Sunday, 23 October 2016

If I can turn back time...

Semalam…while I was doing my work, as usual we were talking bout this and that. Well, rumah ni tak pernah sunyi dari gelak tawa riuh rendah telatah 'gadis sri cempaka'. Thanks teman ira buat keje semalam sampai pukul 3 pagi. Walaupun lepas semua dah masuk tidur for sure ira pun tumbang jugak. Haha…

Macam-macam soalan yang keluar semalam. Unexpected question pulak tu. And one of it is… 
“If you can turn back time, what will you change in your university’s life?”

Hmmm…quite difficult to answer this. I do have the answer. In a blink of eyes it pop out in my mind once I heard the question. But I don’t wanna said that. I tried to think bout something else but I failed. So I just passed! Haha… macam main truth or dare pulak.

My answer if I can turn back time...
I would choose to not knowing you
I would choose to not getting close to you
I would choose to not letting you entered my life
I would choose to not replying your chat friendly that night

Yeah…if only I can turn back time. If you read this, ira tahu awak akan cakap...
“Please move on. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang berlaku adalah takdirnya. Setiap pertemuan bukanlah sebuah kebetulan tapi adalah sebuah perjalanan yang telah diaturkan oleh Allah. Dari sekecil-kecil perkara yang berlaku dalam hidup kita sehinggalah ke sebesar-besarnya semua dalam perancangan Allah.” 
Kinda like this right? Haha...macam la ira tak kenal awak. Are you still reading my blog? I'm not sure. I don't know when was my last time looking at your tumblr, your insta, your facebook. I stop searching for them, I stop looking at them. Maybe one fine day I'll look it up again...when I have the courage to do so, when I have put aside all the anger, the disappointed, the hurt, and what so ever unnecessary feeling. Susah jugak sebenarnya nak berhenti buat semua tu coz sometimes I was eagerly wanna know what did you post, what did you think, what did you feel. huhhhh....

Ira tak move on ke? Ira still at the same page of my life? Keep rereading the same chapter? Am I too negative for you? Did you think of me like that?

Syahirah…you are fine, thank you! Haha…yes I am fine with what happened. Much better now at least. Cuma kadang-kadang ada benda yang keep bothering me. I think it’s normal. For me yah…but maybe not for you. Not normal didn’t make me turn to an alien right? I’m still a human in your eyes right? Thank you for considering me as a person. *take a bow (your favourite line).

Bila hari nie pun the same question keep bothering me…ahhhh I was wrong I think. Sebenarnya ira nak apa nie? Nak salahkan takdir ke? Nak biarkan diri tertinggal tenggelam dalam memori ke? Apa yang susah sangat nak lupa semua yang dah jadi? Hmmm…I don’t have the answer. But you know what dear…when I keep thinking about it, there’s one more answer came to my mind.

“If I can turn back time…I will never let you get close to my sisterssss.” 
Okeyh! Yes I know! Statement ni nampak sangat Ira pentingkan diri due to my jealousy. Why it seems like you’re closer to them more than me??! It’s not fair huh. Tapi bila difikirkan balik ira sendiri yang menjauh. Feeling insecure? Entah…I don’t have the answer too.

You! Biarlah apa yang awak nak fikir tentang ira, pada setiap post ira, pada setiap tulisan ira. Ira meluahkan apa yang ira rasa yang pada hemat ira if I don’t let it out ira yang akan tingtong. If you know what I mean…I just have my writing right now. I don’t have anyone to tell about what I feel, what burdening me. I have no one like I used to have you. Maybe when you read this, you’ll eagerly wanna text me with your advice *berangan jap. Haha…* but I know you won’t do that. Well…ira pun takkan terima nasihat awak due to my ego. Haha…teruk nau ego seorang gadis bernama syahirah nie.

If I can turn back time…I don’t wanna think about any answer anymore. It is just for fun. A question asked by my housemate as a topic of our conversation, pillow talk last night.


