di situ tersimpan segalanya
perasaan...suka atau duka, kasih atau sayang, cinta atau benci
hati...anugerah Illahi dan Dia jua yang membolak-balikkannya
jangan pernah terpedaya oleh bisikan hati
kerana ada ketika didorong nafsu yang merajai
sentiasalah bergantung harap padaNya
kerana Dia yang memegang setiap hati manusia
ku kira...aku juga pernah tewas
fitrah manusia yang tak siapa mampu nafikannya
tapi...jangan pernah tunduk pada ketewasan
kerana di sebalik jatuhnya seseorang
tersimpan secebis kekuatan untuk terus bangun
tersimpan secebis kekuatan untuk terus menghindar
rahsia Allah...tak siapa tahu
mungkin kita fikir apa yang ada di depan mata itulah yang terbaik
tapi kita lupa...yang tersirat itu lebih hebat
ada ketika kita rasa lemah dengan hati yang meronta
sungguh itu ujian Allah yang Maha Kuasa
kembalilah padaNya...setiap dugaan itu mendekatkan kita pada Rabb
hati...mainan perasaan yang sentiasa mengelirukan manusia
jangan pernah mengalah..! jangan pernah tunduk..!
kerana aku tahu kau bukan sebarang insan
kerana itu Allah memilih dirimu untuk diuji
kerana Allah menguji pada hambaNya yang mampu
**********************************************
Duhai hati...kau tak jatuh. Kau tak pernah jatuh, Kerana apa? Kerana kau tahu diri. Kau tak hanyut...kau sentiasa sedar. Kerana itu kau terus berjuang. Maka berjuanglah sehingga ke akhirnya. Jangan pernah biarkan hati menguasai walau ada kalanya kau rasa tewas...walau ada kalanya kau rasa kau jatuh...walau ada kalanya kau rasa tak mampu. Hati dan perasaan tak semudah itu untuk kau kawal tapi selagi mana kau berpegang untuk tidak pernah jatuh selagi itu kau mampu. Jangan pernah persoalkan kenapa begini dan begitu...jangan pernah persoalkan kenapa kau sering terperangkap dalam permainan sebegini. Pada rasional fikiranku...selagi mana kau berpegang pada prinsip itu maka selagi itu kau akan terus berdepan dengan semua ini. Maka kau ingin berundur? Kau ingin lepaskannya? Tidak bukan...? Dan jangan pernah sesekali kau buang prinsip itu walau beribu kali kau diuji sebegini. Kerana itu mengangkat martabatmu. Kupujuk hati...moga kau terima pujukanku ini kerana aku sangat sayang padamu. Tangis itu lumrah...sakit itu biasa. Tapi yang luar biasa ialah...kau masih mampu tersenyum. Maka teruslah tersenyum walau dalam duka atau tangis.
~ikhlas dari hati~
No comments:
Post a Comment