing-pusing KL tanpa hala tuju. JMT tu tak pernah sunyi dari gelak tawa riuh rendah kita. Macam-macam topik dibuka selagi tak sampai destinasi. Bak kata kak amna..."yang penting bukan destinasi tapi pengalaman sepanjang perjalanan tu". Terima kasih kak...sebab tak pernah jemu layankan kerenah kitorang. Tak pernah lokek dalam menghulur bantuan. Tak pernah merungut dengan ragam kitorang. Terima kasih atas penglaman kehidupan sepanjang perkenalan kita. Bak kata kak amna..."kalau exam subjek pengalaman, confirm kita A++". (Amnah Albani : 2012-2015) *banyak betul quote kak amna. hehe... Syera bersyukur sangat dengan persahabatan yang terbina ini. Sungguh syera sangat sangat hargai setiap detik yang kita luangkan bersama. Akak kinda happy virus untuk syera. Tak kira susah senang suka duka, akak sentiasa ada untuk ceriakan hari-hari syera. Kalau tengah nangis pun akak selalu buat syera tertawa. Adakalanya syera terlalu immersed into my emotion tapi bila dengan akak, syera rasa syera lupa semua masalah yang menghantui diri dan perasaan. Syera mengaku sukar sangat untuk syera luahkan apa yang terbuku di hati setulusnya. Kadang-kadang syera seolah-olah jadi pemendam rasa, sukar untuk akak baca apa yang ada dalam hati syera. Bukan kerana syera taknak berkongsi tapi kerana dengan akak, syera lupa semua kisah duka, yang tinggal cuma senyuman dan gelak tawa. Terima kasih sangat sangat...satu penghargaan yang tak mampu untuk syera ungkapkan betapa syera sangat bersyukur mengenali akak. Seorang sahabat yang berhati mulia, seorang kakak yang penyayang, seorang teman tak kira susah atau senang. 

Ok...macam dah jauh melalut kan. Asalnya nak tulis pasal wedding akak je. Tu la...bila syahirah dah start mengungkap rasa hati. Dari A kemudian pegi U lepas tu patah balik I then baru nak pegi Z dan entah mana-mana lagi lencongan dia buat. haha...

kak atin and kak maryam anajat yg cantik, gorgeous, comel, manja dan semua la...!
Rindu both of you so much. huhu... *big hug*

Pengantin lama vs bakal pengantin.
Semoga semua urusan kak yam dipermudahkan
Sambil jari jemari ini laju menaip di papan kekunci, fikiran ini melayang teringatkan walimah dua orang lagi JMT Ladies sebelum nie. Rasa terkilan tak dapat pergi walimah akak sekaligus menggamit memori wedding kak kyla dan kakyong. Maaf...hanya itu yang mampu syira ungkapkan kerana tak berada di sisi. Kita merancang dan Allah tentukan. Korang tahu doa syira sentiasa ada mengiringi hari bahagia korang kan. 

Kak Shakyla & Encik Rafi
Kakyong (Nazatul Aqilah ) & Tuan Syahmi

JMT Ladies sekalian semua dah jadi makcik-macik ok! For this cute little uwais. Kakyong dah jadi mama dah!!! Uwais...jadi anak yang soleh buat mama dan baba ok. *pinky promise* hmmmm...bila la achik ira nak boleh jumpa awak nie little uwais. Moga ada ruang dan waktu untuk achik ira jumpa awak ye. Mama uwais...! Tolong peluk cium little uwais untuk achik ira ok. huhu... achik ira sayang awak! Mmmuuuuahhhh...!!!

Buat sahabat-sahabat yang telah mendirikan rumah tangga (kakyong, kak kyla, kak atin), moga Allah limpahi rahmat dan barakah dalam hubungan kalian. Moga sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, sentiasa dipelihara kesihatannya, sentiasa dikurniakan nikmat kebahagiaan hingga ke akhirnya. Buat yang bakal mendirikan rumah tangga terutamanya kak yam...In shaa Allah moga dipermudahkan semua urusan akak hingga ke jinjang pelamin, sentiasa tabah dan kuat hadapi apa jua dugaan yang mendatang. Buat kak amna dan syahirah (eh..nama sendiri pulak)...jodoh itu rahsia Allah yang tak mampu kita teka. Dia ambil seseorang itu untuk digantikan dengan yang lebih baik. Mungkin hati terluka tapi suatu hari nanti kita juga akan tersenyum bahagia. Yakinlah pada aturanNya. To all my kakaks...terima kasih kerana hadir dalam hidup syira. Buat pertama kalinya syira rasa perasaan seorang adik yang sangat manja dengan kakak-kakaknya. Rasa macam adik-adik yang ada ramai kakak untuk mengadu macam-macam. hehe...

Dengan hati yang tulus ikhlas, syira sayang korang semua. 

Sunday, 29 January 2017

Family Escape Vacation @ Langkawi Island


Langkawi Island!! Here I come again....^_^

Got this opportunity 'coz abah ada kursus kat sini so apa lagi...ngekor lah! hehe... Actually bukan kitorang je. Last minute planning dengan makteh and makndak for this short vacay. Glad to be here again!! Really love this island. Errr...sebenarnya memang suka island pun tak kisah la mana-mana. hehe...