Syahirah Shofe,
11.58 pm
23/10/2016

Monday, 10 October 2016

Asam Garam Sebuah Kehidupan

Pagi yang indah saat mata ini merenung ke luar jendela...langit biru dihiasi tompok-tompok awan putih. Sang mentari masih belum menampakkan dirinya. Mengimbau kenangan manis yang mengusik. Terlalu banyak berfikir yang indah-indah tanpa mahu mengungkit walau sekelumit pun kepahitan yang pernah singgah. Ternyata...senyuman menghiasi wajah ini. Tersenyum dan terus tersenyum.

Mulakan harimu dengan senyuman....

Tapi...
Senyuman yang bergayutan di bibir sebentar tadi perlahan-lahan memudar. Melihat yang di depanku tiba-tiba menangis dalam diam. Sebaik mungkin cuba menyembunyikan tangisannya. Menyapu sisa air mata yang mengalir di pipi. Melarikan anak mata saat bertembung dengan sepasang yang empunya aku. Ya! Aku tahu apa yang membelenggu hatinya namun aku tak mampu untuk memujuk dirinya. Aku tak mampu untuk menyuruhnya bersabar. Kerna dia telah sedaya upaya berlagak kuat di hadapanku. Tidak pernah mahu mempamerkan resah hatinya. Tidak pernah mahu menunjukkan bahawa dia lemah. Dan kerana itu aku hanya terpaku melihatnya dengan lirik mataku sambil jari jemari ini ligat bermain di key-board menyiapkan kerja yang tertangguh. Cuba untuk tidak pedulikannya. Membiarkan dirinya melepaskan segala yang terbuku melalui tangisannya. 

Ya Allah...berikan dia kekuatan untuk mengahadapi dugaanMu. Berikan dia ketabahan menempuh segala apa yang mendatang. Permudahkanlah semua urusannya. Tunjukkanlah dia hikmah yang tersembunyi di sebalik ujianMu ini. 

Perkahwinan...pastinya mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya. Namun manusia hanya merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t. Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Walau singkat perjalanan seorang isteri yang kau lalui...yakinlah Allah telah menetapkan ganjaran pahala seorang isteri buat dirimu. Adakalanya kita bertemu dengan orang yang salah sebelum dipertemukan dengan yang sebaik-baiknya. Kerna pengalaman itu akan mematangkan diri. Pengalaman itu akan menjadikan kau seorang insan yang lebih tabah dalam mengharungi hidup ini. Kau bukan insan lemah! Aku percaya kau mampu bangun dan mengorak langkah jauh ke hadapan. Yakin pada diri...sang suami bukanlah satu-satunya tempat untuk bergantung. Biar hilang kebergantungan pada seorang manusia asalkan jangan pernah hilang rasa kebergantungan pada Yang Maha Esa. Hati manusia itu sifatnya berbolak-balik. Tetapi Allah tidak pernah berpaling. Mohonlah padaNya supaya dipeliharakan hatimu dari rasa keluh kesah resah gelisah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui....

Aku bukan selayaknya insan untuk memberi kata nasihat. Aku mentah dalam soal perhubungan apatah lagi sebuah perkahwinan. Siapalah aku yang hanya mendengar dan memerhati apa yang berlaku di sekeliling. Perkahwinan...bukanlah sebuah perjudian. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tapi perkahwinan adalah sebuah perjanjian. Aku dan dia terima seadanya antara satu sama lain. Bukan suatu eksperimen untuk melihat siapa yang lebih hebat, bahan eksperimen untuk merealisasikan apa yang pernah terbayang dek akal fikiran, angan-angan umpama sebuah novel cinta yang bahagianya "happily ever after". Melangkah ke alam perkahwinan ertinya kau memikul sebuah tanggungjawab yang besar dan berat. Memimpin pasangannya menuju redha Allah. Manusia pasti ada khilafnya tapi jangan pernah menghukum. Perkahwinan bukan hanya antara dua insan, dua jiwa, tapi juga dua buah keluarga serta yang paling penting penyambung zuriat. 

