Friday, 1 November 2019

Saat Lafaz Sakinah

Jodoh itu milik dan rahsia Allah
Tiada lafaz cinta melainkan mendahului lafaz akad nikah
Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana Allah
Itulah kebahagiaan
Antara syurga dan neraka pastinya syurga pilihan kita
Antara cinta Illahi dan cinta nafsu
Biarlah cinta daripada Illahi menjadi pilihan kita


Heningnya sunyi suasana 
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa diterjemah hanya 
Sebak abah tangis ibunda

"Adalah aku wali puteriku 
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta 
Lebih dari yang kuberikan kepadanya
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini kuserah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama 
Indah ia pada maksudnya"

"Ku akur akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringlah dengan doamu
Bahgia kami dari redhamu"

- Saat Lafaz Sakinah, Far East-

Dengan sekali lafaz dia suamiku, dan aku isterinya. Pelbagai rasa bertamu di hati. Namun dalam gelodak jiwa itu, ada rasa syukur segalanya dipermudahkan. Moga ikatan yang terbina ini kekal hingga ke akhirnya. Moga sentiasa dalam rahmatNya.


Terima kasih mak abah dan semua yang menjadi tulang belakang dalam memastikan perjalanan majlis ini lancar.  Kesayangan ira dunia dan akhirat. Sedari anak kecil hingga menginjak dewasa. Tiada kata yang mampu ira lafazkan untuk ungkapkan rasa syukur dilahirkan dalam keluarga ini.


Keluarga baru ira...dia yang menjadi seorang suami. Keluarganya juga keluarga ira. Terima kasih sebab terima ira. Segala kekurangan ira dan keluarga. 


Mereka ini...yang sedari awal, yang pertama tak lokek dengan bantuan. Kasih sayang for sure! hehe...Thank you so much sebab be there for me. Dari awal hingga akhir. Sanggup tolong ira dalam semua benda, dalam kelam kabut segala hal. You know what I meant. Mereka lebih dari sahabat. I is terharu sangat-sangat bila terkenangkan masa-masa ni. Thank you dear...for everything you have done to me. May Allah bless you always. May He guide your jodoh (the best one) to find you as soon as possible.


Dan awak...encik suami. Terima kasih sebab jadi suami saya. Terima kasih sebab terima saya. Terima kasih sebab be the one for me. Terima kasih atas your effort since the first you wanna know me until we get married. I love you...and will always love you inshaAllah. Moga Allah sentiasa tetapkan hati kita antara satu sama lain. Moga Allah pelihara rumahtangga kita dengan kasih sayang. Saya sayang awak encik husband! Please know that you are the only one yang saya ungkapkan rasa kasih dan sayang. Moga kasih dan sayang ini, moga cinta ini sentiasa bercambah dari hari ke hari. Maafkan saya jika saya tak sempurna. Maafkan kekurangan diri saya. I will learn to be better in future, better wife for you inshaAllah.


*Its almost two month already baru nak up entry ni. hehe...coming soon with much2 more stories inshaAllah, as long as ira rajin nak menaip kat sini k. To all my readers, I know who you are. Doakan perkahwinan kitorang k. Love you~~~*




Thursday, 5 September 2019

Kisah Aku & Dia

Dalam menghitung detik waktu ijab dan qabul. Terimbau kembali saat awal perkenalan kami, kini setahun sudah berlalu. Ketika pertama kali aku memandang dia, ketika pertama kali bermulanya bicara kami, siapa sangka begitu hebat perancangan yang telah Allah aturkan untuk kami. Ketika usia perkenalan baru saja mencecah sebulan lebih, dia menyuarakan hasrat hatinya untuk mengenali aku lebih dari sekadar teman sekerja. Jujur aku katakan hati ini ragu-ragu. Siapa dia? Yang sewenangnya menyusun kata ingin berkenalan secara berdepan dengan aku. Aku curiga tapi dalam masa yang sama aku tidak mampu menyembunyikan senyuman yang terukir. Senyuman yang tanpa sengaja terukir bagi menghilangkan gundah di hati. MashaAllah hebatnya degupan jantung pada ketika itu. Dia yang aku hanya kenal atas tiket kerja, hanya tahu namanya, tak pernah terlintas untuk tahu lebih dari itu.