So...first thing first bila sampai Langkawi ni of course la check in hotel and bermalas-malasan tunggu abah habis kursus. Today is the last day. Yang lain-lain awal-awal dah keluar jenjalan. Kitorang je bergolek terlentang kat bilik hotel. haha...It's friday, so abah direct pegi solat jumaat lepas habis kursus and guess what? Mesti la anak-anak cilik dia yang tak sober-sober nih habiskan masa kat swimming pool. 
Puas punya berendam then turun ke tepi pantai plak.
Love beach soooo much!!


Sampai abah balik solat jumaat baru la masing-masing siap naik bilik. Bagi abah rehat kejap sebelum keluar. Errr...sepetang jugak la. Dah boring kat bilik kitorang keluar jalan kaki je sekitar situ then pegi cari makan. Nasib la kedai semua dekat-dekat je. Lapor sebenarnya. hehe...

Lepas maghrib baru kitorang keluar. Itu pun pegi rumah sepupu abah. The best thing is...kitorang dapat makan ikan fresh dari laut. hmmmm....dapnyee!! Diorang turun laut siang tu dah siap masak pun untuk kitorang. Sampai rumah dia tu kiranya terus bersila letak nasik dalam pinggan je. *bukan gelojoh k. haha...* One more thing...belakang rumah dia laut! Masha Allah...best sangat. tenang je rasa angin laut malam-malam. Tapi tak nampak mende la malam gelap gelita tu. 


Kenduri betul namanya nih. huhu...dua malam dinner kat rumah dia.

Memandangkan balik pun dah lewat tambah hujan plak so kitorang terus balik hotel je. Yang lain-lain naik bilik tapi ira dengan adik lepak kat lobby dengan abah. Adakalanya abah terlalu sibuk dengan kerja-kerjanya. Adakalanya bila tinggal berdua dengan abah, kelu rasa lidah ini untuk bersuara. Tapi...all those moments are the best one. Sebab ira masih ada tempat bergantung, yang sentiasa tahu apa yang terbaik buat ira walau adakalanya berselisih pendapat, ada ketikanya berselisih faham. Tapi...syukur alhamdulillah ira masih ada insan bergelar abah yang sentiasa ada di sisi anaknya dalam sedar atau tidak. Lepak sekejap borak-borak dengan abah lepas tu pi pekena teh tarik secawan sampai kedai dah nak tutup baru la naik bilik. hehe...


2nd day which is last day jugak kat langkawi ni *baru la namanya short vacay*...

Disebabkan kitorang punya so called vacation ni kejap je so everything was briefly planned. Seawal pagi dah check out dari hotel. First destination...Wildlife Park! Dalam banyak-banyak tempat kat Langkawi ni, sini pulak yang kitorang datang kan. Well...sebelum nie kitorang datang, dah naik cable car Gunung Mat Cincang tu, pusing sekitar cable car discover cutie rabbits. Tidur kat Pantai Chennang aka Malaysian Hawaii. Tak tahu la sape yang bagi nama ni. Maybe sebab kawasan ni full of mat saleh kot. Masa tu dah habis pusing dah kawasan sini dengan abah. Pastu pegi Tanjung Rhu, tempat ni best tengok sunset! Tempat sejarah macam Beras Terbakar, Makam Mahsuri pun kitorang dah pegi. Dataran Lang pun tak tahu berapa kali pusing. Malam-malam kitorang lepak makan kat kedai tepi laut lepas tu siap boleh singgah playground. And of course la tak boleh lupa Haji Ismail Group kat Pekan Kuah, Chocolatoooo!!! 

Dengan sengajanya snap picture ni sebab nak jealous kan someone. haha...teruk nau perangai. 

Chocolate Heaven for chocolate lover!!
Today's family gathering at Wildlife Park. hohoho... I'm sure mesti akan ada yang tanya best ke pergi Wildlife Park. Banyak lagi tempat lain boleh pegi kan? Yes! Serious best!! Only if you know how to appreciate the nature. 

You are sooo chantek encik dan puan merak...(^_~)
Eit awak!! Sampai sini awak datang?! Ish..ish..dah jom balik!


Sejak-sejak dok bela ayam itik nie, we are so immersed with binatang ternakan. haha... Seronok tengok anak-anak ayam itik nie ikut mak dia.

Tiga dara pingitan, princesses Haji Shofe




Puas pusing Wildlife Park nie, kitorang ke Underwater World. Tema hari nie Flora & Fauna. hehe...nengok binatang je keje kita hari nie k. Tapi little bit disappointed la pegi sini sebab dah tak macam dulu. Boleh dikatakan half of the way diorang cut. Erm...katanya sebab ada hidupan laut yang mati so diorang terpaksa decide tutup laluan lama tu. Kalau tak...they go all the way to the sea. Boleh bayangkan tak? It was so wonderful to be under the real sea. 

Bila abah dah start fikir nak bela Lion Fish pulak. hmmm...

Pingu! Pingu! You are soo cute!! 


Is there any pearl in that giant shell??