Please don't misunderstood. I am not against marriage but...

Berkahwin hari ini dan bercerai di kemudian hari...Soal kahwin soal cerai bukan sebuah permainan untuk diperjudikan

Friday, 30 September 2016

Kembalinya seorang teman

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون 

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Pagi ini menerima khabar teman sekelas telah kembali ke rahmatullah. Allahuakbar...terkedu seketika. Insan yang banyak membantu aku dalam keluh kesah gemelut thesis final year. Bagai terngian-ngiang suaranya petang itu. Bagai terlihat bayangannya menolak pintu kaca itu dan terus menarik kerusi lalu duduk di sebelahku. Tanpa amaran terus mencapai draft di atas meja dan membeleknya satu persatu. Terpinga seketika dengan tingkahnya bila diri ini baru sahaja berendam air mata cuba mencari kekuatan untuk teruskan perjuangan akhir itu.

"Kenapa sis? Kau ok ke ni? Takpe sis...nanti aku tolong kau. Rujukan nie aku ade. Malam nanti aku datang. Dah...kau tak yah nak nangis. Relax je nanti aku tolong kau"

Kata-katanya kembali memutar di benak fikiran. Tiga tahun usia perkenalan walau tidak serapat mana kecuali tahun akhir tiba-tiba kelibatnya sentiasa ada di sekitar aku, menghulur bantuan tanpa dipinta. Subhanallah...mulia sungguh dirimu teman. 

Akhi Kamal Mustaqim...kau pergi mengiringi ulama tersohor di negara ini. Damailah dikau di sana. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. (Kembali ke rahmatullah pada malam Jumaat, tanggal 29 September 2016).

Kenangan terakhir bersama pemikir keseluruhannya, hari terakhir final exam
Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM



Thursday, 18 August 2016

~coretan ira~~~

Assalamualaikum...buat semua yang masih follow ira. Thank you so much...

Eit...!! tak payah nak tutup windows ni. I know who you are. haha...*gelak jahat* Do you miss me...? Miss you too. Damn much! Eh...sape tu? hmmm...awak la! yang tengah baca ni. Eh...yang tu jangan perasan ok! I'm not talking about you. Ingat awak sorang je yang baca blog ira? Dah...tak payah nak senyum sorang-sorang. Ira tau awal-awal dah merepek ayatnya. haha...so how meh? Ira rindu untuk menarikan jari jemari ini di papan keyboard mencoretkan segala cerita. 

Apa yang buat ira tergerak hati nak curi-curi tulis blog hari nie sebab........
I just finished 'skodeng' satu blog ni. oups..!! hehe...dan ira terbaca satu entry. eh tak...beberapa entry tentang hati. fuyooo...syahirah is talking about hati? Seriously?? I know la quiet a long time I'm not updating my blog and suddenly came out with "hati". Quiet fishy right...? 

Bila jari ini degil untuk terus scroll and scroll her blog, tanpa sedar it reflects me too. Ira rasa dia matang dalam tulisan-tulisannya. How to control our inner feelings. How to bangun semula bila terjatuh. I thought I was matured enough in handling this. Yah...pengalaman itu mematangkan diri bukan? But I was wrong. Rasanya ira lagi childish than before. Kenapa ira mampu berfikir rasional dulu tapi tidak sekarang? Kenapa ira mampu berfikiran positif dulu tapi tidak sekarang? *eh...sekarang dah positif sikit.* Kenapa I was too emotional in handling us? Padahal bukannya ira tak pernah selesaikan almost the same situation before. Fikir...fikir...dan fikir...rasanya ira tahu kenapa. Ira terlalu bergantung pada manusia rather than Him. 

