Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Ramadhan bulan penuh barakah ini. Dalam x sedar sudah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini menjadi madrasah dalam membentuk disiplin dan sahsiah diri. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Semoga kita semua diganjarkan pahala berlipat ganda sempena ibadat dalam bulan rahmat ni.
Syukur sekali lagi diberi kesempatan berbuka di Masjid al-Muhsinin, Kg Raja, sempena jemputan Imam Muda Arham dari Gaza, Palestin. Alhamdulillah diberi secebis ruang untuk kami lebih mengenali penderitaan rakyat Palestin yang tidak sudah-sudah diancam oleh puak yahudi sejak tahun 1948. Sekatan demi sekatan dilakukan bagi melihat penderitaan umat Islam di Gaza. Malah dengan isu yang sedang melanda Mesir kini turut menjejaskan bekalan mereka. Terowong-terowong yang dibina menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir turut terganggu. Hampir 2 minggu mereka terputus bekalan disebabkan kegagalan mendapatkan petrol untuk kenderaan-kenderaan bergerak mendapatkan bekalan.
Allahuakbar...penderitaan demi penderitaan ditujah buat rakyat Palestin sementara umat Islam di seluruh dunia masih lagi lalai dan leka dengan keseronokan duniawi. Alpa dengan arus hiburan melampau. Sedarkah kita hiburan yang diperkenalkan itu merupakan taktik yahudi untuk membuat kita terus tenggelam dengan nikmat dunia sedangkan saudara seagama kita menderita di luar sana.
**********
Dalam asyik dengan kenikmatan iktikaf di masjid, iftar dan berjemaah namun ada sesuatu yang mengganggu jiwa remajaku. Pada hematku, bukanlah perkara luar biasa andai kita melakukan kesilapan. Kita sekadar manusia biasa yang pasti ada silapnya. Namun, bukankah lebih elok berbaik sangka dari menghukum. Andai kita tersalah, tegurlah dengan hikmah bukan cacian. Pandanglah pada hikmahnya Rasulullah s.a.w. menegur kesalahan umatnya. Pandanglah pada kelembutan Baginda s.a.w. dalam menyebarkan dakwah. Sungguh aku sangat terkesan pada bicara Fatimah Syarha dalam karyanya Sebarkan Cintamu 'berbaik sangka bukan menghukum'. Jiwa remaja seringkali dahagakan penjelasan, perhatian, belaian dari mereka yang lebih ilmuwan. Namun seringkali jiwa remaja ini memberontak kerana umat sekarang lebih senang menghukum dari berbaik sangka. Semoga jiwa remaja yang gersang ini terus dikurniakan ilmu bermanfaat. Semoga jiwa remaja yang adakalanya kontang ini dibasahi dengan nikmat pengetahuan. Bersabarlah duhai hati...sesungguhnya mereka tidak tahu.
Novel ini banyak mengupas isu-isu sensitif yang melanda umat kini amtaranya, hijab, poligami, hak wanita, istimewanya ciptaan Allah bergelar wanita.
Isu poligami paling ditekankan dalam karya ini. Poligami bukanlah sunnah Rasulullah s.a.w. seperti yang seringkali diperkatakan tetapi sebenarnya adalah harus dan tidak digalakkan sama sekali. Namun masih ada segelintir masyarakat yang keliru dalam menilai isu ini. Seringkali seorang isteri diugut dengan poligami, sekiranya tidak diizinkan maka isteri dianggap nusyuz.
Sesungguhnya isteri mempunyai hak dalam poligami sama ada hak merelakan, hak tidak merelakan dan mempertahankan monogami serta hak bagi dibebaskan dari ikatan perkahwinan. Andai poligami ini mampu merosakkan agamanya akibat cemburu maka isteri berhak meminta supaya dibebaskan.
No comments:
Post a Comment