Thursday, 22 October 2015

Dear...

Orang cakap aku ego
Orang cakap aku pentingkan diri
Orang cakap aku tak tetap pendirian
Orang cakap aku sakiti kau
Tapi...
Sedar tak bahawa aku juga manusia biasa punya hati dan perasaan
Sedar tak bahawa aku juga pasti melakukan kesilapan
Sedar tak betapa sukarnya untuk aku buat keputusan
Sedar tak betapa aku juga tersakiti
Yea...aku ego
Aku bermain dengan api
Aku bermain tarik tali
Hari ini aku begini
Hari esok aku berubah
Kerana hati dan perasaan ini tak mampu ku pujuk
Aku cuba dan aku harap aku bisa
Kerana aku tidak pernah mahu kehilanganmu
Tapi tetap jua aku hilang
Kau...
Api itu musnahkan semuanya
Hancurkan aku tapi kau tetap utuh berdiri
Betapa aku berharap semua ini hanya mimpi
Betapa aku berharap untuk bangun dari mimpi ini dan semuanya seperti sediakala
Yea...ketawalah...tersenyumlah
Kerana aku tewas
Tewas kerana terlalu menyayangi sahabatku
Sehingga aku khuatir dengan mendampinginya akan menyakitinya
Namun dengan menjauhinya aku tersakiti
Sakit ini hanya Engkau yang mengetahuinya
Aku bukanlah sahabat yang baik buat dirinya
Aku terlalu banyak membebankan dia
Tapi tetap jua dia terima aku seadanya
Jiwa ini berat...pedih dan terluka
Ku canangkan hati ini terima seadanya
Ku canangkan aku kuat tempuhi semuanya
Sedangkan itu hanyalah kata-kata buat hati yang terluka
Sedangkan ia hanya kata-kata agar hati ini terus kuat
Apakah aku akan terus kuat...?
Sungguh aku tak punya jawapan itu

*betapa aku harap angan-angan yang pernah kau ungkap itu jadi kenyataan. Kerana senyuman dan kebahagiaan itu terakam dalam setiap candid camera yang kekal menjadi kenangan terindah buat diriku. Hari graduan kita...bukan lagi seperti yang kita angankan walaupun jauh di sudut hati aku masih mengharapkannya. Tersenyum dan tertawa di sebalik klik camera. Sungguh aku mengharapkan sesuatu yang sukar untuk berlaku bukan. Maaf...maaf dan maaf kerana aku bukan seperti sahabat yang kau inginkan.

*gambar ini...yang paling ira suka...yang sentiasa buat ira tersenyum...you know who you are


No comments:

Post a Comment