Benarlah...bila manusia itu menggantungkan pengharapan kepada makhluk melebihi padaNya maka akan tiba saatnya Allah uji dengan peritnya hilang kebergantungan itu. Subhanallah...indah kan aturan Allah itu? Terima kasih kerana buat ira kembali padaNya. Walaupun masih terawang-awang entah ke mana-mana. Scrolling down that blog make me think a lot of things. and you know what? That feeling...entah la ira tak tahu macam mana nak describe perasaan tu while I was reading one by one of the entries. Mungkinkah because of the owner not the writing yang buat hati ini bagai ditujah-tujah. *hanya Allah yang mengetahui* Sungguh hati ini rapuh sebenarnya. Yah...psychologist said that too :
:: anak kedua sensitif dan kuat cemburu
:: kebiasaan yang lahir bulan 10 sensitif dan kuat cemburu

* yang penting mesti ada dua perkataan nie la. "sensitif" dan "kuat cemburu". Bukan nak mengiakan kajian semata-mata sedangkan kita sendiri boleh ubah semua. But...just for fun I was always smiling when I found this kind of statement. 

nak jugak share the heart shape (^_~)
Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tiada diundang
Bertahun kita melangkah bersama
Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini...
Semoga kitakan dirahmati
...oh Teman...

Boleh pulak masa baca blog tu sambil dengar lagu ni. sambil menaip ni pun masih dengar lagu ni. Jangan terkejut if I said my tears drop while typing all this. I miss my old me. syahirah yang tak mudah mengalah, syahirah yang kuat, syahirah yang mampu mengorak langkah sendiri biar berkali-kali tersungkur, syahirah yang dulu. Ok sebelum 'hujan' semakin lebat, better I stop this. Rasanya ira dah dapat jawapan pada persoalan ira sebelum nie. Walaupun tak semua but I think that's enough. 


Tuesday, 26 July 2016

Throwback Raya 2016

Assalamualaikum...!! 

Here I am again...!! Kali nie using wifi hotel KK, Kajang, sebab ada bengkel kat sini. As I told you before...ira rinduuuuuu sangat nak update blog. Hamek kau! Fikir la apa yang nak di'hupdate' ok. haha...*fikir guane nak start ayat sebenarnya.

Tahun 2016...It is different. My Raya punya cerita. Banyak sangat benda yang lain tahun ni. Antaranya...

Malam raya...ira dan adik, syifaa, je yang balik berbuka puasa dan tidur kat kampung sebab mak, kakak dan si kecik syahidah stay kat rumah teman abah. Yelah...takkan nak tinggalkan abah sengsorang pulak kat rumah kan. So...malam raya cuma ada ira, syifaa, dan cousin dua beradik, athirah dan anas. Kitorang je la yang sibuk tolong maktok kemas rumah, main bunga api, main mercun but still tak semeriah tahun-tahun sebelum nie. 

selalunya pagi raya berebut iron dgn kakak tp kali ni ira sgsorg je la xyah nak berebut dgn sesape + kurang la baju yg perlu di'iron'
Pagi raya...cuma ira dan adik ke masjid. My favourite mosque, Masjid Abdullah Fahim. Makngah dengan yang lain-lain ke surau kat kampung je sebab maktok tak boleh jalan jauh-jauh. Pakngah as usual ke Masjid Kepala Batas. Maka berayalah kami dua beradik di Masjid Abdullah Fahim tu. 

sementara tunggu kereta kena block. huhu...
maktok...mohon bersabar tunggu cucu-cucu kesayangan maktok ni balik ok
Pakchaq ira tak sihat jadi tak dapat balik kampung. 2nd day raya, pakchaq masuk wad sebab (hypo-kadar gula dalam badan rendah sangat).

Kakchaq ira busy kat rumah dia so tak sempat nak jumpa. Lagipun dia dah ada rumah kat kampung so busy layan tetamu kat sana. Kitorang pun tak sempat nak pergi sana sebab sibuk dengan hal lain. Masa plan nak pergi rumah dia sekali awal-awal subuh dia dah balik KL daaa...sedih jugak tak dapat jumpa, like something was missing coz dia antara cousin yang rapat dengan kitorang adik-beradik.

