Wednesday, 6 November 2013

DIY (Do It Yourself)

Dalam dok sibuk-sibuk siapkan assignment boleh pulak member ira sorang nie attachkan DIY. Ingatkan amende la DIY nie upanya --> Do It Yourself. Ape yang DIY nya...Gubahan Hantaran!!

Bertuah betul la makcik sorang nih. Berseni kreatifnya la ira nak buat gubahan bagai. Hantaran pulak tuh...sah demam panas dia nih. hehe...

But actually...bila dia share satu blog nih yang menceritakan step by step how to gubah that hantaran. Whoaaa....seriously nak suruh ira gubah berdulang-dulang pun boleh. hehe...kan dah jadik cakap tak serupa bikin. Tu la...belum belajar dah reject. Syahirah...lain kali amek tahu habis-habisan dulu k. 

Haa...meh sini ira pulak nak ajar gubah hantaran tu.

First of all...listkan dulu barang-barang gubahan hantaran :
1.  GABUS - ikut suka hati nak size apa. Ada yang empat segi, bulat, tinggi, pendek, kecik, besar, tebal, nipis dll. beli ikut bilangan dulang hantaran.
2.  PEMBALUT GABUS - guna kertas balut / kain satin yang dah sedia terjual di kedai-kedai pengantin. beli ikut bilangan gabus.
3.  RIBEN - untuk hiasan keliling gabus. sebelum beli, ukur dulu riben tu dekat keliling gabus supaya boleh bajet berapa meter kena beli.
4.  BUNGA - pakai bunga kertas je senang nak prepare awal. kalau bunga hidup tak tahan. kena buat last minute. hehe.. lepas tu pilih bunga dengan warna-warna pilihan / ikut tema. lepas tu beli juga bunga kecil-kecil untuk diselit-selitkan biar nampak lagi cantik.
5. GAM PENEMBAK - untuk lekatkan barang-barang untuk menghias.
6. ACCESSORIES LAIN-LAIN 

Then...cara-cara nak buat gubahan nie :
1. mula-mula balutkan GABUS tu dengan PEMBALUT.
2. RIBEN tu lekatkan dekat keliling gabus tu.
3. potong tangkai BUNGA yang panjang untuk senang nak lekatkan bunga tu atas gabus yang dah siap dibalut tu. takde lah serabut nanti kan. bunga pula harus lah di selang selikan warnanya supaya nampak cantik.

bunga tu kena pandai nak letakkan kat mana.
boleh letak sekeliling gabus or just dekat penjuru like this
 contoh2 hantaran yg telah siap digubah

By the way sebelum letak barang-barang hantaran tu, letakkan dulu kertas warna yang dipotong berjurai-jurai ala-ala sarang burung tu. Function dia adalah untuk menutup tangkai-tangkai bunga yang dilekatkan atas gabus tu. Barang-barang hantaran tu pula diikat dengan riben so tak nampak kosong sangat. 

Finally, its done!! ^__^

No comments:

Post a Comment