Anxiety...what is anxiety?
"Anxiety is a feeling of unease, such as worry or fear, that can be mild or severe. Everyone has feelings of anxiety at some point in their life – for example, you may feel worried and anxious about sitting an exam, or having a medical test or job interview" (credit to Mr Google. hehe..)
Sejujurnya...ini juga apa yang ira faham tentang anxiety. Tapi ira tak pernah fikir bahawa anxiety ni boleh jadi sesuatu yang serius dan yang paling tak sangka bila ira pun terjebak dengan anxiety ni. Alhamdulillah kelmarin dipertemukan dengan seorang sahabat yang dah lama tak jumpa. Tak ingat dah last jumpa dia bila erm...maybe last year I think. Noor Syahirah...bakal kaunselor inshaAllah. Dia la sahabat sebelah meja, sebelah katil, sekelas, sebilik, siap kongsi nama lagi sampai masa sekolah dulu ada ustaz panggil kitorang 'syahiratain - 2 syahirah'. haha... Niat asalnya nak tolong dia penuhkan jam kredit praktikal kaunseling. Plus memang dah lama teringin nak buat ujian psikologi ni. So...here we are ~~
I just did one set of questions about DASS - Depression, Anxiety, Stress Scale. And the result is...my anxiety at the highest stage. Erm...quite critical I guess. Ira sendiri tak pernah rasa yang ira punya anxiety ni tinggi. Tapi tak dinafikan la ira jenis yang cepat gemuruh, panik, overthinking kadang tu. But I'm not expect it was at the highest peak. Kawan ira cakap, anxiety atau apa-apa masalah psikologi sekalipun mesti ada puncanya. Dan tugas kita adalah untuk selami diri sendiri dan cari punca tu. Maybe parenting problem, relationship, or there's something happened that triggered us to be anxiety. While sharing each other story, knowledge and opinion...that thing came to my mind. Dalam hati terdetik.."sebab tu ke aku jadi macam ni?". Anxiety can lead us to be such a pessimist person, low self esteem. Kadang-kadang mungkin kita pernah dihukum sedemikian yang menyebabkan kita mula menerima "yes...aku memang macam tu". Baik yang dikatakan, maka baiklah jadinya. Begitu juga sebaliknya. Ira rasa ira tau apa yang triggered sangat dalam hidup ira yang mungkin menjadi penyebab kenapa ira punya anxiety tinggi atau bahasa mudahnya feeling insecure, takut nak mulakan sesuatu yang baru, terlalu risaukan apa pandangan orang terhadap ira walhal everyone is fine.
****
Bagai terngiang-ngiang kata-katanya waktu itu...
Pagi itu seawal subuh ira tersedar dek deringan telefon menandakan ada mesej masuk. Seperti kebiasaan capai telefon, niat di hati sekadar nak tengok jam tapi terpandangkan mesej darinya.
"why you so negative syahirah? why you so selfish? Think about others and stop thinking about yourself! Don't be so egoistic..."
Hanya kerana saya minta untuk undur diri, hanya kerana saya minta untuk tidak jadi bestie awak lagi, hanya kerana saya minta awak not holding me anymore, hanya kerana saya minta awak focus hanya pada dia. Dalam kesedihan saya yang cuba pujuk hati sendiri, tapi itu yang awak balas pada saya. Saya cuma harap awak faham dan terima tapi awak salahkan saya being too negative without realising betapa hancurnya hati saya pada setiap permintaan saya tu. Awak tak nampak kesedihan dan kekecewaan saya melainkan hanyalah di sudut pandangan awak, saya tak boleh terima apa yang sedang berlaku antara kita. Awak tahu tak...sebab saya terima jurang yang mula terbina antara kita tu la saya buat keputusan macam tu. Supaya saya ada benteng agar saya tak terjatuh dalam jurang tu. Tapi takpe la awak...saya dah cuba yang terbaik untuk awak.
Awak tak tahu macam mana teruk saya menangis pagi tu baca mesej awak. Sampai hari terakhir saya berhadapan dengan awak pun, awak tak pernah tahu cerita ni. Berjurai air mata saya baca setiap bait kata dari awak. Sakitnya hati ni Allah je tahu. Subhanallah...Allah tak tinggal saya sorang-sorang masa tu, kakak-kakak saya ada di sisi saya terpinga-pinga tengok adik diorang yang satu ni bangun tidur terus menangis teresak. Dipujuknya saya sehingga reda, gagahkan diri berwuduk dan sujud padaNya, cuba raih ketenangan dariNya. Ya Allah...sungguh hati saya sangat kecewa masa tu. After almost 3 years I know you...there's never, tak pernah walau sekali you talk to me with such a harsh words even via msg. Masa tu saya nak sangat tanya awak,

"Pernah tak selama awak kenal saya, saya pentingkan diri saya sendiri lebih dari orang lain? Pernah tak saya letakkan ego saya lebih dari orang lain? Pernah tak saya marahkan awak atau sesiapa melebihi had yang sepatutnya? Pernah tak saya bencikan sesiapa sehingga saya lupa segala kebaikan yang pernah ada pada dia? Pernah tak saya tak terima apa yang awak cakap atau nasihatkan saya? Pernah tak saya biarkan setiap salah saya pada awak tanpa kata maaf?"