Adik-beradik sebelah abah pun banyak yang balik kampung mertua makanya tahun nie takde konvoi as usual. Makngah ira pun tak sihat. Arwah maklong baru meninggal...Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Sempat jumpa makndak dan paksu je. Makteh ira balik perlis sebab nak 'memanggil' untuk majlis perkahwinan abang iwan nanti. 

Abah ira sendiri pun tak cuti sebenarnya sebab masalah air teruk kat kedah kali ni sampai tahap dikecam oleh citizen, siap masuk berita kot. Paling takleh blah orang 'viral'kan nombor telefon orang-orang penting SADA (Syarikat Air Darul Aman) dengan caption "call sampai ada ayaq". Amboiiii...hampa ingat warga SADA ni tak buat qeja ka?? Sesuka hati ja nak condemn nak report sedangkan hampa tak tau apa sebenaqnya masalah yang jadik. Hampa tak tau betapa warga SADA ni tak cuti, tak tidoq malam dok naik turun keluaq masuk hutan check tangki, check meter, check pam semata-mata nak selesaikan masalah ayaq ni. Hampa ingat warga SADA ni goyang kaki ka??? Hampa kata SADA tak supply ayaq. Hello...!! Hampa tau dak berapa banyak kawasan yang terjejas bekalan ayaq? Hampa ingat cukup ka lori tangki ayaq SADA tu nak ulang alik pi hantaq ayaq sedia. Tau dak driver lori tangki tu semua tak berenti rotate pi hantaq ayaq kat setiap kawasan?? Hampa tau dak berapa peratus peningkatan penduduk masa raya tu?? Bila peningkatan penduduk semakin tinggi...hampa expect kadar penggunaan ayaq sama ka??? Of course la naik jugak!!! Macam mana pam di tangki-tangki utama nak supply ayaq ke seluruh pengguna kalau kadar penggunaan melebihi kadar ayaq seida ada??? Haiyooo...kan syahirah dah beletiaq. *Hilang cerita raya den. huhu...


Selalunya setiap tahun mesti ada proper gambar khusus untuk hari raya tapi tahun nie tak sempat pun nak posing kat rumah sendiri. Kecoh setup tempat, setting camera. Tahun ni tangkap muat je. haha...but still kecoh jugak la. 
the only family potret this year
Tapi....

Walau apa pun...I'm happy with my family. Be there with them. Alhamdulillah...syukur ya Allah kerana panjang umur kami, limpahi kami dengan rahmat dan kasih sayangMu. Maka nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan? 


Hj Shofe & Hjh Dalila's daughtersssss....
 port wajib setiap tahun bila nak bergambar. haha...klasik bertul rumah maktok den ni. Nasib beranda depan rumah dah buang. Kalau tak lagi suka la nak posing kat depan ni

test camera di pagi syawal
the only cousins di pagi syawal

Acah-acah outdoor sangattttt...

 Disebabkan dah hujan masa diorang ni sampai...kita indoor je la ye

3 dara pingitan di pagi syawal
Thank you Allah...for these memorable moments with my family.

********

Ada satu kekurangan raya tahun nie...I used to contact these two persons. Someone that closed to me. Always chatting with them story mory this and that. Cerita tentang raya masing-masing. Happy moment together, Tapi tahun ni I don't have it. Syahirah...people come and go in your life. They'll not forever stay in your sight but they will in your heart. Keep that in your mind k. I love you dear...*lately ira suka sangat saying that words "I love you". Not for others...but for me! You need to love yourself too right. 


Ok...last but not least. Happy Eid Day to all Muslims. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Buat semua yang mengenali diri ira...kalau boleh ira nak susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada salah dan silap terkasar bahasa tersilap bicara sepanjang perkenalan kita. Halalkan segala apa yang terlebih atau terkurang antara kita. Especially to those who are really closed to me. Ira tau kadang-kadang ira tak matang, ikut emosi dan perasaan, naik angin tak tentu pasal, cari gaduh tak tentu pasal, kejap ok kejap tak. Sorry for everything. 