Entah kenapa sedari awal namanya mula meniti dalam setiap doaku. Pintaku cuma satu, "Jika dia jodoh yang Engkau tetapkan untuk aku maka satukanlah hati kami dalam redhaMu. Jika dia hadir sebagai ujian hati buatku maka jauhkanlah agar tiada hati yang terluka". Adakah aku mula menyenanginya? Hari demi hari yang berlalu aku mula mengenalinya sedikit demi sedikit. Aku faham dengan tingkah dan tutur katanya yang mengharapkan hubungan ini pergi lebih jauh namun aku masih lagi ragu-ragu dengan keputusan yang aku pilih. Ikhlaskah aku? Yakinkah aku? 

As time goes by, there's kinda spark point that make me go with the step by step of decisions. And now here I am, menghitung detik bahagia InshaAllah. 2 minggu sebelum puasa, buat pertama kalinya dia datang ke rumah bersama mak dan bapanya dan itulah pertama kali aku bertemu dengan keluarganya. Is it merisik? Entah...lebih kepada nak kenal keluarga masing-masing dan alhamdulillah semua ok. 8 Jun 2019, kami mengikat tali pertunangan. Dengan persetujuan kedua-dua belah pihak, majlis perkahwinan akan berlangsung dalam tempoh 3 bulan lagi dan kini tempoh itu semakin hampir ke penghujungnya. 

Jujur aku katakan, aku masih kekok untuk berhadapan dengannya walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari bertembung di pejabat. Jarang sekali berbual tentang hal-hal selain dari urusan kerja. Sampaikan berbual telefon pun selepas dia menjadi tunangku dan itu pun atas dasar perbincangan urusan perkahwinan. Sedikit demi sedikit aku mula selesa dengannya, itupun bila berdepan kadang kelu juga lidah untuk berkata-kata. Syahirah yang banyak cerita boleh tiba-tiba diam seribu bahasa. 

Esok...dia bakal menjadi suamiku. Dalam masa setahun, perkenalan yang kukira terlalu singkat. Dia yang asing bagiku bakal menjadi insan terpenting dalam hidupku. Bersediakah aku? Pelbagai rasa bertamu di hati. Gembira, sedih, risau, takut...to start of something new. Ya  Allah...permudahkanlah urusan kami, berkatilah perjalanan hidup kami dalam mencari redhaMu. 

p/s...I'll come back later with another story k 😉. Tiba-tiba rasa tulisan ira kali ni terlalu formal. Well...I'm too nervous to think anything right now 😂

~kisah seorang syahirah~

Tuesday, 13 August 2019

Introvert vs Extrovert

Honestly I am an introvert person. But sometimes I can became an extrovert too. Or...should I say it is an ambivert? Kind of balancing between introvert and extrovert. What is introvert? Suka untuk ira share satu penerangan dari fb page, Aiman Psikologi (https://www.facebook.com/AimanPsikologi/). 

Introvert, semua pernah dengar kan?
"Pemalu, jenis tak suka bergaul."

"Asyik duduk kat rumah je dorang ni."
"Pendiam, kemudian suka menyendiri. Anti sosial."

