Alhamdulillah...Allah izinkan kami sekeluarga berpuasa sempena hari wukuf di Arafah. Ya Allah...berkatilah keluargaku ini. Limpahilah rahmat dan kasih sayangMu. Peliharalah keluargaku ini dalam lembayung redhaMu. Dalam keadaan kesihatan abah yang kurang mengizinkan namun Allah permudahkan ibadah puasanya. Peliharalah kesihatannya, sembuhkanlah dia seperti sedia kala. Ira senang hari nie, ira gembira dan ira tersenyum. Seawal kecoh dapur sahur kami hingga berbuka. Steam ikan siakap, tomyam campur, rendang ayam, ketupat, kari daging, nasi impit & kuah kacang. Meriah betul...! Kekalkanlah kebahagiaan keluargaku ini hingga ke jannahMu ya Allah.
Solat maghrib berjemaah dengan abah. Takbir raya yang bergema di segenap ruang istana kecil kami ini disambut dengan suara kecil permaisuri hati dan puteri-puterinya. Ada nada sayu dalam ketap bibir suaranya. Sungguh aku panjatkan kesyukuran padaMu ya Allah kerana telah berikan kekuatan pada abah untuk terus bertahan dalam dugaanMu. Aku ingin terus di sisi mereka. Teringat cerita mak waktu dia kecil, si anak bongsu ditanya sampai bila nak dok dengan mak ayah dan jawabnya..."sampai tua". Aku juga ya Allah...izinkan aku untuk terus berbakti pada mereka selagi hayat dikandung badan.
belum pun waktu subuh berlabuh
nada sayu kedengaran
dari sebatang tubuh kerdil yang berdosa
kedengaran suara dalam nada syahdu
menadah tangan merapatkan jari jemari
air mata tidak diundang
membasahi pipi tanpa henti
bibir bergetar menahan sebak di dada
menahan lontaran suara merayu dan mengharap
di sejadah lusuh aku milikMu
ya Allah...
terasa bagai menghitung hari
lepasilah aku dari ujianMu
andai langkah lalu menapak dengan dosa
itu bukan aku yang sengaja mencipta
sudilah diberi ampun dan maaf
sementara kita masih mampu berbicara
sementara langkah masih ada
sementara nyawa masih dikandung badan
dalam bicara kadang bertingkah
dalam gurauan kadang keterlaluan
dalam pendapat kadang bercanggah
Pagi Aidiladha kami di rumah...pagi raya kami dengan abah walaupun bukan Aidilfitri. Setelah sekian lama pagi raya kami tanpa abah. Kecoh pagi raya seolah-olah tika 1 syawal. Seawal 7 pagi semua dah kelam-kabut bersiap dan kemaskan barang-barang untuk balik kampung selepas solat sunat Aidiladha. Siapkan abah pada pagi raya dengan jubah dan lilitan serbannya, tolong mak kat dapur packing segala juadah, riuh-rendah adik-adik, semuanya...buat ira tersenyum. Tepat jam 8 kami sudah turut serta bertakbir di masjid khairiah, Masjid Al-Muhsinin, Kg Raja. Seusai solat, terus bergegas ke kampung mak dan abah sibuk uruskan hal-hal masjid. Tengah hari baru abah sampai ke kampung termasuklah adik-beradik, sepupu-sepapat sebelah mak. Riuh rendah rumah kampung separuh bata dan papan itu dengan suara cucu-cicit tokcik Leha berlari sana-sini. Sungguh tak menang tangan melayani tetamu yang berziarah. Baju raya..? Yes...dengan baju cantik tu la anak-anak dara Hj Shofe ni bersilat cekak musang dan segala yang sewaktu dengannya di dapur. Rebus ketupat, nasi impit, kari, rendang, sambal, goreng bihun, bertenggek di sinki tak berganjak sebab tak pernah kering dengan periuk belanga pinggan mangkuk cawan gelas. Lenguh kaki tangan berkerja di tambah baju cantik dah jadi baju comot. Itu tak buat korban tahun nie. Kalau ditambah dengan korban lagi tak menang tangan dibuatnya. Selepas asar baru semua anak menantu cucu cicit mak aji Leha bersurai. Sepatutnya cousin ira buat bbq kat rumah dia tapi sebab makteh (mak sedara belah abah) buat korban jadinya kitorang bergegas ke kampung abah pulak. Sampai semua dah tersedia dengan daging bakar, ulam sambal, tinggal cuci tangan dan ngap aje. Solat maghrib berjemaah penuh ruang rumah makteh. Kemudian kecoh dengan abah tolong paksu siapkan graf untuk thesis dia. huhhh...dah lama tak buat keje pakai microsoft excel. Jenuh jugak la nak belek balik benda alah tu. Lewat kitorang balik malam tu. Kakak dengan si kecik dah balik dengan mak. Ira dengan adik balik dengan abah. Sampai rumah abah lencong ke surau katanya nak tengok lembu sebab esoknya tumbang 5 ekor untuk masjid. Dah sampai abah suruh balik jalan kaki sebab ada urusan kat surau. huhu....suraunya depan rumah je lintas padang. Dalam adik yang tengah sibuk nak ambil gambar lembu sekali lembunya bangun. Terkejut punya pasal berterabur kitorang lari balik. Dah sampai depan rumah, tekan-tekan loceng, bagi salam masih jugak pagarnya belum dibuka. haha...terkurung kat luar kami tunggu mak buka kunci. Kecoh dengan adik tak sudah-sudah.
gambar pagi raya takde
gambar korban takde
gambar lepak kat luar pagar rumah ade
haha...
