Konversi dari aspek estimologi berasal dari perkataan "conversion" yang bermaksud, taubat, pindah atau berubah. Konversi dari istilah Bahasa Inggeris pula bermaksud berubah dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain. Konversi agama pula didefinisikan sebagai bertaubat, berubah agama, berbalik pendirian terhadap ajaran agama atau masuk ke dalam agama.
Konversi agama menurut beberapa tokoh antaranya Zakiah Darajat ialah terjadinya suatu perubahan keyakinan yang berlawanan dengan keyakinan semula. menurut Max Heinrich pula, konversi agama ialah suatu tindakan di mana seseorang berpindah ke suatu sistem kepercayaan yang bertentangan dengan kepercayaan sebelumnya. Manakala Walter H. Clark mengatakan bahawa konversi agama ialah perubahan emosi ke arah mendapat hidayah Tuhan secara drastik atau beransur-ansur.
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa konversi agama merupakan penerimaan, penganutan, pemilihan dan perubahan kepada agama atau kepercayaan yang berbeza dengan anutan sebelumnya. Ianya juga boleh didefinisikan sebagai perubahan atau peralihan daripada suatu keadaan, situasi atau penghayatan agama yang mendatar sahaja kepada yang lebih mendalam dan serius.
Konversi agama terbahagi kepada beberapa proses. Antaranya ialah konversi drastik akibat krisis. Konversi drastik ini ialah perubahan secara mendadak disebabkan berlakunya sesuatu kejadian yang mendorong kepada perubahan. Sebagai contoh, diuji dengan sesuatu musibah seperti kemalangan yang memberi kesedaran untuk seseorang itu kembali kepada agama atau kembali mendalami ilmu agama.
Selain itu, konversi berprogram iaitu usaha yang dilakukan oleh sesebuah institusi atau program yang sistematik bagi membawa konversi dalam diri individu. Sebagai contoh, program-program keagamaan seperti perbandingan agama yang diketengahkan oleh Dr. Zakir Naik. Beliau telah berjaya membawa konversi dalam diri individu untuk kembali kepada sebaik-sebaik agama yang diterima Allah iaitu Islam.
Lantaran itu, kajian terhadap aspek yang mendorong kepada konversi agama ini perlu dilakukan bahkan perlu diselami agar menjadi panduan dalam memelihara agama.
Antara sebab yang mendorong kepada berlakunya konversi agama menurut ahli agama ialah petunjuk dari Tuhan. Hidayah Allah sentiasa ada untuk umatnya kembali ke jalan yang diredhai. Oleh itu, manusia perlu merebut hidayah yang telah dikurniakan untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Menurut ahli sosiologi, konversi boleh berlaku melalui kesan pengaruh sosial atau persekitaran. Antara pengaruh sosial yang berlaku ialah pengaruh hubungan melalui interaksi dengan orang-orang beragama, serta kawan-kawan yang soleh. Selain itu, pengaruh kebiasaan turut mendorong konversi ke arah yang lebih baik seperti kebiasaan yang diamalkan untuk sentiasa ke masjid dan majlis-majlis agama. Di samping itu, pengaruh edu sistem turut membawa kepada konversi. Sebagai contoh, sistem pembelajaran Malaysia yang mewajibkan orang bukan Islam mempelajari agama Isla. Hal ini, secara tidak langsung memberi gambaran tentang keindahan Islam sekaligus mendorong mereka kepada konversi. Pengaruh akhlak pemimpin juga memberi gambaran yang sangat baik kepada masyarakat. Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah Rasulullah s.a.w. Akhlak mulia Baginda menjadi pendorong kepada manusia untuk mendalami agama Islam khususnya.
Di samping itu, ahli psikologi mengetengahkan aspek psikologi sebagai punca kepada berlakunya konversi. Faktor psikologi sama ada secara luaran atau dalamn mampu mempengaruhi seseorang dalam melakukan konversi. Gelodak jiwa yang dialami akan mencari kepada penyelesaian yang membawa kepada ketenangan. Melalui pencarian itulah yang akan memebawa seseorang kepada penemuan ketenangan dengan berubah kepada agama yang lebih baik. Selain itu, konflik keluarga sebagai contoh mampu membawa seseorang keluar dari gamanya akibat tekanan jiwa dan perasaan.