Dan yang paling penting...for you my bestie. I'm sorry for everything. Ingat tak tahun lepas awak request tahun nie punya wish raya family potret bagai but...I can't do that anymore. Ingat tak...awak pernah share dengan ira, our conversation ntah tahun bila punya raya. Ira minta maaf tp tak promise to not repeat it again next time. Ayat awak masa tu yang paling ira ingat..."Ade pulak gitu eh. dah minta maaf tak janji pulak ulang lagi". haha... kenangan kita sangat banyak untuk diungkapkan satu per satu dan ira sangat hargai semua tu. Thank you dear...

Last word from me...Selamat Hari Raya! *raya kan sebulan. hehe...




Saturday, 23 July 2016

YTP Taski

Assalamualaikum....!!

Here I am!! After quite long time tak menjengah ke laman blog ni. There's no proper internet actually. Takkan la nak curi-curi ber'blogging' kat office pulak kan. By the way...ni pun memang kat office. haha...menanti warga meeting tak sampai-sampai.

Kisah ira...

Bila dah lama tak menulis, jadi blur pulak nak fikirkan ayat-ayat madah-madah ni. Hmmm...

The latest cerita about ira and the gang...YTP Taski (Yayasan Takmir Pendidikan). Just a week ago, kitorang adakan jamuan raya yang bertempat di YTP Taski. Actually I am not involved with them since ira nie under WADAH but still syahirah kan...mesti la menyibuk! haha...Awal-awal lagi ira dah mintak izin half day kat WADAH semata-mata nak tolong diorang kat sini. Hello...you can't just easily drop me from this ok. haha...Actually ira tak buat pape sangat pun sebab masa sampai semua dah setel. Ira cuma tolong kemas-kemas apa yang patut je.

I love to be around here instead of my office since I don't really have works to do there. Entah la...ira pun tak tahu apa sebenarnya status ira kat situ. Yea...to be honest memang la keje ok, bos ok, everything is fine. Only that I feel uncomfortable being there doing nothing. Abes...dah memang takde keje yang nak dibuat. Bosan dowh...! Tahap kebosanan tu sampai kau rasa kau nak berhenti keje! Yes...that is what I feel right now. Tak sabar nak tunggu weekend. Masuk keje but you always keep your eyes on the clock counting to go back home. It's critical you know...the worse one. So syahirah...please be patient.



Bila bos berjiwa muda macam anak-anak buahnya ni...layan aje la. haha...Puan Khairani, pemangku pengarah Yayasan Takmir Pendidikan Taski, bersama anak-anak buah dari YTP Taski (Fatin Liyana, Siti Fatimah Wahidah, Che ku Hidayah, Sofiyatul Azimah), WADAH (Syahirah Shofe), YTP HQ (Farhanis, Fasnera). Bila bos yang ajak bergambar...segala posing hipster semua keluar. haha...acah-acah hipster sangat *simpanan peribadi* bahaya kalau tersebar nih. 


Thanks to En. Cameraman aka Fitri sebab layankan aje kerenah kitorang nak bergambar + dah macam pro cameraman dah tengok posing cameraman lagi over. haha... He is one of the SL1M member who is part of my 'school' members masa dekat Merang Suria Resort dulu.

sampai ke celah pantry punya bergambar. haha...
*kononnya nak candid la sangat



 Dayang-dayang Yayasan Takmir Pendidikan bersama Puan Jannah dari YTP HQ


He is one of SL1M members too. Safwan...sama dengan ira, we are from WADAH but he's at Anjung Rahmat while ira kat WADAH Pusat. Ini kesnya ponteng keje lepas tu tetiba muncul kat jamuan raya *he has an interview actually*. Kebetulan pulak warna baju sama dengan kain meja. Elok sangat la tu nak buat tempat sembunyi. haha...


