Wednesday, 6 May 2015

Sakit...aku sakit

Sakit...aku sakit...kala ku mengalah...salah...aku salah...sudah...ku mengalah

Satu topik menjadi perbualan dengan seseorang pada malam ini. Cemburu...

Cemburu...? Itu fitrah. Tapi aku tak nafikan cemburu itu suatu fitrah yang menyakitkan. Sungguh kesakitan itu hanya kau yang rasa. Takkan ada yang mampu memahami. Sedangkan kau sendiri adakalanya hilang punca kenapa timbulnya rasa itu. 

Cuba selami ke dasar hati...
cuba tanyakan pada diri. 
Apa sebenarnya yang ada jauh di sudut hati itu? 

Hati kau....hanya Allah yang mengetahui. Bahkan kau sendiri tak mampu selami ke sudut hati yang paling dalam. Andai kau rasa sakit itu...kembalilah pada Allah. Mohonlah padaNya agar dihilangkan rasa itu. Aku tak ingin lihat kau sakit. 

Tolonglah...aku mohon kau kuat. 
Tolonglah...aku mohon kau tabah.
Tolonglah...aku mohon kau jangan jatuh.
Tolonglah...aku mohon kau kembali.
Tolonglah...kembali menjadi insan yang kukenal
Biar perit yang kau rasakan...aku tahu kau mampu harunginya.

Aku tahu tak mudah untuk kau pelihara hati dari jatuh. Apatah lagi kau perlu menjaga hati yang lain. Sungguh mereka tak memahami betapa kau terseksa dalam menjaga hati mereka. 

Kau dituduh egois hanya kerana ingin memelihara hati sendiri dari dilukai. 
Kau dituduh pentingkan diri hanya kerana kau tak ingin disakiti.
Kau dituduh negatif hanya kerana meletakkan kesalahan pada orang lain semata-mata untuk pujuk hati sendiri
Sedangkan mereka tidak tahu apa yang kau lalui
Sedangkan mereka tidak tahu apa yang cuba kau redahi
Sedangkan mereka tidak tahu apa yang sedang kau perangi

Aku tahu tak mudah untuk kau pujuk hati yang terluka. Aku tahu bukan ini yang kau inginkan. Percayalah...akan ada penyelesaiannya. Sebagaimana kau pernah tabah...aku yakin kau mampu kuat. 
Sungguh kau bermain dengan api. Namun apa guna aku marah andai itu bukanlah sebenarnya yang kau inginkan. Aku tahu kau terlalu menghargainya. Percayalah...rasa sakit itu akan hilang seiring waktu yang berjalan. Biar kau yang rasa sakit itu...asalkan mereka bahagia. Walau ketika ini kau menangis melihat mereka tersenyum. 

Satu persoalan...mana satu yang lebih sukar?
Try to get off from it or try to not get involve with it...? Suatu persoalan yang kembali bermain dalam hati dan fikiran ini. Pernah aku katakan...mereka yang jatuh dan mampu bangkit itu lebih kuat dari mereka yang bertahan untuk tidak jatuh. Namun sekarang aku sendiri tak pasti dengan kenyataan itu. Benarkah hati kau tak pernah jatuh? Mampukah kau pertahankannya untuk tidak jatuh?

No comments:

Post a Comment