Begitu juga dengan faktor kemiskinan. Mereka yang hidup dalam ruang lingkup kemiskina, kedhaifan dan kesusahan secara psikologinya akan mencari jalan keluar bagi memperoleh kesenangan. Hal ini dapat dilihat dalam gerakan dakyah Kristian yang lebih senang mendekati orang-orang miskin seterusnya menghulurkan bantuan demi bantuan. Hal ini akan mempengaruhi mereka melakukan konversi kepada agama Kristian agar dapat keluar dari kelompok kemiskinan tersebut.
William James menyimpulkan bahawa konversi berlaku kerana terdapat suatu tenaga rohani yang menguasai pusat kebiasaan seseorang sehingga memunculkan persepsi baru dalam membentuk idea yang mantap. Konsep ini mendorong kepada konversi tidak melalui peringkat-peringakat tertentu tetapi secara drastik tanpa sebarang konflik.
Menurut Zakiah Darajat pula, konversi merupakan salah satu penyelesaian kepada konflik jiwa dan kecelaruan perasaan. Dengan konversi, ketenangan jiwa dapat diraih sekaligu melenyapkan masalah yang melanda. Selain itu, hubungan dan tradisi agama turut mempengaruhi konversi. Oleh itu, didikan dan asuhan agama perlu diterapkan sedari kecil kerana kebiasaan dan pengalaman sejak kecil itu akan menjadi salah satu panduan dalam beragama agar tidak tersasar. Antara lain, terdapat individu yang melakukan konversi akibat hubungan berterusan dengan orang bukan Islam. Sebagai contoh, keputusan berkonversi dari agama Islam semata-mata untuk berkahwin dengan orang bukan Islam. Pengaruh ajakan daripada ajaran sepertimana yang dilakukan oleh missionary kristian secara tidak langsung telah banyak menyebabkan berlakunya konversi agama. Mereka yang mengalami masalah tekanan jiwa terutamanya semakin mudah dipengaruhi serta ditawarkan dengan kesenangan agar melakukan konversi beraling daripada agama asal.
Manakala George A.Coe dan W.H. Clark mengatakan bahawa konversi berlaku disebabkan oleh pengaruh emosi. Hujah ini disokong oleh Stanley Hall dalam kajiannya yang menyimpulkan bahawa remaja merupakan golongan yang paling mudah melakukan konversi disebabkan emosi yang tidak stabil dan mudah dipengaruhi.
Berdasarkan punca-punca yang disenaraikan dapat disimpulkan bahawa pengaruh dalaman terutamanya banyak mendorong kepada berlakunya konversi. Konversi ke arah taubat kembali kepada agama adalah sesuatu yang diharapkan namun gerakan-gerakan yang dijalankan seperti missionary kristian akan terus berusaha untuk membawa mereka yang mengalami masalah sama ada dalaman atau luaran untuk berpaling daripada agama asal. Oleh itu, ilmu agama terutamanya perlu sentiasa dipelajari dan dijadikan pedoman hidup agar tidak terpesong dari landasan yang sebenarnya. Di samping itu, para pendakwah perlu lebih bergiat aktif dalam membentuk individu muslim bahkan perlu turut mendekati golongan remaja termasuk mereka yang mengalami masalah tekanan jiwa agar tidak jauh dari agama sebaliknya semakin bergantung harap pada Yang Maha Kuasa.
___________________________________________________________
semalaman...I'm trying to remember this. not remember this essay la but the point so I'm trying to do this essay. Hope I'll remember the fact. overall... conversion is a change from a situation to another. its about religion. the causes that lead to this conversion of religion. Why people convert to another religion. and mostly....its about inner thing. Your emotion, your surrounding, your knowledge. so...the conclusion is...your knowledge bout religion especially Islam is the most important thing to know. If u deeply knowing Islam...in shaa Allah there's no one can influence u to convert from Islam. Pray for Allah guide and u'll be safe.
~the end~
one more question bout personality and behaviourisme....waiting for my bestie to explain it. I'm totally lost but...I don't have enough sleep. errr....not sleep yet. I don't know how long I can stay.
bismillahi tawakkal tu 'alallah....rabbi yassir wala tu'assir....may Allah ease everything. amin....
No comments:
Post a Comment