Raya kedua, tumbang 5 ekor untuk masjid. Raya ketiga, tumbang lagi 2 ekor untuk surau. Sibuk la semua pergi tolong gotong-royong memasak. Daging korban orang hantar rumah sampai penuh peti. 2 hari dapur tak berasap makan kenduri korban, hari nie terlebih rajin siap bakar daging. Kecoh dibuatnya, sekali angkat sekali masuk mulut. Last-last dari separuh periuk, tinggal satu mangkuk je. haha...
Petang tadi abah kerah semua tolong dia. Bersihkan reban ayam, sapu semua dedaunan yang berguguran~~angkut semua tanah baja ke pokok-pokok pisang. Ira pun dah lama tak buat keje berat angkut-mengangkut nie. Lepas maghrib mula la abah pun tak sihat balik sakit satu badan. Ira pun dah lenguh bahu semua. Kakak jadi mangsa tolong urut. Berkerut-kerut tahan sakit. huhu...almaklumlah puteranya takde, yang ada puteri-puteri sekalian je. Dari kecik kitorang dah terbiasa buat semua kerja walaupun secara zahirnya orang akan cakap tu kerja lelaki tapi kitorang jugak la yang buat. Abah selalu cakap, anak lelaki takdak jadinya anak perempuan kena belajar buat semua benda baik kerja perempuan mahupun kerja lelaki dan abah akan selalu tunjuk yang dia boleh buat kenapa anak-anak dia tak boleh. Jangan sesekali bagi alasan kekuatan tak sama. Walaupun abah sendiri tau tapi dia takkan terima alasan tu. Biar tergolek senget-senget nak buat kerja pun dia akan biar dan tengok sejauh mana puteri-puteri dia ni boleh buat. Bila pergi mana-mana, orang selalu cakap untung mak abah anak perempuan semua. Alhamdulillah...semoga kami semua sentiasa jadi permata hati mak abah, penawar duka mak abah. Dua perkara yang ira suka dengar orang cakap. Salah satunya bila orang cakap seronok tengok mak dengan puteri-puteri dia nih. Semua kaki mengekor makanya semua kawan mak abah kenal kitorang. Dan yang keduanya bila orang cakap ira dengan kakak macam kembar. Ok...I really like it..!! Sebab ira suka sangat dengan kembar. haha...
Makanya...berakhirlah cuti raya kami sekeluarga. Esok abah dah start keje, kakak dan adik dah start kuliah, si kecik pun dah start sekolah balik dan ira dengan mak kembali sibuk ulang-alik ke sana sini.
Ya Allah...aku tahu kesihatan abah belum pulih sepenuhnya namun berikanlah dia kekuatan. Aku tahu mak jugak tidak begitu sihat seringkali bergegas ke sana sini uruskan perihal suami dan anak-anaknya namun berikanlah jua dia kekuatan. Aku tahu adik masih diuji dengan dugaan yang aku sendiri tak mampu nak tempuhinya namun berikanlah jua dia kekuatan. Aku tahu kakak juga diuji dengan sesuatu yang tidak diduga olehnya namun berikanlah dia kekuatan. Dan aku...Kau uji dengan sesuatu yang tidak dilihat pada zahirnya namun berikanlah juga aku kekuatan kerana aku tidak boleh sesekali nampak lemah di hadapan mereka, aku tidak boleh sesekali kelihatan kusut di hadapan mereka. Apa jua yang sedang aku lalui sekarang ini biarlah ia menjadi rahsiaku denganMu ya Allah. Apa jua yang sedang aku hadapi sekarang ini, biar seberat mana sekalipun hati ini, ringankanlah wajahku dengan senyuman dan gurau senda agar aku bisa membahagiakan mereka. Ya Allah...dugaan yang Kau timpakan ke atas kami ini tidak seberapa dibandingkan dengan mereka yang lebih berat ujiannya namun bantulah kami untuk terus kuat menempuhinya. Tiada daya kekuatan kami tanpa pertolonganMu. Engkau uji pada sesuatu yang mampu kami tempuhi namun kami takkan pernah mampu tanpa keizinanMu. Hanya padaMu kami berserah. Permudahkanlah segalanya. Amin ya Rabb....
No comments:
Post a Comment