bila che roommate bagi gambar nie, terus rasa macam nak menulis lagi |
Sebulan sudah ira menetap di ukm, menghabiskan sisa kursus yang berbaki. Terus terang...lain sangat rasanya bila stay kolej without che roommate. Lagi terasa lainnya stay kat ukm without my kakak's' and bestie. Ingat lagi malam first ira kat ukm, hujan lebat dengan kilat dan guruh. Bila biliknya kat aras 6, lagi terasa cuaknya, terasa keseorangannya. Yea...memang ira takut guruh dan selalunya berteman dengan che roommate atau sekurang-kurangnya ada jugak teman yang nak dikacaunya via mesej tapi malam tu ira lost tak tahu nak cari sape. Sampai nangis ira bila bunyi guruh dan nampak kilat tu. Tidur bertemankan air mata dibuatnya. Disebabkan sebulan sudah ira kat ukm, semua sesi photoshoot pre-convo mesti ada muka ira dan kali nie with kajaians walaupun tak dapat kumpulkan semua at least, sempat jugak jumpa sekejap.
warna-warni kajaians (^_~) hitam utk pengajian islam hijau utk sains sosial kemanusiaan purple utk sains teknologi |
gaya wajib bila bergambar dengan kajaians. haha... |
tengah dok tunggu my kakak's' tetiba jumpa cik wahi...misi grab and snap je la. haha...
Sekejap sangat masa yang ada nak jumpa cik wahi dan cik mun ni. Masing-masing sibuk kan. Ira sendiri pun kelam kabut jugak janji dengan kakak-kakak masa tu. Seriously rindu cik wahi, peneman setia pergi bookfair. Ingat lagi masa first year dulu sampai nangis ira sebab tak dapat pergi pwtc. haha...tak pernah dibuat dek orang menangis sebab tak dapat pergi bookfair. Ekau ni memang rare la syahirah...! Cik wahi jugak la peneman setia sehingga ke akhirnya masa tengah bergelut dengan tesis. Cik wahi la teman setia sama-sama serabut fikirkan macam mana nak selesaikan tesis. Sehingga ke penghujungnya menjadi teman setia penghuni Merak Kayangan. Dalam banyak-banyak tempat kat kajai tu...Merak Kayangan dah jadi antara tempat yang paling ira rindu. Siang malam bertapa kat situ gara-gara tesis dan wifi yang problem. Tak sangka kan...3 tahun kat kajai tak pernah terlintas nak lepak kat situ alih-alih dah macam rumah kedua dah tak reti-reti nak balik bilik.
Cik mun pulak jiran sebelah yang sangatlah awesome. Waktu malam bila bosan je mesti kacau cik mun. Bersembang kat balkoni tu macam takde keje yang perlu disiapkan. Ambik angin malam kononnya, rest sekejap dari ngadap laptop. Sekali dah bersembang memang tak pandai nak berhenti. Ingat tak sekali tu cik sarah lepak kat bilik cik mun bertutorial kononnya. Lepas tu dok panggil-panggil nama kitorang. Huish...cuak dowh..! Seram pun ada jugak. Yela...dengar orang panggil tapi keluar tengok takde sape. Tanya cik mun pun katanya tak dengar pape. Pandai ye nak kenakan kitorang.
Cik adik ira pun dah seminggu lebih stay kat ukm ni. Dia dengan che roommate kalau berjumpa ada je benda nak digaduhnya. Gaduh-gaduh manja je. Maka cukuplah korum 'triple syahirah' - Syahirah Shofe, Syahirah Yusof, Syahira Yusoff. Cik adik yang selalu layankan kakak dia ni membebel. First time ada orang cakap rindu nak dengar kakak dia ni membebel. huhu...tak pernah dibuat dek orang. Dia adik yang sangat baik. 3 tahun dengan dia dah boleh hafal makan minum dia. haha...ni paling penting la sebab cik adik ni gastrik teruk. Tak boleh makan pedas, tak boleh makan lambat. Masa bulan puasa hari tu dia la yang oagi-pagi ketuk bilik bawak bekal sahur dia. Cakap dengan che roommate "sya...kalau kita dua je sahur senyap je masing-masing. Lampu pun harapkan cahaya lampu meja je. Kalau boleh nak bersahur tu kunyah roti dalam selimut je. Sekali ira sahur sini huih...terang benderang bilik. haha..."