Hakikatnya, sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai siapa dan bagaimana ciri-ciri Introvert, mari kita fahami dulu konsep asasnya,
"Social Pleasure Sistem."
Dalam otak setiap manusia, ada bahagian dinamakan Ascending Reticular Activating System (ARAS), iaitu bahagian yang tentukan sistem kenikmatan sosial kita.
Untuk lebih mudah faham, saya bagi analogi terus.
Bayangkan dalam otak setiap manusia, ada sebuah gelas kaca. Gelas ini dinamakan ARAS. Lain orang, lain saiz gelasnya. Ada orang besar, ada yang kecil, ada yang sederhana.
Apabila seseorang itu bersosial dengan orang lain, satu kenikmatan atau keseronokan dalam pergaulan tersebut, dipanggil "Social Pleasure", anggap ia seperti air.
Fungsi gelas dalam otak kita, ialah untuk simpan air yang kita dapat setiap kali kita bersosial dengan manusia lain.
Oleh sebab lain orang lain saiz gelas, maka orang yang gelas kecil, airnya lebih cepat penuh dan akan melimpah.
Orang yang gelas besar pula, masih boleh masuk lagi air apabila bersosial. Maka, dia boleh bergaul lebih ramai orang.
Kawan kita yang gelas kecil tadi, sebab cepat sangat air penuh, maka dia perlu ambil masa sekejap, asingkan diri, untuk recharge balik. Untuk habiskan air dalam gelas tersebut, minum semua, sebelum boleh mula bergaul semula untuk dapatkan air baru.

Kenapa ira cakap ira ni kind of ambivert kadang tu sebab...




Ok...so sebab ira malas nak taip, ira share je apa yang aiman psikologi ni pernah share kat page dia. One thing for sure, ira is too much thinking rather than speak out loud. So it keep making me overthinking sampai kadang-kadang to the extent feel like I can't breathe. I am too much feeling insecure with what others think or said about me. It makes me feel awkward to be around people yang ira tak rapat sangat. You know that feeling yang dalam fikiran ni macam-macam tutur kata, susunan ayat dok main tapi tak dapat dizahirkan melalui lisan. Rasa macam lidah ni kelu untuk berkata-kata. Ira tak tahu nak katakan seperti apa perasaan ini atau macam mana nak keluar dari situasi ini. People won't understand if they are not in my place. Ramai yang ira jumpa bila ira ceritakan apa yang ira alami bila ira dalam kalangan kenalan baru, situasi baru, they don't understand. They simply ask me to just go through everything, let out my inner thought. People won't say anything. It just me who keep overthinking. So how meh? How am I gonna make people understand my situation. It takes much time for me to get along with new people, new surrounding. But once you get to know me, you'll know that I am a very talkative person. But to the extent that I can be talkative with you, or open up with you, it will take some times, or should I say it also depend on who I engage with? 


Friday, 24 May 2019

Persamaan vs Perbezaan

Adat sesuatu permulaan sebuah ukhuwah itu, kita mencari satu titik persamaan. Kerna dengan satu persamaan kita merasakan diri serasi bersama. Dengan satu persamaan kita merasakan dekat dengannya. Kerna mungkin saja kita berkongsi minat yang sama. Dan setiap kebersamaan itu membuat kita mampu bercerita dan berkongsi serba-serbi. Dengan seriap persamaan itu, segala rasa dan perkongsian seakan mendekatkan diri lagi dan lagi. 

Lalu timbul satu persoalan, bagaimanakah yang dikatakan perbezaan itu sebenarnya menimbulkan keserasian? Bagaimana mungkin setiap perbezaan itu membuat kita dekat antara satu sama lain? Bagaimana pula munculnya keserasian jika perbezaan itu ibarat seawal alphabet A hingga ke hujung Z? Ibarat langit dengan bumi, ibarat kutub utara dan kutub selatan. Kata orang... perbezaan itu membuat kita saling melengkapi. Mencantum setiap compang-camping diri seseorang. Melengkapkan kekurangan dan mengimbangi kelebihan. 

Dalam usaha mengimbangi sesebuah perhubungan, adakalanya pasti goyah. Biarpun mereka itu lebih banyak persamaan atau perbezaannya. Tepuk dada tanya hati...untuk apa kau membandingkan persamaan mahupun perbezaan. Atau kau mula cemburu melihat persamaan orang lain sedangkan kau sedaya upaya mencari keserasian dalam perbezaan. 

Keserasian itu...adalah apabila kau dan dia sama-sama bertolak-ansur dalam segala hal. Sama-sama berkongsi segala suka dan duka. Bukanlah serasi itu kau berusaha menyamakan setiap perbezaan. Bukanlah dengan memaksa diri berubah demi mencari satu titik persamaan. Biarlah setiap perbezaan itu kerna dalam setiap yang berbeza itu ada keserasiannya. Serasi bersama...dalam perbezaan adanya persamaan. Dalam setiap corak abstrak yang berbeza itu mencantikkan sebuah kanvas kehidupan. 

