Friday, 10 May 2019

Erti Sebuah Kebahagiaan

Apa itu bahagia?

Adakah bahagia itu diukur pada senyuman yang terukir di wajah?
Adakah bahagia itu diukur pada gelak tawa seseorang?
Adakah bahagia itu dilihat pada kemewahannya?
Di mana letaknya kayu ukur kebahagiaan seseorang?

Bahagia itu...letaknya pada hati. Sekeping hati yang ikhlas dalam menghadapi apa jua cabaran yang melanda. Sekepng hati yang redha dengan dugaan yang hadir dalam hidupnya. Sekeping hati yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya. Jangan pernah persoalkan dugaan dan cabaran yang perlu kita lalui dan tempuhi kerna di sebalik setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Jangan pernah bandingkan ujian diri sendiri dengan orang lain kerana ujian dan dugaan setiap orang itu berbeza. Adakalanya kita rasa kitalah yang paling berat dugaannya tapi kita lupa ada orang lain yang turut diuji atas kemampuan dirinya. Jika kita rasa kita penat, ingatlah ada insan lain yang hampir tersungkur menanggung lelahnya sebuah dugaan. Jangan kita letakkan kesusahan diri sendiri di tempat yang tertinggi sedangkan kita belum diuji dengan ujian yang di luar batas fikiran. Jangan kita letakkan situasi kita dan orang lain itu sama. Kerna setiap insan itu berbeza ujiannya. 

Inginkan kebahagiaan? 
Bersederhanalah dalam menuding jari memikirkan kesalahan orang lain. 
Besederhanalah dalam meletakkan kesusahan kita melebihi yang lain.
Besederhanalah dalam membandingkan ujian kita dengan yang lain. 
Bersangka baiklah dengan Sang Pencipta yang meletakkan ujian seseorang hamba itu pada kemampuan dirinya. 
Allah tidak akan menguji seorang hamba itu melebihi apa yang dia mampu lalui. 
Bersyukurlah dalam setiap ujian itu yang menjadi asbab kita mendekatkan diri padaNya.

Bahagia itu milikmu...
Andai kau mengikhlaskan hati menghadapi setiap yang hadir dalam hidupmu.
Andai kau mensyukuri atas segala nikmat yang Allah berikan.
Andai kau redha dengan setiap musibah yang Allah turunkan.
Aku juga tidak sempurna untuk mendabik dada berkata-kata.
Namun aku cuba...dan aku mahu kita cuba
Untuk sama-sama meraih kebahagiaan itu
Kerna melihat kau bahagia, aku juga bahagia

No comments:

Post a Comment