He is satu-satunya 'kumbang' di YTP Taski. Same age with us tapi perangai macam budak-budak. Bab nak menyakat orang, nak mengusik, nak cari gaduh, nak ajak bertengkar haaa...ni la orangnya. Ada je akal dia nak cari pasal dengan orang. Bak kata kak Khai n kak Noor..."nak buat macam mana, dia sorang je laki kat sini. Layankan aje la" haha... 


Siti Fatimah Wahidah, sahabat dari zaman ukm and still be together now. Dulu satu uni, satu kolej, satu fakulti, sekarang satu rumah, satu office. Eh tak...satu yayasan *boleh gitu?* Disebabkan ada dia la abah izinkan ira datang bangi ni. Kalau tak rasanya dah selamat withdraw dari contract SL1M ni kot. Ya Allah...murahkan lah rezeki kami, permudahkanlah urusan kami, bantu kami dalam mencorakkan masa depan perjalanan hidup kami. 

Thank you so much for having me, accepting me here. Ira lagi selesa di Taski ni berbanding WADAH. Selalu je nampak muka ira lepak kat Taski ni. Bos pun dah kenal dah. Team Taski lagi kenal ira berbanding WADAH rasanya. And of course ira lagi jadi diri ira sendiri di sini. Thank you again and again. 

Banyak lagi sebenarnya yang ira nak tulis...tapi nanti ira fikirkan k. Lama sangat tak menulis sampai apa yang ada dalam hati dan fikiran ini tak mampu dizahirkan dengan tulisan-tulisan madah-madah ira.


Wednesday, 18 May 2016

New Experience... ^_^

First week at WADAH, Yayasan Takmir Pendidikan. 

Erm...tak tau nak tulis apa sebenarnya. Macam dah bersawang blog ni kan. I olls is sort of internet lah sekarang. Sebulan kat Merang Suria Resort pun tak sempat nak update pape padahal banyak sangat cerita dan pengalaman yang nak dikongsi. hmmm...

Ok...first week here alhamdulillah so far so good. Keje ok, bos ok, colleagues ok. tapi...yang tak ok transport. huhu...menjajau jugak la dengan transport nih especially this week. In shaa Allah cuba settle secepat mungkin. Thanks a lot to 'pak supir' ira sebab sudi ulang alik ambil ira walaupun awak busy. huhu...keserbasalahan jugak dengan awak sebenarnya. Lepas nie saya tak kacau awak dah k. But...if takde orang saya cari awak jugak lah ye. hehe...sementara awak masih ada kat sini kan. Bukan selalu saya boleh buli awak. 

In shaa Allah I'll be here for 6 months. Ada rezeki mungkin terus di sini atau di tempat lain. Bandar Baru Bangi...3 tahun di sini (2012-2015) dan kini kembali ke sini. Rindu bangi sebenarnya sebab banyak sangat kenangan di sini baik yang manis atau pahit, semuanya mengajar ira tentang kehidupan. Rindu JMT sweet siblings for sure! Di setiap ceruk bangi ni nampak korang tau!! Kajaians, Gegurl Gojes, PKMK, semua la!! ini kalau ira ada kereta memang panjang kaki berjalan sana sini. haha...doakan ira murah rezeki. Hutang tak bayor lagi wehhh!! Kang tak pasal nama di'blacklist' satu hal plak. huhu...baru abes belajor da ade hutang. #nasiblarnakk

Ok...lets stop here. Curi-curi internet pejabat sebenarnya nih. haha...pejabat takde orang. Ibarat kucing takde tikus menari? Eh betul ke?? Missing u dear blog...nanti ada masa and capaian internet for sure, ira bercerita panjang ye. 

Assalamualaikum... ^_^

Syahirah Shofe,
meja ofis,
1.44pm
sambil minum milo oat. hehe...