Sekian coretan kiasan dari ira~~

Sunday, 19 May 2019

Don’t Get Married Because of Love by Aiman Azlan

A student asked me a very popular question that I got: how I got married. It is one of those stories that I have told many, many times. But I don’t feel bored by it, because that is one of the best stories in my life. I don’t think I will ever be bored by that story.
I told him that I wanted to get married when I was 18. That time I was in Taylor’s University College, studying in a pre-university program before I flew to Canada. From that moment, I was searching for a potential partner in life.
5 years later, I found my wife, who happened to be my classmate back when I was in secondary school.
He took a moment to digest the story, and then he asked me a very interesting question, “So, you started with the intention to get married?”
I was taken aback a bit by the question, and just said, “Ummm…yeah.” I thought that was common sense. You always start with an intention, and then you do the action. But he pointed out something that I have never thought of before.
He said many people start with having a romantic relationship first. They invest their emotions in the relationship, and spend months or maybe years together in the relationship. Then, one day they make the intention for marriage if they feel like they want to tie the knot.
The intention for marriage comes later.
He pointed out something in my story that I didn’t see. I told my wife about it, and even she didn’t see it. We both learned something new about our own love story. I didn’t start with the intention to have a romantic relationship first. I immediately started with searching for a potential partner for marriage.
Romance was the second thing on my list, because I always thought that I want to be romantic with my wife. Not my girlfriend. Why? Because I always wanted to say “I love you” and get rewarded by Allah for saying it. From my perspective, that can only be achieved after marriage.
I am not saying that my love story is the best one there is out there. My love story is just one story of many. But through my conversation with that student, I got an insight into what might be the reason why many young people face difficulties getting out of a bad relationship.
“I know he’s not the right guy, but I love him so much.”
I don’t know how many times I read that line in my inbox.
I totally understand the difficulty of letting go of someone dear to our heart. It is especially difficult when you are thinking of marriage and then realizing that the person you are emotionally attached to is not really the husband or the wife you are looking for.
It hurts. I know.
That is why I would advise to postpone emotional attachment until after marriage, not before marriage. If you start with romance, then you might be putting the cart before the horse. That doesn’t look right to me. Romance should come later.
Okay, at this point I understand that people might not see the sense in how I see marriage. We were taught to find love first, right? That is true, we were taught that way. That idea is in novels, movies, and in real life. Undeniably, there are marriages out there who started that way and they last longer than many others.
I don’t want to make the mistake of saying that if you find love, then you will definitely fail. No, but I do believe there is a risk in finding love first. Getting emotionally attached to someone before deciding to marry the person has a risk of not having a clear mind to analyze the person as a potential life partner.
When you are already emotionally attached, it is difficult to think about the person objectively. Emotions can blur the mind. If you can think clearly about the person and determine that the person might not be the husband or the wife you’re looking for, then you have a new problem.
It is hard to let go.
When you have invested so much emotions into the person then realizing that he or she is not the life partner that is best suited for your ultimate goal in life, then you are torn between love and long-term happiness.
On one hand, you know that you should pursue your ultimate goal in life (attaining Jannah). On the other hand, you are too emotionally attached to the person that you don’t want to let him or her go. Either you go with your principle, or you go with your feeling.
Sometimes, you try to achieve both. What if the person changes and becomes the life partner I want? That could happen, right?
Yes, definitely. People can change.
But, you have to see the commitment to change happening before marriage. Not after. If you are seriously considering marrying the person and the person shares the same feeling, then both of you should already be committed in doing whatever it takes to start the marriage on the right foot.
In other words, if the man or the woman you are marrying isn’t showing the effort to change, then you have to ask yourself if the person is truly committed or not. We are not talking about completely changing, of course. That would be unrealistic.
But, we are talking about commitment to change. The person is taking the first steps and seriously make the effort to better himself or herself. It is possible that people will change, but there has to be evidence to show that the commitment is there.
Words alone is not enough.
It is a risk to hope to marry someone who might change. I understand that because you love the person so much, that you cling to that hope. I am not asking you to abandon the hope, I am simply saying you are taking a big risk.
That is why this post is about not getting married because of love. This is not to say that there is absolutely no love before marriage. No. I did love my wife before I married her, but it wasn’t a romantic love. It was attraction-based love. I was attracted to her, and that is important to start a marriage.
Don’t get married with someone you’re not attracted to. If you want to start a fire, you have to start with a spark (that’s the attraction before marriage). Once the spark starts the fire, then you have to maintain the fire and not let it fade away (that’s the romantic love after marriage).
Start the marriage with attraction, not romance. The question is, what are you attracted to? That is something you have to figure out for yourself. Your attraction depends on what you value most in life. Your priorities will determine your attraction.
If you are superficial, then you might be mainly attracted to superficial things like the looks, the money, and the status. If you are non-superficial, then you might be mainly attracted to non-superficial things like character, attitude, and personality.
Your marriage will stand on the priorities you set. If you set strong priorities, then your marriage will stand on something strong.