Saya tak tahu jawapan pada semua persoalan saya. I just don't want to answer that. Saya rasa awak kenal saya lebih dari diri saya sendiri. And guess what...after all those harsh words, I still replied you with kata maaf. I'm sorry for being selfish, I'm sorry for being negative, I'm sorry for being egoistic. And what did you replied me...? No kata pujuk, no sincerely apologies. But you just happy to think that I am fine, to just go on with our remaining life as a student, hoping to be together strive for success. Saya tak tahu apa perasaan saya masa tu. Semuanya kosong...looking at your happy face, like nothing happen seriously hurt me more! Tapi saya tak pernah ada kekuatan untuk berdepan dan luahkan segala rasa sakit hati yang terbuku. Di setiap kali saya berhadapan dengan awak, di setiap kali itulah hanya kata maaf yang lahir dari bibir saya. Sehingga saya sebati menyalahkan diri sendiri atas semua yang terjadi.
Awak kata saya yang putuskan persahabatan tu... Yes, I did sebab saya tak nak jadi orang ketiga dalam hubungan awak. Salah saya ke bila saya nak undur diri? You always said that I am your bestie... But nope! I can't be your bestie anymore and you won't accept that. So what? You want me to stay and at the same time handling those jealousy? You want me to stay and after that what? Facing all those kata-kata sinis. Siapa sebenarnya yang pentingkan diri? Siapa sebenarnya yang ego? Awak cakap awak tahu apa yang tersirat dalam hati saya walaupun saya tak pernah ungkapkannya. Tapi awak selfish kan...awak biar saya sendiri lawan segala rasa rawan yang bersarang di hati. Awak tak nak lepaskan saya sedangkan awak tahu saya tak kuat dah nak hadap semua tu. Cukuplah saya bertahan jadi hipokrit semata-mata nak jaga hati awak, walaupun hati saya terluka yang teramat sangat. Cukuplah atas segala ketabahan yang cuba saya bina untuk penuhi permintaan awak, be there for you. Ketabahan yang saya bina dengan setiap titis air mata yang gugur gara-gara melihat senyum dan tawa di wajah awak.
Dan saat itu...saat saya lepaskan awak. Saat saya menangis tanpa segan silu di hadapan awak. Saya masih mengharapkan kata-kata maaf dari awak. Tapi tak...awak tak pernah mengalah dalam menegakkan ego awak. Sampai saat saya berlalu pergi, tiada sepatah kata pun lahir bibir awak. Saya tak minta banyak...cukuplah awak ungkapkan kata maaf sebab sakitkan hati saya, sebab pernah bagi harapan pada saya. Tapi takde...terima kasih awak. Terima kasih untuk kenangan tiga tahun yang pahit di pengakhirannya. Saya maafkan awak atas semua keterasaan hati, atas semua keterlukaan saya, atas semua kesedihan saya, atas semua air mata yang saya bazirkan untuk awak. Terima kasih untuk semua kata bak sembilu awak yang tanpa sedar memakan diri saya hingga kini. Saya fikir saya dah lama buang semua tu rupanya tanpa sedar bara api itu belum padam sepenuhnya bahkan mula merebak perlahan-lahan dalam diri saya. Menanam satu sifat negatif dalam diri saya. Membuat saya jatuh sejatuhnya hingga sukar untuk saya cari jalan keluar.

Insan itu...kini sedang berbahagia dengan pilihan hatinya. Duhai hati...lepaskanlah semua yang pernah terbuku, yang membungkam di jiwa. Tutuplah semua kisah silam yang telah pun jadi sejarah dalam hidupmu. Apa yang terbentang di hadapan...itu yang perlu dihadapi. Jangan pernah menoleh kembali meratapi khilaf semalam sebaliknya, turn a new chapter in your life. Kau takkan pernah tahu apa yang menanti di depan sana jika kau takut untuk melangkah. Tiada kebahagiaan dan kesenangan tanpa jalan yang penuh onak dan duri. Duhai syahirah...I love you with all my heart. So please, I'm begging you to forgive and forget. Bukanlah kemaafan jika engkau tidak melupakan. Lepaskanlah kesakitan itu dan kau akan temui penawarnya.
Let this entry be the last one I talked about you. Awak dah bahagia dengan hidup awak. InshaAllah saya pun sedang cari kebahagiaan saya. Syahirah will be fine... (^_^)
No comments:
Post a Comment