Sunday, 3 August 2014

~Riang Ria Raya~

Akhirnya Syawal menjelang tiba setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, melatih diri dengan dugaan yang mendatang. Riang ria meriahnya raya dirasai. Bak kata abah...raya orang Melayu tak boleh lawan. Barang semua nak tukar baru, kuihnya berbalang-balang, rumah kalau boleh berwarna-warni dihiasnya...macam-macam persiapan menjelang raya. Kata abah puasa sebulan tu yang buatkan semua teruja menyambut ketibaan Syawal. Alhamdulillah...masih diberi peluang untuk melalui semua ni. Meriahnya aidilfitri ira tahun ni bila semua adik-beradik balik beraya sini except keluarga maklang. Raya macam ni baru berpeluang nak kumpul ramai-ramai walaupun sekejap je tapi bermakna.

as usual pagi raya without abah. *ganti pakngah sat mencelah pun ok la*
petangnya baru beraya dengan abah. nampak je kereta abah masuk macam dah lama x jumpa semua kelam kabut keluar
Walaupun adik-beradik mak 3 orang je tapi cucu tokcik Leha ni ramai. Penuh rumah bila semua berkumpul lepas solat raya. Raya pertama yang sibuk dengan tetamu tak sudah-sudah datang berziarah. Tuan rumah especially anak dara yang ramai ni la yang terkejar-kejar kat dapur. Mak-mak sekalian sibuk dengan anak masing-masing. 
bila cucu maktok ber'selfie' maktok pun kena tempias sama. hehe...
(gambar 1st tu semua dah jadi mak2 ayah2 tp mcm bkn pun hado)
cucu perempuan hjh Zaleha (^_^)V
dari malam raya sibuk kemaskan rumah maktok ni
sorang lg cicit hilang. ummi dia ckp spring dia x pernah patah lompat berlari x henti2
Ikatan persaudaraan itu tidak akan pernah putus walau hampir setahun tidak bertemu, hanya sebentar cuma bertanya khabar, ziarah-menziarahi sudah memadai. Selagi mana silaturahim itu kita jaga in shaa Allah semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya. Ya Allah...berkatilah keluarga ini, peliharalah ikatan ini, izinkan kami berkasih sayang keranaMu.

Selepas sehari suntuk di rumah maktok, balik rumah arwah tokwan pulak tapi sampai je takde orang. Rupanya semua dah pegi beraya kat kebun pakcik. Kitorang pun beraya kat kebun jugak la jawabnya. 

ni gambar raya paling mahal sekali.
*special punya kambing ada rambut. tak tau la baka mana kambing ni
Raya kedua mula berkonvoi dengan adik-beradik sebelah abah dari rumah ke rumah dari pagi sampai malam. Memang sakan la raya ira tahun ni. 

half of hjh tom's family stop by rumah paklong
Abah pun ambil peluang ni untuk buat kenduri kumpul sesama adik-beradik. Makanya 4 ekor ayam kitorang disembelih buat masak gulai ayam kampung pun sodap. Bab masak-memasak ni dari lepas subuh dah mula sedia bahan, set up tempat, macam-macam la. Paling best pengalaman nak tangkap ayam untuk disembelih. Yang ni ira surrender...adik dengan abah je yang kejar ayam tu. Tapi adik pun tak banyak membantu sebab asal ayam lari ke arah dia alih-alih dia pun lari sama. Geleng kepala je la kitorang nih. 

betul la ayam2 ni kena bergambar kenangan sebelum raya. lps raya semua dah jadi lauk. hehe..
sesi masak-memasak bawah pokok
*berkelah sakan
 lepas jumaat pakat kumpul and makan..! dan jumaat kali ni abah suka sangat sebab ramai anak lelaki dia ikut pegi masjid sekali

Belum cukup siang hari dengan ayam kampung, ikan bakar, malamnya jamuan dinner kat rumah paksu pulak. Keje kitorang makan je satu hari nie. Alhamdulillah...kita merancang dan Allah telah tentukan yang terbaik untuk semua. Paling gembira...bahagia bila dapat berkumpul bertukar-tukar cerita. Sepupu-sepapat yang tak berapa nak rapat pun boleh duduk bersembang sekali. That is the best moment. May Allah bless everything. Hope this happy moment last forever. Maafkan salah dan silap, hilangkan gelisah dan gundah di hati, sucikan ketidak puasan sesama sendiri, in shaa Allah hidup kita diberkati dalam lembayung kasih dan cintaNya. 

***SALAM AIDILFITRI~~~MAAF ZAHIR BATIN***

No comments:

Post a Comment