*******

Sangat tertarik dengan intipati yang dicoretkan oleh Aiman Azlan ni. It makes me think about our main reason of building a relationship. Is it because of nafs or...you seek for Allah blessing. May Allah protect us from being lured by nafs. May Allah bless us in everything we do. May Allah ease everything. May He guide us to be a good Muslims here and after. 


Friday, 17 May 2019

Rindu...

Apa erti rindu?
Rindu pada apa?
Atau pada siapa?

Ira pernah merindui diri sendiri. Rindu pada seorang syahirah yang dulu. Rindu pada kelincahan seorang gadis bernama syahirah. Tapi seiring waktu yang berlalu, manusia itu berubah. Begitu juga ira. Kita tak akan pernah sama seperti yang sebelumnya. And we reacted towards people around us and of course the surrounding too. Can we be ourselves for once? Someone said to me, kita akan berhenti berubah at the end of our journey in dunia. And that's our real self.

Rindu...what if I miss someone else? What is the feeling to began with? What to do to handle those feeling? What if ira merindui seseorang yang bukan pada haknya? Segala rasa dalam hati ini, sesungguhnya Allah jua yang mencampakkannya. Maka berbaliklah padaNya. Jika kau merindui seseorang yang bukan pada haknya, sandarkanlah rindu itu padaNya. Titipkanlah doa buatnya agar Allah sentiasa memeliharanya. 

Jika rindu kau pada seorang sahabat, zahirkanlah rindu itu agar bertaut sebuah ukhuwah dalam kasih sayang. Jika rindu kau pada sebuah kenangan, simpanlah ia erat agar suatu hari kau mampu menoleh mengimbau saat manis sebuah pengalaman. Tapi jika rindu kau pada seorang ajnabi, kemaskanlah hatimu...simpanlah rindu itu jauh ke dasar hati. Kerna khuatir andai rindu itu menjadi fitnah buatmu. Kerna khuatir rindu itu melalaikanmu. 

Inginkan sebuah untaian kata pada dini hari ini...? 
"Jika kau merindui seseorang, pandanglah pada bintang yang paling terang sinarnya. Percayalah pada hati bahawa insan yang kau rindui juga sedang merindukan dirimu"

Jika dengan rindu itu aku hanyut, sedarkanlah aku dari kelalaian itu. Maka tetapkanlah dan permudahkanlah agar rindu itu menjadi halal buatku. Agar dengan merinduinya aku beroleh pahalaMu. Agar aku merinduinya keranaMu. Rindu itu indah andai disulami dengan keredhaanMu. 

~Kisah hati seorang syahirah~

Sunday, 12 May 2019

Hari Ibu

Selamat Hari Ibu...

To be honest, we never had celebrate Mother's Day even a wish. Sebab...hari-hari pun hari ibu what. hehe... Tapi alang-alang today is Mother's Day, I wanna write something about my mom, my beloved and lovely mom. 


