Wednesday, 21 May 2014

Malam Darul Aman '14

Malam Darul Aman '14 (MDA'14) --> dinner kedah

Last program untuk sesi 2013/2014. Hampir setahun ira sibukkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah (PKMK). Kadang-kadang ira rasa macam ira dah terlalu penat untuk teruskan dengan apa yang ira lakukan sekarang tapi untuk undurkan diri ira rasa tak mampu. Ira dah jatuh hati dengan semua yang ira lakukan. Walaupun tak sehebat mana...tak segah nama-nama persatuan lain namun di sini ira belajar banyak perkara. Paling penting di sini terbinanya sebuah ukhuwah yang mana ira tak dapat kat tempat lain. 

MDA'13 merupakan program pertama ira dalam PKMK sebagai programmer. Dari situ ira belajar selok-belok menguruskan sesebuah program. Nampak simple tapi untuk memastikan semuanya berjalan lancar tak semudah yang disangka. Kali nie ira uruskan bahagian pendaftaran dan cenderamata untuk MDA'14. Betullah setiap yang kita lalui ada susah senangnya ada pahit manisnya. Untuk kali nie...gara-gara menyiapkan VIP gift ira sampai 3 malam tak tidur. huhu...salah sendiri sebenarnya. Sape suruh tangguh keje jadi last minute. 

Hampir 3 hari 3 malam ira tak tidur dan tak dapat rehat yang secukupnya. First night ira sibuk siapkan assignement Sejarah Tamadun Islam (STI) yang perlu dihantar keesokan harinya. Second and third day and night..all out siapkan VIP gift ni. 

gigih betul ira siapkan semua ni sampai tak cukup rest. tapi tak cukup rest bukan sebab ni je. termasuklah sambil siapkan assignment dan fikirkan pasal test.

Hari Sabtu dari pagi kitorang dah start perkampungan MDA untuk siapkan keje yang belum siap dan selesaikan segala masalah yang belum selesai. Walaupun sibuk dan kelam kabut siapkan segala urusan MDA sepanjang hari ni, sempat jugak ira selitkan masa lepak dengan kakak-kakak kat putrajaya for red bull air race event. Alhamdulillah kitorang diberi kesempatan ni dari salah seorang member 1 charity yang bekerja dengan red bull. Dia dapat banyak tiket free so dia kasi kat kitorang. Sepetang kitorang lepak kat putrajaya then berkelah di Taman Botani. Kak Nor-Tie semangat betulkan packing makanan untuk kitorang. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi larikan ira sekejap dari keje yang bertimbun. 

 always be my luvly kakak-kakak

 first experience...nice memory

And...the day has come..! Last preparation MDA'14. fuhhh....penantnya jangan cakap la. Sangat...sangat penat tambah ira dah masuk hari keempat berjaga bersengkang mata. Esoknya lepas MDA ni ira ada test maharat dan workplace. Mana dengan outline belum siap...rasa macam nak pengsan nak pitam pun ada. Dah lama ira tak buat keje giler macam nie. Seriously no more stay up berhari-hari tanpa rehat with coffee bertan-tan. Caffeine dah terover dos dalam badan nie gara-gara nak bertahan untuk berjaga. For the whole day kitorang bertungkus-lumus siapkan segala keje termasuklah setup tempat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kekurangan yang terselit tu alhamdulillah dapat di'cover' dengan profesionalnya. 

 photo booth

setup tempat
 persembahan nasyid dan qasidah

At the end...alhamdulillah semua berakhir dengan sempurna. Tragedy motor farhana je yang menjadi permasalahan at the end of this lovely night. Boleh pulak lock tayar motor dia patah dalam. Nasib la geng-geng laki tak balik lagi. Makanya berkelah kami semua kat situ menanti motor farhana diselamatkan sehingga hampir pukul 2 pagi.  Kenangan yang tak mungkin dilupakan for this MDA'14. 

 muka masing-masing yang penat dan ceria dalam keterpaksaan. hehe...

No comments:

Post a Comment