Sunday, 12 February 2017

Dear Diary...

Lately...banyak pulak kisah perhubungan jadi topik perbincangan. Well...umur makin meningkat, fikiran kena la makin matang dan pastinya kau tak akan boleh lari dari persoalan-persoalan berkaitan hati dan perasaan ni. 

Member cakap, "umur 25 ni dah boleh fikir serius tentang hubungan". hahaha...25 tapi hubungan pun tak terbina lagi cheq ooi. Tapi kadang-kadang tu terfikir la jugak. Bukan terfikir nak berhubungan tapi fikir masalah kegawatan ekonomi sekarang ni bila nak bina hubungan, duit celah mana nak korek. Hmmm...macam mana nak kumpul duit ye? Sebelum nie ira cuma fikir kumpul duit nak bayar hutang ptptpu (pernah ternampak satu post dekat fb, ade orang cari calon isteri antara syaratnya takde hutang pt. huhu...sampai ati. Kalau ade hutang pun die bayar sendiri la!!), pastu kumpul duit untuk family, lepas tu angan-angan dari dulu kumpul duit untuk travel (tak pernah takde angan-angan yang ni. hehe...). Tapi terus terang, kumpul duit untuk kahwin tak pernah termasuk dalam list ira. Sampai member tanya, "kau ni tak nak kahwin ke? Frust sampai serik dalam hubungan ke?" haha.... Idok ler sampai tahap tak nak kahwin. Masa bila pulak la ira ni frust nonggeng kalau hubungan pun tak pernah terbina. Erm...ira pernah kecewa ke? Jap nak fikir...haha... Takde la mek! Kalau pernah kecewa sekali pun, buat ape kau nak fikir rasa kecewa kau tu sampai tak nak kahwin. Buang masa je. Ira pernah cakap dekat someone, "kalau rasa tak boleh handle, tak payah nak involve dengan benda-benda menyerabutkan ni". Adoyaii...fenin jugak layan soalan cepu cemas deme ni. Sebenarnya ira susah untuk percaya pada sebuah hubungan. Fikiran ini terlalu sarat dengan pelbagai persoalan dan kekhuatiran. Yah...cakap senang la. Tak payah fikir sangat, just go with the flow. Wohooo...benda ni bukan soal main-main tau. Dan kerana itu ira sukar untuk terima atau mulakan sebuah hubungan. Tambah pulak bila ira sering disajikan dengan hubungan-hubungan yang terputus di tengah jalan seolah-olah perkahwinan itu perkara mainan. Melihat insan-insan yang melepaskan tanggungjawab sewenangnya. Lalu bagaimana untuk ira kembali yakin pada ketulusan dan keikhlasan hati seseorang? Buat masa sekarang ira selesa begini. Tanpa ada hati yang tersakiti. Tapi ira tak pernah nafikan ketentuan Allah. Setiap pertemuan dan perpisahan itu Dia yang tentukan. Pasti Allah tahu apa yang terbaik buat kita. In shaa Allah cepat atau lambat ira juga akan bina sebuah hubungan. Percaya pada aturanNya. 

Jodoh itu akan hadir tepat pada waktunya. Atau mungkin tanpa kita sedari atau jangkakan. Dan bila waktu itu tiba, ira terima seikhlas hati. So...buat mereka-mereka yang belum ketemu jodohnya, jangan susah hati. Allah belum temukan kerana mungkin kau belum bersedia. Just enjoy your life. Do whatever you wanna do, Go wherever you wanna go. Dan yang paling penting...your parents. Berikan yang terbaik untuk mereka, stabilkan diri dan keluarga kau sebelum kau bina sesuatu yang baru yang mungkin bakal mengubah keseluruhan hidup kau. Chill dear~~~

No comments:

Post a Comment