Friday, 27 September 2013

Niat...usaha...tawakal...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul pada penghulu sekalian hari ini. Sedikit perkongsian bersama siswi Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah (PKMK) bertempat di 'pejabat' PKMK. Walaupun tak ramai yang dapat menghadirkan diri namun In shaa Allah semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaati bersama. 

Niat, Usaha & Tawakal

Kuasa niat...! Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niat. Niat itu adalah sumber kekuatan. Ingin ira ketengahkan sedikit gambaran tentang kuasa niat. Setiap perbuatan yang dimulakan dengan niat itu adalah ibadah. Sebagai contoh ibadah puasa yang dimulai dengan niat. Bagaimana kita mampu menahan lapar dan dahaga sepanjang hari hanya dengan niat puasa..? Sedangkan tanpa niat puasa sudah tentu kita tidak akan mampu menahan lapar seharian. Terbukti bukan kepentingan niat dalam kehidupan..? Oleh itu...mulakanlah harimu dengan niat tulus dan ikhlas untuk meraih redha Allah dalam setiap perbuatan. Semoga niat yang ikhlas lahir dari hati ini membina kekuatan dalam diri.


Usaha tangga kejayaan...! Setiap usaha yang kita lakukan In shaa Allah diganjarkan pahala oleh Allah. Usaha itu tanda kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Usaha itu adalah perjalanan untuk mencapai sesuatu dan pastinya perjalanan itu tiada yang mudah. Penuh onak dan duri perlu ditempuh untuk mencapai apa yang kita inginkan. Perumpamaan yang dikisahkan oleh seorang sahabat mengenai perjalanan mencapai kejayaan sepertimana mendaki sebuah gunung. Pastinya terlalu banyak kesukaran yang ditempuh sehingga ada yang berputus asa di pertengahan jalan malah ada juga yang sanggup berundur sedangkan puncaknya sudah kelihatan. Bagi mereka yang terus berjuang hingga ke puncak akhirnya dia pasti akan mendapat kepuasan atas penat lelah daya usahanya. Sesungguhnya jalan berliku yang ditempuh itu membawa kepada pemandangan indah di puncak gunung. Biarlah kita tersungkur berkali-kali namun tetaplah berjuang mempertahankan apa yang diimpi.


A story about tawakal. Kisah tawakal seekor semut pada zaman Nabi Sulaiman a.s. Baginda berbicara dengan seekor semut tentang rezeki yang mencukupi untuknya dalam masa setahun lalu jawablah ia bahawa rezekinya hanyalah sebesar sebiji gandum untuk setahun. Kemudian Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut dalam sebuah balang dan menyediakan makanan sebesar sebiji gandum. Genap setahun Baginda membuka balang tersebut dan melihat bahawa masih terdapat separuh dari makanan yang disediakan olehnya. Baginda berasa hairan kerana semut tersebut tidak menghabiskan makanannya sedangkan sebelum ini ia memberitahu bahawa rezekinya untuk setahun sebesar sebiji gandum. lalu berkatalah semut itu bahawa sekiranya di luar balang tersebut ia bertawakal pada Allah yang telah menjanjikan rezeki untuknya dengan usaha yang dilakukan tetapi sekiranya ia bergantung pada manusia yakni Nabi Sulaiman a.s., tidak mustahil bahawa nabi Allah itu akan lupa kepadanya. Oleh itu, ia harus berjimat-cermat. Contohilah sifat tawakal seekor semut yang bergantung harap sepenuhnya kepada Allah dan bukan kepada sesama makhluk walaupun ianya adalah seorang nabi Allah. 

cc : kak syikin, hafizah, noor syahirah, najaa

No comments:

Post a Comment