Sebelum menjejakkan kaki ke bumi ukm...antara yang menjadi kerisauan ira adalah "sape roommate ira eh? fakulti mana? orang mana? ok ke tak...? boleh ngam ke tak eh...?" Macam-macam benda bermain dalam fikiran nie. Bukan ape...ira ni susah nak masuk dengan orang especially kalau orang yang jenis pendiam. Itu yang paling ira risau sekali. Sebab ira nie takde la pendiam sangat. Macam murai tercabut ekor pun hado kalau sekali boleh berceloteh tu. hehe....
So...tibalah hari pendaftaran masuk ukm dan ofkos la daftar kolej dulu. Berdebar-debar jugak masa nak tengok list nama tu. hehe...macam over je. Bila dah tengok nama sekali la dapat tau maklumat roommate. huhhhh....excited giler ah!! Sebab ape? Sebab my roommate nama Syahirah jugak. Then...Fakulti Pengajian Islam jugak. Terus cakap dengan abah dan family.."hampa...roommate kakcik nama Syahirah jugak! Fakulti pun sama!" Hilang nervous awal-awal tadi. Lepas family dah balik...maka bermulalah kehidupan ira sekali lagi berjauhan dengan family dan kali nie agak jauh jugak la.
syahirah & syahirah...baru nak kenal masing-masing *Minggu Mesra Pelajar* |
Hari berganti bulan, bulan berganti tahun...hampir tiga tahun dah rupanya kita bersama. You're such a great roommate I ever had. Nak diceritakan setiap kenangan kita...tak cukup ruang agaknya. Banyak sangat!! Makan sama-sama...keluar sama-sama...shopping sama-sama...main sama-sama...stay up sama-sama...banyak lagi la sama-sama. huhu....touching pulak tetibe nak sambung menaip ni. *tarik nafas dalam-dalam*
Dia...roommate yang selalu ada ketika ira gembira, sedih, sakit, serabut...semua ketika dia selalu ada dengan ira. Ingat lagi masa first sem dulu ira pernah demam panas teruk sangat sampai tak boleh bangun. Hari-hari selama ira sakit dia belikan ira bubur. Temankan pegi Pusat Kesihatan bila ira dah makin teruk. Bila ira rasa tak sedap badan, dia lah orang pertama yang tahu. Our conversation will start seawal celik mata sampai pejam mata balik. Ade je cerita yang nak diceritakan. Jadual masing-masing sampai boleh hafal dah. Kelas pagi pukul berapa, balik petang pukul berapa. Kadang-kadang ira selalu tinggal dia sebab ira nie kaki jalan jugak...ke sana ke sini program itu program ini. Tapi...che roommate pun sama selalu jugak tinggalkan ira balik kampung. Setiap kali che roommate balik kampung mesti ada bekal dia bawak balik dari rumah.
Dia...roommate yang selalu dengar keluh kesah ira. Selalu ada untuk dengar semua masalah ira. Walaupun ada ketikanya ira taknak cerita dengan dia but I always end up told her everything. Bila masuk musim exam...sama-sama stay up untuk study. Walaupun subjek masing-masing tak sama tapi dia pendorong untuk ira merajinkan diri. Tengok che roommate gigih study, gigih siapkan esaimen, secara automatic ira pun cuba rajinkan diri jugak. Tapi bila che roommate tidur awal hmm...terkebil-kebil jugak la ira nak stay up buat keje. Almaklumlah burung hantu....tak reti nak tidur awal. Bertemankan lampu meja pun boleh stay up sampai pagi. Tapi...bila che roommate takde ira rasa sunyi sangat. Tetiba macam krik krik je bilik nie. Bila che roommate takde makanya tak tutup lampu la ira sampai pagi. Playlist pun main sampai pagi. Dah biasa berteman...macam tak boleh pulak nak tidur sorang.

masa nie kite tengah gian main badminton...
bajet je masing-masing konon nak tunjuk skill
bab shopping serahkan pada dia...
ira pun boleh gila shopping bila keluar dengan dia
jelajah korean kite..!! Entah nape gian nak cari makanan korea masa ni
ini ceritanya bila seminggu kite gigih susun baju warna purple semata-mata nak support PRK |
dan ini jugak cerita kite bila tetiba keluar jalan-jalan sebabnya nak ubat kekecewaan di hati bila tak dapat pegi PWTC |
Che roommate ira nie paling kecoh dia bila its dinner time....!! Dua tahun ber'dinner' kolej dengan che roommate excited betul. Malamnya dinner...siangnya dah kecoh. Petangnya dah sibuk nak iron baju la...nak try tudung la...macam-macam. Setiap tahun akan kecoh dengan dia. Itu pasti..!! Tapi our final year dia takde masa dinner kolej. Itu pun...masih lagi kecoh dari jauh. haha....
our first dinner kolej...MARAK'13_ColourBlocking
our second dinner kolej...MARAK'14_Red&White
my last dinner kolej without her...MARAK'15_AmazonNight |
our last dinner together...MAG'15_SmartCasual |
Having such a great moment with her...I will never forget it. Dia...roommate yang paling ira sayang. Ramai yang jealous sebenarnya melihat keserasian kitorang. Ira beruntung memiliki roommate sepertinya...yang sangat serasi bersama. Sungguh ira tak pernah terfikir kita akan seakrab ini. Tak pernah terlintas begitu banyak masa yang kita luangkan bersama. Ira sangat-sangat menghargai setiap detik kita bersama. Ira sangat senang bila bersama dengannya. Dia selalu tolong ira bila ira sibuk dengan persatuan dan program lain. Dia selalu tolong 'iron'kan baju ira bila ira kesuntukan masa untuk bergegas ke program persatuan. Seriously ira tak jumpa roommate macam che roommate ira nih. Sebab tu ira sayang dia sangat-sangat. Nanti ira mesti rindu every moment kitorang especially our lepaking menghabiskan masa di bilik kesayangan kita ni.
Syahirah & Syahirah
Nama kami sama tapi...ayah kami beza
Umur kami sama tapi...tinggi kami beza
Bilik kami sama tapi...negeri kami beza
Fakulti kami sama tapi...jabatan kami beza
*pinjam ayat che roommate
Dari utara ke selatan
ukhuwah terbina tanpa perancangan
moga tautan ini berkekalan
dalam rahmat dan kasih Tuhan
Setiap pertemuan itu ada perpisahan
moga ianya hanya pada jarak yang terbina
namun hati kita saling bertautan
dalam kasih dan cinta yang kita bina
Nukilan khusus buat che roommate sayang...
dari che roommate awak yang sangat sweet nie (^_^)
No comments:
Post a Comment