Kolej Rahim Kajai "None but the Best" *pink ke peach entah la is for teknologi sains maklumat* |
Gelanggang badminton ni la tempat kita lepak masa tengah gian nak main badminton. Tiap-tiap petang mesti masing-masing semangat dengan raketnya nak main badminton. Malam pun menjadi masing-masing kalau dah kata nak main tu tak kira siang malam. Masa tengah kecoh Piala Thomas dulu pun kita sibuk buka laptop kat sini. Sanggup hotspot data sebab line wifi tak betul. Kat sini jugak la kita lepak makan petang-petang. KFC kat sini, pizza kat sini. Pelanggan tetap pak din ni. Kalau dah malas sangat nak beli kat cafe semua main delivery je. Segala nombor delivery kita ada tapi bila kedainya tutup menjajau jugak la nak cari makan. Hari selasa or sabtu mesti ada yang bunyi nak pergi pasar malam. Kalau tak merempit dengan cik wahi or mekya, naik kereta dengan cik yan. Menu tetap pergi pasar malam...cik wahi dengan cendawan goreng dia, cik sarah dengan rangka ayam dia, che roommate tak sudah dengan nasi kerabu dia. Ira...? Murtabak tak habis-habis. haha...perginya berempat belinya untuk lapan. Sabor je la...mekya pulak ada timing tetap. Pukul 7 kena balik 'rumah'. Tengah lepak sembang-sembang tetiba mintak diri dah. Mekya jugak la yang selalu selamatkan ira pagi-pagi bila dah lambat nak pergi kelas. Time exam pulak dah tak naik bas pergi dewan sebab merempit dengan mekya.
Orang lain sikit punya cantik background photoshootnya tapi kitorang dalam flatlet pun jadi keje. haha...yang penting kenangannya bukan tempatnya. Itu yang sampai dalam flatlet pun nak bergambar. Pelik je orang lain tengok kitorang dah kenapa berjubah konvo dalam flatlet. Disebabkan semua nak masuk camera, sampai senget benget jadiknya nak kejarkan timing set up camera.
kan dah cakap pose wajib kajaians kalau bergambar. haha... |
and our last station is masjid. Rehat sekejap sambil tunggu cik yan keluar dewan konvo.
hai sweetie...cantik cik yan kite hari nie |
Cik yan ni rajin sangat. Rajin keje, siapkan keje dan semua la. Tapi masalah dia...kalau dah sibuk tu tak ingat nak makan. Kitorang la antara muka-muka yang nak bebelkan dia sebab tak makan. Boleh pulak makan maggi je, tak pun TamTam je..??? Ish3...ni dah keje lagi teruk masalah jadual makan dia. Cik yan...sibuk macam mana pun kesihatan kena jaga ok. Kitorang doakan semua urusan cik yan dipermudahkan. Jangan stress ok...kalau stress cari kitorang. Kitorang ada nak dengar luahan hati cik yan. Jangan simpan sengsorang k.
Again...dia che roommate ira yang paling awesome. Dia che roommate yang sangat ira sayang. Jumpa dia lepas hampir sebulan kat rumah masing-masing, ada je cerita yang nak diceritakan. Rindu 3 tahun kenangan kita kat kajai. Walaupun lain negeri, lain kos tapi kita serasi bersama. Bersembang bagai tiada noktah, bercerita bagai tiada penghujungnya. Dia juga selalu jadi teman shopping ira. eh...ira yang jadi teman shopping dia kot. Kalau shopping dengan dia, kita yang takde pape nak beli ni pun macam mustahil je balik dengan tangan kosong. Kalau dah keluar masing-masing tak reti nak balik lagi tak gelap. Kalau boleh bas terakhir ukm dari ktm tu la baru nampak batang hidung ni kalau tak bayang pun takde. Dia selalu ceriakan hari ira dari mula celik mata pagi sampai pejam mata malam. Walaupun secara literalnya tak...tapi dia yang selalu jadi semangat untuk ira study dan siapkan assignment. Yang paling ira bangga dengan dia...bila dia selalu baca al-Quran lepas maghrib. Ira sendiri kadang-kadang lupa bila sibuk ke sana sini tapi bila nampak dia capai al-Quran secara tak langsung ia mengingatkan ira. Thank you che roommate..!! Ira dengan che roommate ni ada ego masing-masing. Antaranya sedaya upaya taknak nangis depan masing-masing. Walaupun dia tau ira ni cengeng dan ira tau dia pun mudah nangis. haha...kelakar bila masing-masing nak sembunyikan tangis sendiri. Ira sakit...dia pun sakit. Ingat lagi sekali tu kitorang salah makan. Malam tu tak boleh tidur sakit perut, muntah, pening semua ada. Esoknya exam pulak tu. Cekal hati betul dua-dua orang nie. haha...cik adik ira selalu cakap "comel la korang ni kak sya..." kot mana comelnya tak tahu la.
I'm so glad to know all of you dear. Suka duka cerita kajai kita andai dibukukan hanya kita yang memahaminya. Tiada perbalahan, tiada masam muka kerana kita punya keinginan untuk sentiasa mencoretkan senyuman kasih sayang di wajah masing-masing. Jadinya...tersenyumlah di kala duka, tersenyumlah di kala sedih kerana senyuman itu walau sedetik mampu membahagiakan. Love all of you muchos...!!!
No comments:
Post a Comment