Dia...insan yang melahirkan diri ini. Yang tak pernah jemu mencurahkan kasih dan sayang, yang tak pernah lelah dalam mendidik diri ini dari kecil hingga dewasa. Dia...yang sentiasa mengukir senyuman manis di wajahnya walau tika penat atau susah. Tak pernah mengeluh dalam jerih payah membesarkan kami, puteri-puterinya ini yang penuh dengan ragam dan kerenah. Dia...insan terhebat yang pernah kumiliki. Moga Allah sentiasa merahmatimu ibu. 

Siapa cakap suri rumah tangga sepenuh masa itu kerjanya mudah? Siapa yang berani membandingkan kerjayanya sekarang lebih hebat dari kerjaya seorang ibu yang menguruskan rumahtangganya sepenuh masa? Tiada siapa yang mampu menandingi jasa dan pengorbanan seorang ibu yang menghambakan dirinya dengan penuh keikhlasan demi memastikan keluarganya terjaga. 

Mak...insan itu yang sedari kecil mengajar diri ini segala hal. Dia yang memimpin tangan ini tika aku mula bertatih mengatur langkah. Dia yang memahami kehendakku pada ketika aku tidak bisa berbicara. Dia yang membelai, mengasuh dan memanjai aku dari kecil hingga dewasa. Dia...seorang pendengar yang sangat baik yang sentiasa melayani keletah puteri-puterinya yang becok bercerita segala hal. Dialah ibu...dialah guru. Guru pertama yang mengajar segala hal. Tanpanya...siapalah aku. 

Kisah seorang ibu yang korbankan segala kesenangan demi anaknya. Jika ditulis setiap satu yang dilakukan pasti tak pernah cukup ruang untuk aku mengarang. Tapi dialah ibu terbaik I ever had. Ingat lagi...zaman belajar dulu mak mesti simpan jadual kelas anak-anak dia sampai ada member pernah tanya, "Kenapa bagi jadual dekat mak?" Nak tahu kenapa...? Sebabnya mak sentiasa nak tahu schedule anak dia hari-hari. Belajar apa, bila waktu free, makan apa, buat apa, pergi mana, kawan dengan siapa. Almost everything akan report dengan mak. Even belajar apa pun akan cerita dengan mak. Walaupun secara logiknya mak tak faham pun apa yang ira belajar but still nak cerita jugak dengan mak subjek ni belajar apa, subjek tu lecturer mana, subjek ni susah ke senang, subjek tu assignment banyak. At one point...ira cuma nak share dengan mak everything yang ira lalui sehari-hari. As for me, seawal umur 13 tahun ira dah menetap di asrama. Bayangkanlah macam mana ira bergayut dengan mak dulu hanya nak cerita apa yang berlaku kat sekolah dan asrama. Bayangkanlah macam mana ira berceloteh setiap kali minggu balik kampung. Sekarang...alhamdulillah ira dekat sangat dengan mak. Pergi kerja lebih kurang 5 minit je jaraknya dari rumah. Lagi manjalah anak mak ni. Setiap kali balik kerja ada je benda yang nak diceritakan. Everything happened kat ofis tu nak balik cerita dengan mak. Kadang sampai berebut siaran dengan adik-beradik sebab semua nak cerita kisah masing-masing. And mak as always...pendengar yang sangat setia. She is my best advisor. Kadang-kadang nak pakai baju apa pergi ofis pun tanya mak, "Baju ni ok tak? Yang ni singkat sangat tak? Hat ni ok ka pakai dengan seluar? Ka better kain? Tudung kaler ni ok?" And much more questions comes everyday. Sabar je mak layan kerenah anak dia yang sorang ni. 

Mak...ampun dan maaf dipinta atas segala kesalahan yang pernah kakcik lakukan. Maaf adakalanya kakcik tertinggi suara, maaf adakalanya kakcik tertangguh kerja yang mak suruh. Maaf andai kakcik ada buat mak terasa hati. Percayalah...tiada yang lebih hebat di mata kakcik selain mak. My best role model. Doakan kakcik jadi macam mak satu hari nanti ya. Sayang mak sangat-sangat...