Love waterfall so much
Family Short Vacation end...


Udah-udah ler tuu. Moh kita balik. Lain kali kita datang lagi k.

Monday, 12 December 2016

Memories~~~

Kenangan indah yang penuh makna ini ingin sekali ira coretkan buat tatapan di kemudian hari. Kenangan kita...dalam bulatan kecil kisah persahabatan kita. Subhanallah...persahabatan itu terlalu indah disulami dengan senda gurau, gelak tawa dan tangis bersama. Alhamdulillah...ira masih diberi kesempatan merasai manisnya ukhuwah sebuah persahabatan.

Sahabat...seiring waktu yang berlalu pasti kita terpisah, pasti waktu yang terluang itu semakin singkat, pasti detik yang berlalu itu tak dapat kita penuhi bersama selamanya. Namun buat teman yang sentiasa kuingati dan sayangi. Walau sejauh mana kita terpisah, mungkin saja satu hari nanti semua yang kita kecapi kini kian pudar tapi tika kau berpaling dan memanggil aku, pasti aku ada di situ dengan izin Allah. Setiap kali kutadahkan doa buatmu sahabat moga ukhuwah ini sentiasa dalam peliharaanNya walau sepahit apa pun kisah yang kita telah lalui atau bakal lalui. Harapan ini terlalu tinggi moga ukhuwah yang kita bina ini terbenteng dari keterlukaan yang mendalam. Walau sedalam mana pun jurang yang kita jatuh, moga kita terus kuat untuk sama-sama bangkit dari rebah itu. 

Pertemuan singkat ini memberi 1001 makna dalam kamus hidupku. Seolah diari lama tersingkap kembali saat kita mengimbau kenangan demi kenangan yang pernah singgah dalam perjalanan hidup kita. Helaian demi helaian...chapter by chapter. Ingat tak? Ingat tak? dan ingat tak? Ada saja yang ingin diungkit. Cerita yang buat kita tersenyum lebar, cerita yang buat kita ketawa tak kering gusi, cerita yang buat tiba-tiba air mata berlinangan, cerita yang buat kita merenung jauh. MashaAllah...banyaknya susunan cerita kita. Tak pernah jemu kita cantum dan susun semula kepingan-kepingan memori. Biar ia tercantum indah buat renungan kita. Teman...jika satu hari nanti ada yang kita terguris hati, aku mohon...toleh kembali kepingan-kepingan memori yang pernah kita kumpul bersama. Susun semula 'jigsaw puzzle' memori kita. 'Jigsaw puzzle' yang penuh dengan corak perjalanan persahabatan kita. Warna-warni pelangi, langit biru bertompokkan awan ceria, mendung kelabu, titisan hujan, angin sepoi bahasa mahupun ribut yang melanda. Tiada cacat celanya aturan Allah dalam kisah kita ini. Ya...kita merancang dan Allah tentukan. Dan moga ukhuwah ini dalam aturan rahmat dan kasih sayangNya. Aku terlalu sayangkan kita! Terlalu...teramat...tersangat...dan semua 'ter' yang ada. 








Believe it or not...tears drop once I saw this picture. If the memory is too hurt for you to remember, just erase it dear. Walaupun susah sebenarnya untuk lupa. Sorry...gelak bersungguh kami ni. Well...anggap je tu satu moment zaman tak matang dolu-dolu. Seiring waktu yang berlalu, kenangan pahit pun akan bertukar jadi kenangan manis tau! So chill dear...

Dan pesanan ikhlas dari penaja. Buat hati-hati yang pernah terusik zaman dahulu kala. Seiring waktu ibarat angin lalu, membawa hembusan lembut menyapa diri dan berlalu pergi. Saat ini, tika ini, jika kau toleh sebentar dan melihat helaian 'chapter' kisah hati kita, pasti kau tersenyum kerana semua itu yang mematangkan diri kita. Mungkin pernah suatu ketika mengusik jiwa, kini ibarat cebisan memori yang buat kau tersenyum seketika dan kembali meneruskan langkah ke hadapan. Ok cupp..! "Awat rasa macam jadi pakar hati sat nih? haha...takdak kaitan dengan hati kuciwa ka hapa ok. Bila syahirah is so into the writing..."



Ikutkan hati, setiap sudut sekolah nak dirakamkan tapi tak sempat. Tahun bila pulak la berkesempatan untuk jejakkan kaki di bumi SMKAS ni lagi.




Nak jugak qosek gambaq lama kita. We miss you makcik!! Sangat!! huhu...apa saja cerita yang keluar pasti terselit nama Nisa' sama. Mana boleh tinggal kesayangan ni. Asal jumpa makcik ni mesti nak perang mulut. Mana pernah nak reti cakap baik-baik. Kalau cakap bebaik tu macam something wrong somewhere ja. hehe...sorry makcik! Dari awal kenal Nisa' memang macam tu la cara masing-masing bersembang. Kasar manjang...bersembang macam nak lancar perang. Tapi...that is your sweetness dear. Please know that we miss you muchosssss!!! sangat sangat sangat...! 

Yang Benar...
Kesayangan awak! (^_^)